Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera :)

Thursday, June 24, 2021

Hati Keras, atau Hati yang Pemaaf

Apabila sering kita terlambung oleh asakan duniawi, yang berupa kata-kata dan perbuatan manusia, lantas babak-babak yang bertimpa-timpa menghimpit jiwa, sesak... 

Tak sedar, diam yang sering dipilih itu melumatkan segala kekuatan harap dan keyakinan pada diri sendiri. 

Asakannya kian bengis dan menghiris sekiranya dari manusia yang paling disayang dan dicintai di bumi. Tambah lagi berulang-ulang pula. Seolahnya kehabisan kata-kata. 

Namun batang tubuh Tetap Hidup, tetapi dalam nadi yang cuma berdegup bersama nyawa, terasing dari irama rasa yang suatu masa dulu, sering bergabung dalam makna. 

Hilang karisma, entah ke mana bersembunyi.

Sakit. Tak pasti perasaan atau deria. Yang tahu, sakit. Kesakitan yang bukan dari kebencian, bukan dari dendam, bukan dari keadaan. Aneh namun jelas, ia terasa di dalam, tak tahu letaknya jika dicari.

Saat itu, setiap kata-kata manusia seolah menjadi peluru-peluru beracun yang sekiranya mengenai rasa, terus melayu dan semangat yang dulu ampuh, semudahnya terbaring rapat ke bumi.

Adakah itu istilahnya Hati menjadi terlalu lembut, terlalu terbawa-bawa dengan kesakitan masa lalu yang katanya, belum sembuh.

Atau istilahnya Hati itu sangat keras sehingga hilang keanjalan untuk menyesuaikan keadaan dan rasa.

Terpulang kepada pentafsir rasa. Pemilik deria.

Besederhanalah.  

Maafkanlah.

Mungkin jua hati itu perlu dididik dengan kata maaf. Memaafkan segala kata dan perilaku manusia.

Kerana mereka cuma perantara, menyampaiakan ujianmu dari Dia.

Terutama dari manusia yang engkau cinta.





Friday, June 18, 2021

Never Push.

Untuk ubah tabiat buruk ke baik.

Never Push. Jangan memaksa.

Tapi.

Sebab nak ubah, kena bersungguh, tekad kena KUAT.

MESTI kena ada unsur paksaan jugak-jugak.

Nak buat tu kena PAKSA. Kena Push.


Yang kata NEVER PUSH tu.........

Maknanya taklah kita pulun 0-100% terus. 

Ha kat situ yang kata JANGAN SEKSA DIRI tu.



Contoh, tabiat minum air kosong.

Kalau selama ni kita jenis spesis dehydrated malas minum.

Toksah la pulun 2 mineral botoi minyak esoknya.

Buat peringkat-peringkat. InsyaAllah. 

Nanti kembong perut. 

Tambah la segelas2 sehari. 

Ha macamtu.

TEKAD. Lepas tu ISTIQOMAH. Kan?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...