Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera :)

Wednesday, July 18, 2018

Senyap

Tak semua yang kita tahu adalah sebagaimana yang kita paham
Selalunya kita paham lain, tapi pemahaman sebenar untuk perkara tu lain.

Kita berfikir dan orang sekeliling juga berfikir. Namun tentu-tentulah corak dan sudut penilaian bukan satu arah. Mesti ada penaakulan dari biasan pengalaman, kemahiran,atau perbandingan yang dilihat. Sering kali penerimaan tu berbeza-beza.

Sikap paling huduh yang selalunya kita tak sedar apabila berhadapan dengan situasi percanggahan pendapat ni, tegakkan benang yang basah.

Alamak, benang kering pun tak boleh tegak, macamana nak tegak benang basah? Hahah.

Kalau kita cukup berani untuk melontarkan pendapat, sepatutnya tahap keberanian kita lebih tinggi untuk pendapat kita dinilai dan ditolak. Malu? Jangan risau, kalau sepuluh orang dengar time kita cakap tu, sembilan akan lupa lepas 5 minit. Logik kan.

Jadinya, senyaplah bertempat, jika bercakap atau berdiam kedua-duanya bawak mudarat, maka pilihlah mudarat yang lebih ringan. Mungkin senyap? Namun untuk menegakkan perkara yang benar, janganlah pulak disenyapkan.


● ─ ●  
Kalau berani luahkan perasaan, kena sepuluh kali berani kena reject. eh!



Monday, July 16, 2018

Kita Berkongsi Rahim Yang Sama

Pepatah melayu,
Air yang dicincang takkan putus..

Awak ada berapa adik-beradik?
Satu atau sepuluh, lain-lain kenangan masa kecik kita kan?
Dengan adik-beradiklah kita belajar macam-macam benda. Bergaduh gila-gila tapi kaw team buat nakal sesama.



Rahim yang sama. Ikatan emosi yang sama.
Namun jiwa dan pemikiran tak sama.

Unik. Seringkali orang luar lagi rapat dan sefahaman. Lalu kita abaikan ikatan yang dikurniakan Ilahi. Ikatan darah daging. Kita rasa ikatan tu tak penting. Serenggang manapun hubungan adik-beradik, seburuk manapun kita rasa, sehancur manapun perasaan kita.

Cuma satu. Doa.

Didiklah anak-anak kita untuk saling mendoakan. Kita juga, selitkanlah doa untuk insan-insan yang berkongsi rahim ibu. Dalam kantung kasih sayang yang serupa. Indahnya kasih sayang tu sangat memberi ketenangan.

Moga kebahagiaan akhirat dapat kita nikmati bersama-sama. Amin.

● ─ ●  
Terkenang zaman belajar nak basuh berak sendiri, abang yang ajarkan.Takut nak berak sorang-sorang, abang jugak yang temankan kat luar pintu.

Dalam banyak-banyak kenangan, kenangan berak jugak yang ingat yer.. hahaha RINDU
Belum lagi naik kuda gunung, kuda bukit, kuda padi, aiskrim bata, lalala ....lalala... <3

Thursday, August 17, 2017

Sebuah Perjalanan

Mencari redha Tuhan,
Pada setiap langkah,
Pada segenap pertuturan,
Pada sebilangan denyut nadi,
Yang masih berbaki,
Pantas atau perlahan.

Sebuah perjalanan,
Sudah tahu di mana mulanya,
Tak terbayang akhirnya,
Moga dalam redhaMu Tuhan.

11:12 pm

Friday, October 21, 2016

Magic of 'Telepathy'

Setiap hari manusia berkomunikasi. Jika tidak dengan orang lain, system badannya sendiri pon dah saling ber'komuniasi' dengan cara mereka sendiri, tanpa henti. Hebat ciptaan Allah kan.



Ada satu jenis talian rahsia yang kita tak dapat nak explain. Telepathy. Transmission of information nya direct, mind to mind, hubungan yang takda sambungan secara reality tapi komunikasinya wujud. Complicated nya!

Jadinya, POSITIF lah dalam ber'networking'. Bernafas kita di atmosfera yang sama, mengagumi pada keindahan bulan yang sama, berpijak di lantai bumi yang serupa, bersujud ke arah kiblat yang sama.

Perbezaan rupa, status, pemikiran, dan pendirian yang dikurniakan kepada kita tidak lain hanya untuk mencampur gaul rencah kehidupan yang berwarna warni.

Namun! Positif bukan bermakna tunduk dan mengalah! Melihat kesalahan malah kerosakan dengan kacamata jiwa yang mengecil sehingga akhirnya berkaca di penjuru mata.

Positif, dalam ertikata kita mampu melihat apa itu kebaikan dan keburukan. kebaikan bukan lah untuk dijulang agar jatuh berderai, keburukan bukanlah untuk dikeji, dihenyak, dan dihempas.


Bersuaralah! biarpun ketidakpuasan hati cuma segaris contengan.
Bersuaralah! melalui kata-kata berhikmah.
Bersuaralah! dari jiwa besar yang tiada hasad dendam.
Bersuaralah! titipkan kebenaran, bukan kepura-puraan.

Tidak kurang juga yang perpegang teguh bahawa tidak semua perlu dilontarkan.

Ya, tepat. Tidak semua perlu dilontarkan tapi dengan satu syarat yang ketat, iaitu.. usah disimpan, dipendam, ditimbulkan garisan-garisan contengan di hati sehingga dipintal menjadi amarah bisu. Lantas jiwa melemah dan menyalahkan setiap babak kehidupan.

POSITIF. Bina 'telepathy' kuat antara kita dan pencipta. Moga sempit dan serabut yang menghimpit hati kita saat membaca ni, lapang dan semakin kental. InsyaAllah.



● ─ ● 

Usah putus-putus berdoa. Itu 'telepathy' terbaik. Insya Allah.  







Tuesday, October 11, 2016

Speaker of the Day - URUTAN STRESS

"Sekarang dijemput wakil dari MamaCare Penang untuk memberikan ceramah tentang Urutan Stress..."

Maka melangkah gagah lah saya demi perkongsian ilmu untuk manfaat semua.


Biasalah, tolong member, beliau tak sempat nak datang atas sebab peribadi. Di Institut Pertanian Bumbong Lima. Sebelum tu dalam kalangan Persatuan Tekstil Penang di Prai.

Jadi bermulalah sesi teori. Hah. Disuruh bangun semua hadirin hadirat. Disuruh duduk pula kemudiannya. Disuruh bangun semula. Duduk semula.

Maka terpacullah perkataan "Stress ah macam ni!" dari salah seorang peserta, seperti yang saya rancang.

Baru bangun duduk, dah stress pun :D

Alhamdulillah. Berikutan muqaddimah yang terkesan, terkupas lah satu demi satu punca2 stress. Semua berkisar masalah dunia yang dipacu matlamat dunia juga.

Jadi apa tekniknya urutan stress ni?


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...