Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera :)

Tuesday, July 31, 2012

Ia Perlahan Meniggalkan

1/3 dari Ramadhan tahun ni dah pun berlalu. Sepatutnya perubahan tu dah berlaku walaupun sikit. Tapi masih sama jugak. Macam mana tu?  


Friday, July 13, 2012

Si 'Busy' & Si 'Busy Body' yang Pelupa


Jangan salah paham, tu bukan tajuk cerpen atau novel fiksyen :P

Tu cuma dua watak yang kelihatan contra tapi ada persamaan pada sikap depa dan pasti juga kita!

Yang contra nya,

Si 'busy' punya waktu terhad.
berpacu atas litar perlumbaannya yang super dahsyat. 
Kerja yang bertimbun menyesakkan. 
Ada juga terpaksa.
Ibarat terpenjara dalam kotak timetable yang didindingkan sendiri.
Tiada jalan keluar.

Si 'busy body' punya waktu lapang.
Seperti ditugaskan untuk mengetahui setiap inci dan cm kitaran hidup orang lain.
Ibarat terdesak untuk tetap mengetahui cerita yang tak sepatutnya.
Barulah cukup sepikul daging saudara sendiri untuk dijamah.

Sifat lupa memesongkan si 'busy' dan si 'busy body'. 

Bukan sifat lupa buat kerja, (kan ada tulis dah kat timetable :P) 
Tapi si 'busy' sibuk memacu dunia sampailah tiba ketika dia terlupa akan akhirat.
Tak pernah terjadi pulak si 'busy' memacu urusan akhirat sampai terlupa akan dunia.
Nampak sangat busy nya tak bertempat dan matlamat. Kan rugi :(

Si 'busy body' yang tegar mengambil tahu setiap perkara untuk bahan umpat/fitnah, sering lupa yang diri sendiri pon banyak aibnya. Kan rugi :(

cuba buka mata sikit :)


● ─ ●  
Jadilah 'si busy' yang busy mencari redhaNya di dunia, dan si 'busy body' yang mengambil tahu tentang kehidupan beragama saudaranya :)

Thursday, July 12, 2012

Berkongsi Surat Cinta Seorang Abang

Adikku sayang, teruskan hidup dengan pergantungan penuh kepada Allah.


Surat Cinta Seorang Abang

Wednesday, July 11, 2012

Yang Jauh itu Sebenarnya Dekat


Berjarak bukan bermaksud jauh,
Berhimpit bukan bermaksud dekat.

Seringkali,
Yang jauh teguh terikat,
Yang dekat jurangnya dahsyat.

Mengapa mesti ruang luas itu,
Syahdu berembun rindu,
Udara yang kedap itu,
Berbaur hanyir membuntu.

Lumrah barangkali,
Tangan yang memapah ditepis sinis,
Namun jemarinya tekad menadah cinta,

Itulah layar hakikat,
Dambaan palsu bebas berkicau,
Rakus membohong aqal,
Lantas bayu yang berlalu dipuja-puja,
Hilang dan hampa.

6.00 p.m.
11/07/12





Thursday, May 10, 2012

Kerana Pulut Santan Binasa

Kebiasaannya, manusia akan terpengaruh dengan persekitaran walaupun sedikit. Sebab tu sahabat tu bagaikan cermin untuk diri sendiri. Sebagai orang yang tahu bezakan baik dan buruk, nilailah kebaikan untuk dijadikan contoh dan kenalpasti keburukan supaya dapat dijadikan teladan.

Kita bergaul setiap hari, dan membuatkan perhubungan menjadi ceria. Sampai satu tahap, setiap pengisian tu ada sesi mengumpat dan fitnah yang dah terbiasa. Sampaikan orang lalu kat sebelah pon nak di komen2:

-cara pemakaian
-cara berjalan
-apa2 lagi lah yang difikirkan sesuai utk jadi bahan ketawa


google

Tak rasa bersalah pon kan?
Bercakap benda betul sekalipun, kalau orang tu dengar dan berasa x senang, umpat lah namanya.
Mungkin sebab apabila aib orang lain dibuka, maka tertutuplah aib sendiri. Tu yang seronok bercakap. Bertokok tambah lagi.

Ambillah satu ruang untuk cerminkan balik kata2 kita yang telah melukakan orang lain. Mungkin kita anggap sahabat kita tu seorang yang kering hati, x makan saman kalau orang kutuk dia kaw2 sekalipun. Namun hakikatnya dia seorang manusia macam kita. Berpada-pada lah dalam setiap kata :)

Terlajak kata, kita mungkin menjatuhkan maruah dia depan orang ramai. Apa erti sahabat masa tu? Masalahnya, lidah tu tak bertulang. Tak bermaksud pon nak memalukan tapi itu lah.. dah TERcakap kan..

Dan seorang sahabat tu tentu sekali memaafkan kesalahan dengan hati terbuka. Tapi kalau boleh, elakkan lah keadaan macam ni, sebab paku yang tertanam tu, apabila dikeluarkan pasti meninggalkan kesan lubang.



● ─ ●  
Memang payah untuk melatih lidah supaya behave pada tempatnya. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh :))






Friday, April 13, 2012

Proses Mem"BUSY BODY"

Aku dalam proses menyibukkan diri dan memanfaatkan setiap masa yang berlalu, insyaAllah.

Masa yang terluang begitu banyak, telah lama dibazirkan. Moga kita semua tidak tergolong dalam kalangan orang yang rugi, kelak kesal dengan kelapangan yang disia-siakan. Jadikan tiap detik bermakna :) Moga terdapat rahmat di dalamnya.

Untuk menzahirkan rasa syukur dengan nikmat Allah, tentulah kita menggunakan nikmat tersebut untuk mendapat redhaNya.

Begitu jugalah dengan masa yang diperuntukkan untuk kita. Apabila mudah saja menangguh2kan masa, menghabiskan masa dengan angan2 kosong yang perlahan-lahan menjauhkan kita dariNya, bukanlah bersyukur namanya.-ingatan unutk diri sendiri :(

Oleh itu, jadi "busy body" untuk diri sendiri supaya masa-masa kita, bukan lagi sekadar hembusan yang berlalu sepi dan hilang. Pastikan ia satu amanah untuk diuruskan dengan sebaik mungkin.



● ─ ● 
Luruskan niat :D






iklan penaja



Monday, March 19, 2012

It's Not a Waste To Make Friends :)

Be a friend to all, it's not a waste. In fact, trouble is a friend (Lenka) Hahaha..


Selalu kita dengar yang kawan ni, waktu senang, ramai.. tapi waktu susah, bayang-bayang pon payah nampak. Yang lagi best tu, waktu kita susah, orang yang tak pernah kita kenal tu yang tolong kita. Contohnya kat tepi jalanraya :P So, it's really not a waste to make friend :) 

Selain manusia, objek boleh jadi kawan x?

kalau pemuzik, mungkin la gitar dan piano tu kawan baik dia.
kalau student, mungkin buku.
kalau tukang jahit, mesin jahit la kot :)

Apa-apa pon, berbuat baik lah pada kawan-kawan kita yer :)


● ─ ● 
ayat paling comel dari hadif,

"Acu... ada *TAWAAAN :P"

*kawan



Sunday, March 18, 2012

Kehidupan Yang Beradab

Cuti sekolah dah habis. Urusan kerja kawen pon banyak yang dah selesai. Haha.. Bab kawen ni, banyak betul adat yang ada. Setiap tempat pulak, adat dia lain-lain. Orang Melayu selalunya daripada merisik, meminang, berinai, bersanding..macam2

Sireh Junjung


Tu cerita kawen. Untuk jadi raja sehari. Macamana pulak adab kita seharian ni?

Adab orang Melayu ni penuh sopan santun, budi bahasanya tinggi. Tapi macamana nak tengok ketinggian budi orang? Mungkin nada suara, cara berjalan, mimik muka, bahasa tubuh.. Hoho..mungkin :P

Cina, India, mesti ada jugak adab2 masyarakat mereka termasuklah kaum lain2. Dari mana pon asal keturunan kita, jagalah kehidupan yang beradab, yang mengamalkan budaya Islam :)

adab pada keluarga(mak, pak, suami, isteri)
adab makan minum
adab berjiran
adab menyambut tetamu
adab membaca Al-Quran
adab berkawan
adab menziarah org sakit

banyak lagi termasuklah adab menuntut ilmu.

Bila kita menjaga adab dengan baik, sampai dah sebati dengan hidup kita, kita harapkan supaya kehidupan seharian kita menjadi ibadah :)


● ─ ●
moga akhlak kita terpelihara.. :)



Wednesday, March 14, 2012

Apa Yang Kau Tulis?

Sembang2 dengan member aku semalam, terkeluar cerita pasal blog. Ringkasnya, dia tak paham blog aku, hehe.. Awak paham? :P

Lepas aku buka balik post2 yang lepas, banyak sungguh post aku yang berbunyi kecewa, patah hati, serabut. Baru aku sedar yang aku ikut perasaan sangat waktu menulis tu.

Not bad. Haha :D

............

Ni gambar hadif kat tasik mengkuang, bkt mertajam. best tempat ni, tenang.......



Monday, March 5, 2012

Kenapa Begitu? Kalau Dulu..

Sebelum apa-apa, post lepas x berisi sebab x boleh nak taip masa tu. Aku rasa senget :D sebab dah lama x on fb, tapi sehari sebelum birthday aku, aku reactivate. Sekurang-kurangnya ada jugak kawan-kawan yang ikhlas mendoakan kesjahteraan kawannya :) lepas sehari, terus off balik. Haha :D ntah apa-apa..

Em..

Aku tengok perubahan kat manusia, aku dengar cerita tentang perubahan mereka, aku sedar yang aku pon ada lalui perubahan. Perubahan tu memang pasti dah. Dulu aku x puas hati, kenapa kena jadi macam tu?

Kalau dulu boleh cakap lembut, kenapa sekarang kasar.
Kalau dulu adab sopan, kenapa sekarang dah kurang malunya.
Kalau dulu sayang, kenapa sekarang menyampah.

Memang tak habis ungkitan macam ni. Ya, kita kadang2 tu x sedar perubahan diri kita. Orang lain yang akan perhati perubahan tu. Untung lah dengan adanya kawan yang prihatin mengingatkan dengan hikmah.

Semoga dengan kesalahan pada perubahan tu buatkan kita lagi beringat, terutamanya aku. Jika awak ada kawan yang berubah kepada yang buruk,

Janganlah benci dia. Dia manusia. Mungkin awak x suka cara dia. Tapi janganlah buat dia rasa terhina dengan kesalahan masa lalu dia. Kejilah apa yang dia buat, bukan diri dia yang fitrahnya manusia lemah, bantulah dia untuk menjadi dia yang lebih baik.


● ─ ●
=.=

Monday, January 9, 2012

Secarik Bahagia

Kepastianku,
Bahagia itu rahsia,
Memusat di dalam jiwa,
Membayangi kuyu mata,
Setiap insan yang menghargainya.

Segarnya bak sekapas kabus pagi,
Muncul sekejap dalam senyap,
Kabur pada pandangan,
Tapi jelas pada sentuhan,

Kesedihanku,
Tercariknya bahagia,
Oleh rentapan kata berbisa,
Pacuan perasaan barangkali,
Membelok dari landasan lurus.

Biar hanya tinggal topeng berdebu,
Ia sangat bermakna,
Ia harapan yang tak pernah lelah,

Keyakinanku,
Genggamlah seeratnya.
Secarik bahagia yang tersisa.

3.29 p.m.





Friday, January 6, 2012

Yang Kecil itu Besar

Bila ada sesuatu terjadi disebabkan hal kecik, selalu kita sebut terlepas pandang. Apa maksudnya tu?

Maksudnya kita lalai. L.A.L.A.I. Lalai untuk mengambil berat akan hal2 yang remeh bagi kita tapi sebenarnya membawa kesan pada masa depan kita. Kan2?

Akulah orang yang lalai tu pada hari ni. Oleh sebab hal yang kecik bagi aku sebelum ni... Ia menjadi satu hal penting untuk aku selepas ni.

Sama la dengan dosa2 kita yang terlepas pandang. Sampai satu tahap tu, kita xsedar yang hati kita telah membatu.

Jadi sama-samalah kita beringat :) dan saling mengingatkan.

● ─ ●
sesuatu benda tu takkan terjadi tanpa hikmah. yakinlah wahai aku, kuatkan hatimu wahai aku. untuk awak semua juga :))



i believe it's time for miracle!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...