Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera :)

Wednesday, November 25, 2020

Guru Mengaji Al-Quran

Tarikh lahir mak 15 Mac 1952. Ok, boleh dah kira berapa umur sekarang.

Merupakan guru mengaji Al-Quran sejak anak-anak dah besar seumur 7-8 tahun. Kata mak, sebab abang-abang nakal sangat dekat rumah tok guru mengaji, jadi mak mengajar sendiri.

Lama-lama ramai anak-anak jiran semua jadi anak murid mak. Seingat aku, aku memang membesar dengan tetiap malam rumah ramai orang dengan mengaji Al-Quran.




Proses mengenal Al-Quran pun dekat dalam hati dan khatam umur 8 tahun (darjah dua). Waktu tu memang seronok ada majlis khatam, baca juz Amma macam nak terkeluar anak tekak punya excited. Duduk tengah-tengah, sebelah kiri kanan abang nombor 5 dan abang nombor 6.

Pesan mak yang paling lekat sampai sekarang, Al-Quran ni kena baca hari-hari, sehari kita tinggal dia, 10 tahun dia tinggai kita.. huhu 

Salah satu wishlist, semoga anak-anak kita nanti jadi hafiz hafizoh dan kita juga berusaha untuk menghafal dan menghadam semampu kita.

Wallahua'lam :)





Friday, November 20, 2020

Attaboy!

Detik ni, keluarga besar aku telah direzekikan dengan 16 cucu yang comel-comel dan bijak. Alhamdulilah. Dan insyaAllah tengah menunggu kembar tahun depan, Aamiin.


Kalau level pak sedara mak sedara yang 100% perhatian pada anak-anak sedaranya, aku lah tu. Maklum, kalau masih belum berkeluarga, 16 orang ni lah jadi anak aku. Haha

Kanak-kanak ni memang unexpected bila dia bercakap. Kadang-kadang, kata-kata dia tu, kagum juga kita dengar. Selalunya makan dalam juga.

Pagi raya tahun lepas 2019, aku kena silent treatment dengan bakal pakcu budak-budak ni, Wallahua'lam kenapa, tapi beberapa bulan kemudian dia selamat berkahwin awal tahun 2020 dan aku tumpang happy.

Tapi part yang deep pagi tu, salah sorang kanak-kanak ni tanya aku, mana pakcu? Aku jawab, pakcu tanak kawan dah, kesian acu sorang2 kan? Pastu selamba dia cakap kat aku, "Tok dengan tokwan kan ada?"

Fuhh. Kita asyik tengok apa yang kita takda, lupa nak hargai apa anugerah yang Allah bagi depan mata.

Tapi ada moment yang paling win beberapa bulan lepas, time tengah main dam ular, punya seronok gelak-gelakkan orang yang kena patah balik turun ke level-level bawah, kanak-kanak tadika ni baca Bismillah sebelum baling dadu.


Subhanallah. Benda simple tapi sangat lah terkesan di hati aku. I'm very proud of you. Attaboy! 

Semoga memulakan tugas atau apa2 kerja dengan Bismillah menjadi budaya kita dan lekat pada waris dan keturunan kita. 

Aamiin. 

Thursday, November 19, 2020

Helaian Putih

Nota hati
Ibu bapa kita adalah anugerah paling indah Allah pinjamkan kat dunia.

Alhamdulillah, diberi peluang untuk rasa kasih sayang suci dari dua insan yang mulia, mak dan bapak. 

Dengan memuliakan kedua-dua mak dan bapak, Allah janjikan syurga. Biarlah kita tak dapat apa yang diidamkan yang bersifat dunia, janji redho mak dan bapak ada bersama-sama kita.

Memandangkan aku anak bongsu yang satu-satunya di rumah dan mak pak yang meningkat umur, aku tidur sebelah mak setiap malam sampailah malam ni jugak, dan aku ada habit terjaga tengah pagi dan renung muka mak. 

Setiap kali aku jumpa calon untuk jadi 'anakanda tersayang' mak, menantu yang aku harapkan memuliakan mak macam mak nya sendiri, mesti ada ungkapan dari mak, nanti sapa nak tidoq dengan mak, ada orang nak tinggai mak dah nanti. T_T

Dan ditakdirkan, memang aku masih setia temankan mak setiap malam. Kalau dulu sebelum aku kerja tetap, mak selalu terjaga tengah malam sakit kaki atau sakit saraf mata. Aku pun mamun2 mengantuk2 picit2 pastu dengan aku terlena balik. Sorry mak.

Suatu ketika, aku terpaksa berhijrah kerana training dan ditempatkan jauh dari negeri sendiri. Koyak jugak waktu tu. Hati aku waktu tu selalu memujuk perasaan sendiri, tadahan doa tak pernah jemu, Memohon supaya Allah pelihara. 

Baru aku sedar yang aku tak boleh pikir yang akulah selama ni jaga mak dan pak. Sedangkan yang jaga, Allah. Aku cuma dipinjamkan kat situ. Allah susun tu, cantik sangat dah. Ada abang aku tinggal kat rumah dan jaga kebajikan mak dan pak.




Dan paling ajaib, rupanya ayat yang memujuk hati aku tu, bila aku lontarkan kat seseorang, perkara tu membantu lapangkan dia juga dan menjadi asbab untuk moment2 indah Allah pinjamkan. Aku doakan Allah pelihara dia juga, yang takda depan mata aku lagi. Allah yang jaga.

Maka dijadikan cerita selama berhijrah, setiap hujung minggu aku pasti balik untuk temankan mak dan pak. Itu kemampuanku waktu tu. Dijadikan cerita jugak, aku dipindahkan di negeri sendiri.

Habit aku pun boleh la diteruskan. :D Tapi tuntutan duniawi makin ganas jugak, sibuk, tidur lena terus, dan kalau terjaga tengah pagi pun cepat2 buat hal sendiri. Dan mak pun memang jarang sangat dah nak terjaga tengah malam sakit kaki atau sakit saraf mata.

Sampailah minggu lepas, tempoh kuarantin gelang pink. Aku terjaga, duduk lama tengah pagi tu, mata aku kaku pada satu penjuru wajah seorang ibu. 

Helaian putih. 

Helaian-helaian yang sangat jelas menutupi hampir seluruhnya. Macamana aku leka sangat sampai tak perasan semua ni. 

Pagi-pagi bila salam nak pi kerja, mak dalam telekung. Bila balik, mak dalam kerudung baru nak tutup kedai jajan depan rumah ni. Malam dah tengok tv. Kalau urut kaki pun, mata tengok tv, telinga ja dengar mak cakap. Teruk kan? Sedangkan mak tahu setiap bintik yang naik kat muka, ataupun calar yang terkena kat anak mak. Begitu juga pak. Tak sedar bila fistula di lengan pak dah saiz bola ping pong. 

Aku leka mencukupkan keperluan duniawi mak pak, nak apa, semampunya disediakan, nak makan apa, semampunya dihidangkan. Tapi dari segi fizikal dan emosi, mungkin terbabas dah sikit, mungkin banyak, siapa tahu..

Semoga hari-hari mendatang aku lebih peka, lebih bertolak ansur dengan duniawi, memuliakan mak dan pak dalam seluruh nafasku yang masih tersisa. Kita taktahu siapa yang pergi dulu kan. Dan mintak maaf dari lubuk hati paling dalam buat mak pak atas kegusaran hati yang agak kuat tamparannya pada kesihatan mak dengan pak. 

Sungguh, semuanya di luar kawalan dan aku tak mampu berbuat apa-apa. Kecuali doa pada Dia. Aku yakin, ada keajaiban akan muncul. InsyaAllah.

Buat mak dan pak yang tak mungkin akan baca penulisan ni, semoga syurga buat kalian, dilimpahkan kemewahan yang indah-indah di dalamnya. Aamiin.. Aku pasti takda orang yang ikut pun posting2 di sini. Tapi kalau dah terbaca, semoga kita jadi anak yang baik dan memuliakan ibu bapa kita. InsyaAllah. Moga Allah redha.








 


Friday, November 13, 2020

Judgemental - Penghakiman

Posting ni sebenarnya nak ucapkan PENGHARGAAN yang sangat besar untuk seorang sahabat yang namanya sama dengan penulis. Tentulah nama lain yang ada maksud yer :P mentadak (bukan nama sebenar) Thank you bebeh.. u know, who you are <3

Jauh sudut hati, betapa bersyukurnya dikurniakan seorang sahabat yang tak pernah judge kita, kita boleh cerita dan bagi pendapat macam-macam berkenaan apa-apa perkara dan beliau masih terima kita seadanya. Kita tak perlu explain pun diri kita kat sapa-sapa. 


masing2 ada kelebihan masing2 yer tak?

Pastu sambung..member yang baik, yang rare, dia sangat lah jujur kritik kita suka hati dia ja.. haha dan kita takkan terasa pun. Dan yang paling penting, attitude tu bukan antara kita dua saja, tapi dengan orang lain jugak. Maknanya, kita sama-sama takkan judge orang lain jugak.

Member baik macamni, apa pun yang dia cakap berdasarkan penelitian dia, pendapat dia, kita boleh terima dengan berlapang dada. Walaupun kita tahu kadang-kadang apa dia nampak tu lain, kita nampak lain.. Tapi kita takkan cakap pun kat member kita ni, SALAH apa yang hang nampak, hang tak duduk tempat aku, hang tak tau apa aku tanggung, sebab.. kita respect each other. Itulah perkara pokok dalam komunikasi kan.

Well.

Inilah masalah utama kita, bila kita harap orang paham kita. Kita takut bila orang judge kita. Tak semua manusia yang cross garisan takdir kita se-spesis dengan kita macam cerita kat atas tadi. Ramai yang suka menghukum. Kadang-kadang kita sendiri pun terhukum orang. Kadang-kadang bila orang judge kita, mula lah kita rasa nak buktikan sebaliknya.

Baik.

Sejauh mana pun seorang manusia tu satu frequency dengan kita, mesti ada sekurang-kurang nya satu dua pendapat yang akan bercanggah. Raikan saja lah. Memang lah dia takkan paham apa yang kita rasa, sebab dia hidup pada perspektif berbeza. Dan pasti apa yang dia lontarkan kat kita tu, ada hikmah yang Allah kirimkan untuk sampai ke kita melalui dia. Ha cari hikmahnya tu.

Dan setiap manusia tu, pasti ada certain attitude dia yang menonjol. Tak payah pikir jauh-jauh. Tengok diri kita sendiri saja. Dan orang sekeliling yang kita kenal. 

Ada yang ego nya melangit. Tapi dia bukan orang yang sombong pun. Ada keadaan-keadaan tertentu yang nampak buruk sangat.

Ada yang cepat rasa bersalah. Tapi dia bukan orang yang loser in heart pun. Ada keadaan-keadaan tertentu yang nampak buruk sangat.

Ada yang jenis kuat marah. Tapi bukan pendendam pun. Ada keadaan-keadaan tertentu yang nampak buruk sangat.

Ada yang jenis kuat menyindir. Tapi dengan orang tua-tua dia hormat. Ada keadaan-keadaan tertentu yang nampak buruk sangat.

Ada yang tak boleh orang lebih dari dia. Tapi dia punya usaha untuk dapatkan sesuatu tu, 200% berbanding orang lain. Ada keadaan-keadaan tertentu yang nampak buruk sangat.

Kalau semua yang kita nampak pada ayat-ayat depan, buat kita judge orang tu dengan hanya satu attitude dia yang menonjol, dan kita anggap itulah satu-satunya yang akan merosakkan hubungan baik kita dan dia, tak bijak lah kita kan?

Cuba tengok.

Cari keunikan seseorang tu. Tak kisah siapa. Seronok tau, bila kita analyse dan ambil pengajaran dari sikap manusia, kadang-kadang perkara kecik, meskipun dari budak kecik. Dan, kita semakin belajar untuk menerima dan menyeimbangkan. Contoh mentadak sendiri, memang suka rasa bersalah kat orang. Selalu ada tendency untuk cakap, aku selalu menyusahkan orang. Tapi dalam masa yang sama, kata-kata tu tak membawa kesan negatif pun. Biasalah, sapa yang tak buat silap. Say Sorry dan istighfar lah banyak-banyak kan. Ha selesai insyaAllah.

Semakin panjang perjalanan hidup kita yang lepas-lepas, semakin singkatlah pulak perjalanan kita ke depan. Dan, semakin ramailah watak-watak yang Allah temukan dan pinjamkan untuk kita dan untuk dia jugak. Dan kepada member mentadak (bukan nama sebenar), semoga dilimpahi kebahagian dunia akhirat buatmu, Aamiin... you're just kind and loving.

Dan kepada sesiapa yang terbaca post ni, you are the only judge of yourself. Even if the world, are trying to decide on you, let the world just be the attorneys in your life court. You decide. Whenever your decision is against the world, do not ever be afraid of the future comments of the world, cause life never promises a straight road, but stays in straight path. If you're living with the world's argument as your basic logic in your life path, you are going nowhere but confusion along the way. Seek His guidance my dear, seek His guidance, my dear me, too. 

Dan, keputusan kita bukanlah sepenuhnya dari kita, libatkanlah Allah dalam setiap urusan kita. InsyaAllah, semoga hidup kita terbimbing. Pengajaran terbesar secara peribadi yang pernah berlaku suatu masa dulu, apabila kita berusaha atas petunjuk Allah, dan berusaha untuk menghalalkan sesuatu untuk gapai redha Allah, tidak wujud pun, isu retorik atau tersasar dari asas yang betul apabila teruji dengan perasaan yang tawar dan halangan yang tak terlangkau. Kena banyak sabar, kena ambil waktu.

Have faith.

Sentiasa ada jalan yang luas untuk kita explore, untuk kita capai matlamat yang pada awalnya petunjuk itu jelas. Melainkan, sampai satu tahap yang kita yakin, hati kita tenang dengan sesuatu keputusan besar yang kita ambil, tak gopoh, tak goyah, setelah mohon petunjuk sungguh-sungguh dari Dia. Maka yakin.

Sekiranya dengan keputusan tersebut tidak juga menenangkan, anggaplah itu ujian untuk kita semakin dekat dengan Dia. Wallahua'lam.

Dan, it is not a bad move to be judgemental, be a good judge only to ourself then :) lets make a good move :)

And again, TQ dear friend, you're one of a kind <3 

Wednesday, November 11, 2020

Gelang Pink

 Covid-19

Banyak kesan dalam yang mengubah macam-macam.

Bagaimana hati kuat dididik supaya berserah diri dan bertawakal kepada Allah

Atas segala urusan

Kerana aturan Allah pasti yang terbaik untuk hambaNya.

Apa yang disisi Allah itulah yang terbaik.


Gelang pink,

8/11/2020 - 21/11/2020 

Semoga negatif




Ya Allah, tiada daya dan upaya kami melainkan dengan pertolonganMu. Peliharalah kedua ibubapaku dalam RahmatMu, Ya Allah yang Maha Pengampun, ampunilah dosa-dosa mereka, Ya Rahman, muliakanlah darjat mereka disisiMu ya Allah. Lapangkanlah dada mereka dan bahagiakan lah mereka di dunia, hamba memohon Ya Allah, mohon ya Allah supaya dikurnaikan mahligai yang indah buat mereka di syurgaMu.



Tuesday, October 27, 2020

2020 - Rhyme of Hope



It was end of January, twenty-eighth

And a tiny hope suddenly awake


It was mid-February 

And we met in hurry

Talked about family

And the plan of marry


It was 1st March

The hidden ring was a sudden touch

And we were in love so much


It was then mid-April

Flight cancellation, a huge obstacle

And we always hope for a miracle


It was May, on Eid Celebration

And there was quite a transitional silence

And then the exchange of much conversation 

Replaced the purest genuine stand 

..to uncertain fluctuation


Rhyme of hope was tuned

And it was 24th June

A great lesson to treasure immune


 It was 25th October

I learned the feelings of a mother

To get her son's emotion as light as a feather

And I chose to hide over rainbow


And here we are

It will be December

And the rhyme of hope 

Are telling us that we'll live happily ever after

Stronger together


And the rhyme of hope

Isn't an imagination, but faith and blessing in disguise

Full of wonder


Thank You Allah.




Saturday, August 15, 2020

Masa - Janji - Harapan

Tak terkira dah seberapa banyak kita terlewat ketika berjanji.

Orang lain juga, terlewat bila berjanji.

Sampaikan ada persepsi, ok kalau berjanji dengan orang sekian-sekian, confirm lambat punya lah. Tak payah kecoh-keoch nak datang awal.

Grayscale Photo of Person Wearing Round Analog Watch

Adakah kita termasuk orang macam tu? Kalau semakin hari semakin menjadi-jadi kita terlewat setelah berjanji dengan orang. Semak balik, mungkin kita ambil mudah akan harapan orang lain.

Mungkin sudah sampai waktunya kita mendahului masa.

Biarlah ketika kita berjanji, awal kan waktu. Untuk ruang bertenang, beristighfar, dan mungkin diisi dengan membaca, mungkin waktu itu boleh diisi dengan panggilan kepada ibu, bapa, atau kawan2 lama.

Bagaimana pulak 'temu janji' untuk solat lima waktu? Bila kali terakhir, kita duduk di atas sejadah menunggu azan, selain waktu isyak yang kita sambung lepas maghrib tu? 

Tak dinafikan kita memang berlumba dengan dunia, dengan masa, dengan takda niat pun untuk jadi munafik dalam janji, cumanya, jika kita mungkin terlewat. Bagitahu. Mudah begitu. Semoga kita cuba yang terbaik untuk semakin baik dalam menguruskan masa, tidak hanya berjanji dan biarkan orang mengharap. InsyaAllah.



Thursday, August 13, 2020

Pendapat dan Pikiran

Dulu, menulis adalah sesuatu yang sangat buat aku happy.

Setiap yang aku nampak, perhati, alami, semua nak dimuntahkan dalam susunan kata-kata. Bukan ultimately untuk orang baca, tapi untuk luahkan segala pendapat dan pikiran. Siap ada diari lama lagi. Yeah :)

Rain on a bus window. : raining

Memandangkan tiap-tiap minggu naik bas ulang alik KL-Penang, maka ligatlah pemikiran ni kalau dah 5 jam perjalanan duduk rehat kat single seat tepi tingkap, kalau nak baca buku time tu, nanti kepala pening2. Jadi fikiran melayang dengan perkataan yang menari2 merangkai kata-kata berbunga, berisi falsafah yang kadang-kadang, paham sorang-sorang saja. haha.

Tapi baru-baru ni, kebebasan pikiran aku nak melontarkan susunan kata-kata semacam terbantut.

Sebab terdapat beberapa perkara yang dilontar lewat kata-kata, telah ibaratnya terlastik batu mengenai perasaan dan ketetapan hati orang-orang di sisi dan di sekeliling aku. Terluka dan berdarah.

Jujur, beberapa waktu yang lalu, aku agak terkesan, jika orang sewenangnya anggap dan simpulkan macam-macam tanpa kenal aku, tanpa tanya aku. Bila aku beritahu sesuatu, perkara itu enakya diterima dalam bentuk pemahaman yang lain, tanpa ada sedikit pun ruang perbincangan. Koyak. 

Tapi dalam masa sama, aku pun dua kali lima. Paling terkesan apabila aku buat tindakan hanya melalui anggapan. Simple. Kongsikan nombor seseorang tanpa pengetahuan pihak berkepentingan, sebab 'anggap' memang itu persetujuan dari pertemuan dua pihak. Rosak semua. Koyak lagi.

Begitulah negatifnya "penceritaan kisah pendapat dan pikiran (anggapan)" 

Shallow Focus of Clear Hourglass

Masa pun berlalu.

Dan hari ini, pendapat dan pikiran aku InsyaAllah dah back to original setting, dengan features tambahan yang lebih advance - haha ok itu over :D Macam violin atau piano yang dah jumpa tuning nya balik lah senang cerita. Sekarang ni, aku suka, excited pulak untuk tahu pendapat dan anggapan orang lain, tak kisah betul atau salah jika dibanding hakikat sebenar. Tak koyak-koyak dah. Raikan. Kalau "salah" sekalipun pada pandangan kita, jangan melatah pakai emosi. Raikan saja.

Selalunya.

Ada dua situasi. Satu, orang anggap terlalu baik, padahal kita buruk. Dua, orang anggap terlalu buruk, padahal tidak lah seburuk itu. Ok. Raikan saja. Bukan mengambil satu-satu dan jadikan ia 'masalah' untuk kita pikir pulak. Raikan saja, ok?

Alhamdulillah.. Semoga kita semua bebas dari kerisauan terhadap pendapat dan pikiran (aggapan) orang <3 dan kembali happy untuk menulis!
















Wednesday, August 12, 2020

Kuno

Lama tak dengar perkataan ni.

Kuno

Kita dianggap kuno atau kolot sekiranya tidak senada dengan orang sekeliling.

Zaman moden sekarang ni, kalau seseorang tu 'genuine' dan mantap berpegang pada nilai dan prinsip hidup yang 'valid' seperti jujur, baik hati, ringan tulang memberi khidmat tanpa minta balasan,

Jadilah dia kuno.

Payah dah nak jumpa orang-orang 'kuno' macam ni. 

Sebab dunia sekarang, orang kata, pandai-pandailah nak hidup. 

Contohnya, kalau tak menipu, memang payah nak survive. 

Kalau jujur sangat, nanti orang tipu kita. 

Kalau baik sangat, nanti orang pijak kepala.

Kalau tak manipulate, main politik sikit, kita takkan perform.

Tapi wujud lagi orang yang betul-betul berpegang pada nilai ajaran Rasulullah yang tak pernah kuno di sisi Allah. Siddiq, Amanah, Tabligh, Fathonah. Itu yang kita diajar masa kecik-kecik dulu. Semakin kita matang dan dewasa, wajarlah nilai-nilai tu makin kuat dan mantap.


Tapi semakin matang dan dewasa ni, bukan mudah untuk kita perjuang dan pertahankan nilai-nilai tu kan? Tambah pulak memang melibatkan kehidupan dan pekerjaan kita seharian. Betui la tu situasi nya. Takkan lah budak universiti nak diberi ujian level upsr lagi. Makin lama, makin matang, maka makin mencabar lah ujian-ujian nya.

Contoh 'terpaksa' menipu, tak cakap benar, sembunyikan kebenaran semasa membuat transaksi untuk organisasi. Sedangkan kita tahu, sentiasa ada pilihan untuk kita 'menolak'.

Keadaan begitu mencabar kita untuk gadaikan nilai yang kita pegang, kita sering bertarung dengan diri sendiri untuk tetap mencari redha Allah. Betapa serba salah nya kita, jika nilai itu diinjak walau sedikit dengan manipulasi keadaan dan sebagainya.

Hanya Allah Maha Tahu betapa kita berusaha untuk tetap lurus dan mencari sumber rezeki yang bersih. Supaya darah daging kita dan keturunan tidak tercemar malah akan terhalang mustajabnya doa dan kedekatan dengan Allah. Hanya Dia yang Maha Tahu betapa kita berusaha untuk tetap memilih jalan-jalan yang Dia redha. 

Semoga setiap kita yang teruji untuk mempertahankan nilai yang diajar Rasulullah, sentiasa diberi petunjuk jalan keluar setelah melalui ujian demi ujian. Kata kunci nya. Berani untuk tetap benar. Jika ragu atau berbolak balik, mintak lah pada Allah kekuatan jiwa dan ketetapan hati. InsyaAllah.

Kuno pun kunolah.. hehe





Tuesday, July 7, 2020

Retorik

Retorik,
Jika dikatakan sesuatu keputusan menyebabkan ada yang bersedih.. 
ditafsir ukuran duniawi.. 

Retorik,
Jika dicadangkan berbincang untuk mencapai satu matlamat.. 
ditafsir matlamat untuk memuaskan perasaan..



Dan itulah dikatakan retorik..

Bercanggah dengan asas..

Tiada perasaan yang perlu terkorban..

Tapi telahpun terjadi niat baik yang tersalah cara..

Panggilan, pesanan..

Dan itu telah amat mengejutkan..

Dan itu membuat hati tawar tanpa sedar..

Mohon maafkanlah.. walau apa pun fikirnya.. 

Mohon maafkanlah..

Sesungguhnya itu bukan perancangan sesiapa..

Luar kawalan..

Namun sempurna pada percaturan Allah..

Mohon maafkanlah.. 

Kerana dulunya hasrat disambut bukan sandaran retorik dunia semata..

Mohon maafkanlah..

Jika kelihatan seakan-akan begitu..

Mohon maafkanlah..

Usah dihempap semua kesalahan atas diri..

Mohon maafkanlah..

Tidak salah rasanya berkongsi kesalahan..

Meski tidak lagi berkongsi masa depan..

Mohon maafkanlah..

Usah disandar lagi semua kesalahan pada diri..

Kerana bukan hanya seorang yang melaluinya..

Setiap kita menyumbang salah..

Mohon maafkanlah..

Bebaskan bebanan lampau..

Adil pada diri..

Itu hakikat jelas, bukan retorik..

Mohon maafkanlah :)










Sunday, June 28, 2020

Keluarga Yang Tidak Ideal

Sharing dari seorang sahabat yang baik.

Pendapatnya ketika itu bahawa keluarga TIDAK IDEAL diistilah kepada keluarga yang "bermasalah" yang wujud sekatan dari segi tanggungjawab dan peranan yang menjadi luar normal dan kebiasaan.

TERBEBAN



Adakah ideal (sempurna), bentuknya mcmni...

BAPA - ketua, pelindung, wakil keluarga
IBU - makan minum, pakai, pengurusan umum
ANAK - jadi anak yang baik 

Ketika pendapat itu tertulis dalam ruang mesej antara kami, aku bersetuju. 

Namun statement tu ibarat tak lepas di sudut hadam fikiran, sampai kini terngiang-ngiang dan terbawa-bawa dalam kotak fikiran ni... kurang setuju jawab pemikiranku.

Hati aku kuat mengatakan IDEAL sebuah keluarga terletak pada individu, jika fikirannya jernih, maka ideal lah keluarga itu pada dirinya..

Ideal pada bagaimana caranya kita bertindak balas pada situasi dengan hati yang lapang, terbuka untuk komunikasi yang jujur dan berkesan, serta bersyukur seadanya. Maksudnya tak wujud pun istilah keluarga tak ideal sebab sempurna itu wujud dalam ketidaksempurnaan.

Tipulah jika tiada konflik langsung dalam mana-mana keluarga. Keluarga yang hidup sebumbung sekalipun, kadangnya lebih ribut pasir lagi daripada yang dah jelas talaq dan khuluknya.

Habis tu, kalau dah memang hakikatnya keluarga tunggang langgang? berpecah belah? ahli keluarga ada sikap tak baik? dengan orang asing pun boleh usik, lontarkan tuduhan, sindiran, cabaran? 

Jadi tak payah nak pura-pura, mengaku saja tak ideal.

Nanti. Bukan begitu.

Apakata..

BAPA - ahli keluarga
IBU - ahli keluarga
ANAK - ahli keluarga



Dilelong taraf yang sama...Tidak langsung sedikitpun membelakangkan bapa atau ibu. 'Ahli keluarga' bermaksud setiap seorang bertanggungjawab atas seorang yang lain. Saling bergandingan. Saling menguatkan kelemahan. Saling ikhlas.

JANGAN PERNAH LAGI memandang keluarga kita pada sisi kekurangan, kerana itu mungkin kelihatan matang pada manusiawi yang kian dewasa, namun sangat mencemar sifat syukur dalam diri, merasa cacat pada anugerah keluarga yang Allah beri. Memandang nikmat pada orang lain, memandang musibah pada diri sendiri.

SENTIASALAH memandang keluarga kita dengan penuh kasih sayang biarpun sering salah paham yang dijamah, kata-kata berbisa yang diteguk, tindakan-tindakan yang perit menyakiti, sering saja dan berulang lagi. Pandanglah pada sisi kebaikan biarpun hanya satu dari seribu.

Ibarat cerita budak yang sedih kasutnya koyak, rupanya ada budak yang takda kaki pun untuk pakai kasut. Kita cakap keluarga kita tak ideal, orang lain tu.. sampai tahap keluarga sendiri pun tak penah jumpa atau kenal sejak kecil.

Positif.

Nescaya seribu kebaikan akan muncul.

Bersyukurlah. Tunggang langgang, complicated, drama, novel, telefilem macamana pun keluarga kita, itulah the best family ever yang kita perlukan di dunia ni, yang Allah bagi. Be Proud and Thankful.

Simply erase the word TIDAK IDEAL












Option

Hey me,

At any point,

You are an option,

Act like one :)

And I'll always appreciate you :)






#5monthsold
#fullstopoftimeline




Friday, June 12, 2020

Raikan Emosi

Sekiranya satu ketika
Ada satu emosi dari seseorang
Datang dalam keadaan tidak disangka-sangka
Menerpa bagai angin kuat tanpa isyarat

Marah. Kecewa. Kesakitan,

Raikan emosi tersebut
Kita tak tahu bebanan perasaan yang ditanggung
Kita tak dapat gambarkan sesaknya ruang yang dirasa
Kita takda idea pun betapa carik luka yang terkoyak
Mungkin, kita telah menjadi penyumbang
Tanpa sedar dan tanpa sengaja

Dan susunan kata
Yang dimulakan maaf dan penuh santun
Pasti datang dari hati yang tulus
Marah itu bukan inginnya
Kecewa itu bukan sepatutnya
Kesakitan itu bukan selayaknya untuk dia

Raikan emosi
Kerana kita tak mampu menghulurkan penawar
Cukup mujarab dengan doa
Dengan pengharapan penuh agar lukanya sembuh



Allah, bantulah kuatkan dia..
Bantulah aku, yang sering terkhilaf.

Thursday, June 11, 2020

Kekuatan

Meniggikan Allah setinggi-tingginya.

Kembalikan segala urusan kepada Allah.

Di situlah KEKUATAN orang-orang yang beriman.

Allah Maha Tahu kepada siapa hamba-hambaNya yang diberikan ujian.



Tak mungkin seseorang menjadi lebih taat kepada Allah melainkan merasa dirinya tidak berdaya di hadapan Allah.

Harus selalu bergantung kepada Allah.

Itulah KEKUATAN.


Tuesday, June 9, 2020

Luar Kawalan

Penceritaan novel atau cerpen, susunan dia mesti teratur bermula pengenalan, perkembangan, konflik, klimaks, peleraian.

Kehidupan tidak begitu.

Seni dalam kehidupan ni wujud dalam kejutan demi kejutan. Luar kawalan. Ada yang kita rasa kita nak cuba kawal, tapi tindakan kita kadang-kadang tak sengaja, didorongkan begitu, sepenuhnya diluar kawalan kita. Tambah pulak dengan faktor luaran yang berbagai-bagai. Bukan beerti kita tak tegas, it just happened. Smooth pulak tu.

Bila muhasabah balik..
Eh kenapa aku buat macamtu..
Eh time aku buat, aku ingatkan..
Eh kenapa dia fikir begitu..
Eh bukan mcmtu ka..
Eh.... banyak persepsi, banyak andaian, banyak keraguan yang akan timbul dan lengkap semua syarat wajib untuk salah paham yang tip top, tak jumpa dah punca hujung pangkal lagi, kelam.



Jika kita rasa semua dalam kawalan kita, maka jadilah kita manusia yang rugi. Terkilan. Kecewa.

Rugi bila kita diberi peluang untuk belajar bertawakal. Kita meratap. Rugi bila terlepas dari mendidik hati sendiri, betapa kuasa Allah Yang Maha Besar mengatasi segala-galanya. Kita sebaliknya kaku.

"Dah patut rehat."

Dari beribu andaian dan prasangka.
Sebab Allah ada sama-sama kita, jangan sedih sikitpun.
Dia yang paling tahu, terbaik untuk kita.



● ─ ●  
Aku sandarkan seluruh harapan dan keyakinan hanya padaMu Ya Allah.
Tiada daya dan upaya kami melainkan dengan pertolonganMu, kekuatanMu, KekuasaanMu, serta kasih-sayangMu yang amat kami harapkan.




Monday, June 8, 2020

Bijak Emosi



Berbeza Tapi Sama

Posting 10 tahun lepas, menjadi nasihat kepada diri semula.
Untuk fasa yang dilalui.
Tepat pada waktu yang perlu.

Cara fikir bukan untuk dinilai tetapi membawa seseorang kepada cara hidup.
Rentak masa depan.

Apabila berlaku pertembungan kuat pada pendapat dan pemikiran.
Muncul pertimbangan sikap.

Respek. Hormat.
Tidak menyakiti dengan apapun.
Perbuatan mahupun kata.
Itu respek. Itu hormat namanya.

Tapi.

Respek cumalah satu tindak balas.
Hormat cumalah satu sikap.
Content yang lebih penting adalah.

"Pertembungan Pemikiran"
You are an alien.



Di situlah didikan diri.
Samada cuba paham dan hadam.
Meski emosi bercelaru.
Meski monolog hati, semakin kesat menuturkan kata-kata menepis dan menegakkan pemikiran sendiri. Berulang-ulang

Atau sekadar menolak mentah.
Melangkaui sikap.
Runtuh benteng hadapan yang namanya respek dan hormat.

Kadangkala pemikiran tidak perlu dikategorikan betul atau salahnya.
Tergantung cerdasnya rohani dan aqal kita.
Untuk memandang dalam pelbagai sudut.
Dengan hati yang lapang dan terbuka.

Berbaik sangkalah kepada Allah.
Kita tak boleh arahkan bagaimana seseorang berfikir.
Terutama mak ayah kita.
Kita kena respek. Kita kena bijak.

Bijak emosi.

Orang cakap. buanglah pikiran2 buruk tu.. ok, kalau buang, fikiran kita akan kosong. Maknanya, ada lah ruang nanti untuk pikiran negatif yang lain.

Jadi, kita kena bijak menggantikan monolog2 negatif pemikiran sendiri dengan perkara baik. Dengan istighfar supaya takda ruang negatif yang tersisa. Supaya fikiran kita penuh. Penuh dengan kebaikan.

That's how you respect yourself :)
Feed yourself with nutritious thought, embrace first class attitude :)



● ─ ●  
Libatkan Allah dalam segala urusan. Sandarkan sepenuh harapan dan keyakinan hanya kepada Dia <3





Thursday, June 4, 2020

Tuesday, June 2, 2020

Khair

Pernah sunyi dari ujian?

Pernah!

Tipu.

Takda sorang  pun dari kita yang sunyi tanpa apa-apa ujian. Cuba recall sekarang, apa ujian kita harini, minggu ni, bulan ni, hmm....

Cuba teliti balik setiap saat kita bernafas. Perasaan sendiri, perasaan orang, fizikal, harta, masa, etc2..

Ajaibnya ujian ni, lain diterima dan diatasi oleh individu. Tanda Allah sayang, kan?



Harini ditemukan dengan sifat hambaNya yang sangat santun dalam susunan katanya, berkongsi ujian yang dilaluinya dengan tenang yang secara langsung berkait dengan mentadak ni.

Jujur, semakin respek dengan ketelusan dan keterbukaan yang diamalkan.

Muncul persoalan, mengapa dilakukan istikarah, sedangkan sebelumnya telah ada jawapan istikarah sebaik saja keputusan tersebut terasa teruji keteguhannya?

Istikharah : Khair : Kebaikan

Penghujung kata yang sangat terkesan dihati ni,  apabila hendakkan supaya keputusan yang dibuat genuine yang melibatkan Allah. Subhanallah :)

Kepada Allah dikembalikan segala urusan. Sekelip mata perasaan sempit yang bergenang airmata terasa luas dan lapang, Alhamdulillah :)

Sekiranya segalanya dilibatkan Allah, Yang Maha Memiliki dan Yang Maha Berkuasa atas segalanya,

Pasti kita akan ditemukan jalan keluar yang penuh keajaiban, sebab Allah Maha Penyayang, takkan pernah mengecewakan hambaNya. Takkan.

Moga dibukakan jalan Rahmat Allah seluasnya, insyaAllah. Moga diilhamkan jalan keluar yang dilimpahi keberkatan, insyaAllah… Aamiin…



First rule,
Yakin. Yakin boleh :D









Monday, June 1, 2020

Kurta Biru Muda

Dari jauh nama dipanggil-panggil.
Supaya diabadi sekeping gambar.
Buat dikirim kepada pemberi.

Alhamdulillah


Senyuman itu terabadi selamanya.
Penghargaan sebuah perasaan.


Friday, May 29, 2020

Benci


Alhamdulillah.. Aildilfitri baru saja menjelang, ikut kiraan, harini raya ke-6, Jumaat pertama bulan Syawal dan Jumaat ke-11 tiada solat Jumaat jemaah beramai-ramai di masjid bagi umat Islam di Malaysia atas sebab menjaga maslahat umum kerana virus Covid-19.

Buat yang berpuasa 6, selamat berpuasa
Yang semakin rajin membaca Al-Quran, tahniah.
Yang semakin kuat hatinya, moga istiqomah.
Tandanya Ramadhan bermakna pada kita apabila kesannya terbawa ke dalam kehidupan di bulan-bulan seterusnya. insyaAllah.

Dah seronok berhari raya, bermaaf-maafan. Benci pulak tajuknya :D

Ok. Jika kasih sayang dari hati, 
Mengapa benci juga dari hati yang sama. Unik kan, manusia?


Jika hati memilih untuk benci, tentu berat untuk memberi maaf. 
Buang lah jauh2 benci dan dendam atas sebab apa pun. Meski maruah yang diinjak-injak.

"Hang tak rasa, apa aku rasa.. Hang tak lalu apa yang aku lalui.."

Cukup-cukuplah merangkai ayat kosong macam ni. Ni bukan isu empathy. Ayat selfish macam ni cuma keluar untuk bagi warning, biarkan aku dengan dunia kebencian aku. Stay away!

Ok relaks dulu.



Ujian perasaan benci yang meluap-luap yang kamu rasa tu, eksklusif Allah bagi kat kamu, sebab kamu yang mampu tanggung. Sebab Allah sayang kamu. Dia uji. Dia nak bagi hadiah best-best setelah kamu berjaya lalui. Takkan kamu tak suka?

Bertarunglah kuat-kuat untuk buang rasa benci tu, let it go, supaya diri kamu terbebas. Keluarlah dari hidup dalam kenangan yang terlampau-lampau sakit tu. Lumatkan ego kamu. Jangan torture hati sendiri. Sakit tuu.

Beri maaf, bererti kamu dah lepaskan ikatan benci dan dendam dari hati kamu. Bukan untuk dia pun.
Untuk kamu.

Samalah..mintak maaf, sekalipun kamu 'tak salah', untuk ketenangan kamu sendiri, bukan untuk dia pun.
Untuk kamu.

All the best untuk terus kuat bertarung!



● ─ ● 
Bukan setakat kamu....Ingatan untuk aku jugak :)

Buat yang terbaca posting2 did daa did, ampun maaf andai ada penulisan yang mengguris hati v(",)


Thursday, May 28, 2020

Memanah

Masih berkaitan fokus.

Memanah.
Kita dah terbiasa untuk 'target' pada titik tengah. 'Fokus' pada titik tengah sahaja.


Tapi kehidupan tak 'plain' macam tu.

Sering kita hanya berfikir tentang 'target', maknanya kita selalu 'fokus' pada hasilnya sahaja, terlepas pandang untuk meletakkan tumpuan penuh pada proses dan perjalanan yang memerlukan dedikasi untuk menjadikan target sebagai realiti.

Ada ketikanya kita perlu fokus pada ruang sekeliling, dasar apa yang menegakkan papan target tersebut, try-n-error teknik yang tepat, adjust kekuatan minda dan genggaman tangan, serta banyak lagi aspek supaya dapat 'hit the target' melalui 'fokus' yang tepat.

Begitulah perjalanan hidup.

Sedang kita fokuskan usaha ke arah matlamat, tentu saja tidak sunyi dengan ujian yang tidak dijangka. Sekecil-kecil perkara pun boleh menyumbang kegundahan. Beware :P


Malah apabila matlamat tercapai, tetap perlu istiqomah dan ujian tetap ada. Terpulang pada kita untuk membingkaikan ujian itu sebagai pendorong atau penghalang :)



● ─ ● 
Memanah salah satu sukan sunnah selain berkuda dan berenang. 
Memanahlah dengan penuh bergaya dan tepat mengenai sasaran.
Kalau hati ni dah terpanah.. eh!

26 Mei 2020 to be postponed......
Serah sepenuhnya pada Dia <3
Lapang, tenang, bersyukur :)


Wednesday, May 27, 2020

Fokus vs Superior Checklist

Makin besar dan berat amanah yang kita perlu pikul, lindung, capai, cover, maka makin bersepah lah senarai to do list and to think as well.

Bila terlalu tepu, kadang-kadang member cuma cerita benda simple atau explain benda mudah, kita masih mintak ulang balik, nak hadam. Tak dinafikan makin menjadi-jadi kekerapan blurr macam tu. 

Kita makin hilang fokus. Mungkin jalan keluarnya, kita perlu reset sesuatu. Mungkin, superior checklist kita selama ni bukanlah solat.




Hebat didikan solat, beribu hikmahnya. Cuba kaji balik betapa cantiknya Allah susun waktu solat yang cukup dinamik, berhubung rapat dengan pergerakan alam. Tidak tetap masanya tetapi tepat pada kiraan semesta.

Jadi apa kaitan fokus?

Sungguh, patuh waktu solat akan mendidik jiwa hamba yang teratur dan terarah.
Fokus, bukan sesuatu yang statik atau tidak berubah, tetapi pada tepatnya pemusatan fikiran pada sesuatu perkara, pada masa yang tepat.

Fokus juga bukan bermakna pemikiran kita terbatas, tetapi tertumpu. Minda tetap bebas berimaginasi, bukan mengelamun dan blurr tak tentu arah. 

Boleh. Pelan-pelan. Jadikan solat sebagai superior checklist kita.




● ─ ● 
Nak capai istiqomah untuk insan biasa macam kita, memang bukan mudah, dan bukan juga mustahil. Seberapa saintifik pun perkaitan solat dengan duniawi kita dan tumpuan fikiran kita, tetaplah luruskan niat untuk bersungguh-sungguh mengharap redha Allah dalam apa jua tingkah kita.

Dah solat?






Wednesday, May 20, 2020

S.L.O.W.L.Y B.U.T S.U.R.E.L.Y





"Slowly but Surely"
Simple phrase
Wonderful voice
Keep repeating
Stronger feelings

Alhamdulillah..
InsyaAllah..



Monday, May 11, 2020

Rahsia




Rasa menyimpan rahsia
Seakan tidak tahu
apa-apa

Terdetik bahagia
Tak pasti sahihnya
Kerna debu-debu gusar
Bebas beterbangan
Kabur dan sesak

Mungkinkah 
Renyai titis tangisan awan
Menjernihkan segala kabut
Mensucikan segala niat.




● ─ ●  
Lama betui posting ni tersimpan bertahun kat draf. Rahsia sangat ni :D 
Sesungguhnya apa yang rahsia pada hari ini, akan menjadi bualan hari esok, 
Atau mungkin akan tertanam selamanya. 
Selagi kita melibatkan Allah dalam setiap urusan, insyaAllah kita akan jumpa hikmah demi hikmah





Sunday, May 3, 2020

Tak Pernah Terbayangkan

Suci sebuah hasrat
Dititip kajang maya bernota
Rahsia kehidupan
Rapi menyusun pengertian
Penanya keterbukaan
Tintanya kejujuran
Bahasanya tertegak keyakinan
Tegas tidak berganjak
Pada landasan ketentuan Tuhan
Dituju buat masa depan
Dari saudagar seberang lautan

Aneh
Tajamnya panah beracun
Sekadar boneka buatnya

Keras kerikil sempadan
Malah penguat tekadnya

Hentakan sang tukul panas
Telah mengimpal kekuatan niatnya

Asing pada aqal
Lapang pada fikiran
Memujuk rasa yang rajuk
Mengusap jiwa yang lesu
Perlahan-lahan menyelesakan
Meski kebingungan
Tak pernah terbayangkan

Pernah jiwa yang lesu ini kekok
Hanya pada sela saat
Terbawa-bawa coretan silam sendiri
Yang sering diperlaku asing
Setelah dirangkul janji yang erat
Lantas dilepas dan terhempas
Tanpa kata dan rasa
Berkali-kali
Tak pernah terbayangkan

Sela saat
Mungkin telah melukakan
Setulus anugerah rasa
Saudagar seberang lautan
Yang tulus penuh pengharapan
Namun ternyata
Tetap teguhnya memasak pendirian
Menitip bicara berhikmah
Mana mungkin terbanding
Oleh pedagang-pedagang asing di pasar taruhan
Sungguh saudagar istimewa
Tak pernah terbayangkan


Saat ini
Wahai jiwa
Selamilah makna syukur
Sedalam-dalam pengertian
Pengabdian seorang hamba

Yakinlah sekuatnya
Sesuatu yang tak pernah kau terbayangkan
Itulah Rahmat Tuhan
Jangan pernah lagi kaudustakan
Kerana kautahu kau sangat memerlukan
Sangat mencintai tanpa syarat duniawi

Kajang maya bernota hasrat
Terjemahkanlah
Menjadi kitab penuh keajaiban
Bersama mencari cinta Tuhan
Saling kuat bergandingan
Mencapai sempurna dalam ketidaksempurnaan
Suci..
Yang tak pernah terbayangkan

● ─ ●  
Coretan rasa, 2 bulan 2 hari :)


Thursday, April 30, 2020

Terlalu Kecil

Pemikiran atau persepsi sering terwujud dari persekitaran dan latar belakang yang kita tempuh.

Boleh jadi, salah dan betul pada sisi-sisi pandangan yang berbeza. 

Bagaimanapun cara kita berfikir, berpendapat, tunjangkanlah pada asas yang kuat, tidak tergelincir. Dalam kata mudah, hati dan pemikiran bergantung kuat tanpa keraguan pada Allah. Penuh redha dan pengharapan.

Saat diri berasa terlalu kecil, kerdil, malah tidak layak dan tidak sepatutnya berada pada sesuatu keadaan atau aturan, saat itulah hati dan pemikiran diserap keraguan pada takdir.

Sedangkan salah satu tunjang iman itu Percaya pada takdir, tidak Allah letakkan kita pada sesuatu keadaan itu sia-sia. 

Ya, itulah asas tepat. Tapi,

Sebaik manapun hati dan pemikiran kita dilatih, mengambil kira hakikat manusia, yang garis fikirnya bukanlah mendatar dan lurus tak berselirat. Pasti. Pasti akan sering beranggapan dengan pelbagai kemungkinan kosong tidak berpenghujung. Bukan sekali atau sejuta kali malah lebih lagi.

Pulanglah pada Allah. 
Rayulah kasih sayangNya. 
Mohonlah kelapangan hati dan kekuatan jiwa, yang hidup dan menghidupkan. 
Bukan sekali tapi setiap kali.

Sesungguhnya rasa rendah diri, terlalu kecil, tidak layak yang dirasa itu berakar dari jiwa yang lemah dan sakit. Mintaklah kesembuhan dari Dia.

BERJIWA BESARLAH, 
Sudah-sudahlah berasa kecil dan tidak layak. 
Hargailah anugerah yang Allah bagi. Bersyukur.


● ─ ●  
Usah menghukum bahawa diri tidak diperlukan, pada jiwa besar yang penuh cinta dan pengertian, kerana mungkin bakal melukakan sedikit demi sedikit jika berulang kali diperkatakan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...