Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera :)

Thursday, December 16, 2010

Permata Seni

Semalam sempat tengok pementasan konsert permata seni kat TV.
Budak-budak semua comel2 belaka. Semoga mereka membesar sebagai pembela bangsa, agama dan negara kelak, bukan setakat pandai menyanyi dan menari ja :) Bagi aku, benda macam ni dapat wujudkan semangat kebangsaan tinggi dan kerjasama satu pasukan.

Part yang paling best dan jelez bagi aku ialah kat persembahan main alat muzik, cekap gila budak2 kecik main violin. hoho jeleznya....kagum :)



● ─ ●
Semoga pelapis negara kita masa depan lengkap seimbang dengan ilmu dunia akhirat supaya xtergelincir dari landasan yang betul :) kejar dunia, dapat dunia. Kejar akhirat, dua2 dapat :)



Jelez dengan budak bertopi nie...hahah tabek!



*Besar sok, jadi macam pak cik David Garret ni ha...


Wednesday, December 15, 2010

Rahsia Air Mata

Awak pernah menangis? Bila kali terakhir awak menangis? Mesti rasa lega kan...
Lapang... apabila tangisan tu reda sendiri. Linangan air mata cuma mengalir di pipi tapi menyejukkan ruang hati dalam diri. Hebat kan? Pernah tak dengar istilah menangis dalam hati? Mesti tersiksa rasanya. Sebab Tak mampu nak dizahirkan.



Perlukah pula sebab untuk air mata itu dititiskan?
Kadang-kadang kita tak sedar yang ia telah pun mengalir saat kita berduka, saat suka, saat menginsafi kesalahan-kesalahan lalu kepada Pencipta dan sesama manusia :(

Sering kita menganggap yang ia menunjukkan sifat lemah terutamanya perempuan. Tapi hakikatnya itulah kekuatan mereka. Kekuatan dalaman yang diperoleh setelah keringnya titisan air mata yang terluka.

Lelaki juga apa kurangnya. Mereka juga manusia yang tidak terkecuali daripada derita. Menangis bukan bererti lemah. Lelaki yang gagah jua bisa mengalirkan air matanya di sepertiga malam apabila rebah sujud menghadap Allah bersama dosa-dosa yang terbeban.

Sebagai anak yang masih punya mak pak di dunia, janganlah diguris luka hati mereka hingga menitisnya air mata derita. Hati2 itu tidak hanya terguris dengan kata-kata. Perbuatan dan perlakuan juga mampu meremukkan hati mereka ibarat kaca terhempas ke batu. Bukan air mata derita yang sepatutnya diberi sebagai penghargaan mereka membesarkan kita tetapi senyuman indah bersama tangisan kebahagiaan.

Memang kat depan mak pak kita macam malaikat, tapi fikirlah balik apa yang kita buat kat belakang mak pak kita, mungkin mereka bakal menangis dan kecewa bila tengok kita. Kalau kat depan mereka kita dah macam setan, kat belakang apatah lagi.


● ─ ●
Lepas ni, kalau terasa nak nangis, atas apa2 sebab pon...menangisla puas2 yer... :) jangan malu jgn segan :) as a best friend, always have a shoulder for our friend to cry on.


A SHOULDER TO CRY ON


Life is full of lots of up and downs,

And the distance feels further when you're headed for the ground,
And there is nothing more painful than to let you're feelings take
you down,
It's so hard to know the way you feel inside,
When there's many thoughts and feelings that you hide,
But you might feel better if you let me walk with you
by your side,


And when you need a shoulder to cry on,
When you need a friend to rely on,
When the whole world is gone,
You won't be alone, cause I'll be there,
I'll be your shoulder to cry on,
I'll be there,
I'll be a friend to rely on,
When the whole world is gone,
you won't be alone, cause I'll be there.

All of the times when everything is wrong
And you're feeling like
There's no use going on
You can't give it up
I hope you work it out and carry on
Side by side,
With you till the end
I'll always be the one to firmly hold your hand
no matter what is said or done
our love will always continue on

Everyone needs a shoulder to cry on
everyone needs a friend to rely on
When the whole world is gone
you won't be alone cause I'll be there
I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be the one you rely on
when the whole world's gone
you won't be alone
cause I'll be there!

And when the whole world is gone

You'll always have my shoulder to cry on....




Tuesday, December 14, 2010

Aku yang Tak Sedar Diri

Buatku dan Buatmu~




AKU YANG TAK SEDAR DIRI :(


Mata semakin bengkak
akibat memandang yang bukan hak...
aku tak mahu tapi aku lemah untuk menolak.

Nafas semakin sesak
akibat memikirkan masalah dunia...
aku tak mahu tapi aku sayangkannya.

Mulut semakin tebal
kerana mengumpat sesama saudara...
aku tak mahu tapi kurasa puas membuka aib mereka maka tertutup aibku,

Lidah semakin keras
kerana melupakan zikir dan Al-quran...
aku tak mahu tapi kulebih 'prefer' berdansa dan bersuka ria,

Kulit semakin kematu
kerana tiada basahan wudhuk...
tetap aku tak mahu tapi aku malas!


AKU YANG TAK SEDAR DIRI :(

Sendi-sendi pinggang semakin keras,
Mungkin kulupa ber'rukuk dan sujud',

Tekak terasa perit,
Mungkin terlebih teguk Arak...sahabatku saat kukeliru,

Perut semakin kembong,
Mungkin kukenyang oleh enaknya kejuahan rahsuah,

Kaki seperti kejang dan merimaskan,
Mungkin kuabaikan langkah-langkah ke rumah Allah.


AKU YANG TAK SEDAR DIRI :(

Makin hari makin haru
terhimpit dalam dinding kebal yang kucipta sendiri,

Menjarakkan dan membataskan
hubungan aku dan Dia.


AKU YANG TAK SEDAR DIRI :(

Mahu kembali. Tapi bagaimana??


9.27 a.m.


● ─ ●
Pintu taubat sentiasa terbuka luas. Hanya keinginan+kesungguhan diperlukan untuk melangkah ke dalam :)


Monday, December 13, 2010

Opocott!!


Hah! cucuk lagi pinggang dia...kasi latah sampai lebam :P
Nakal nya....hehe

Adakah melatah(hyperstartling) sejenis penyakit?
Tak penah pulak dengar mat salleh melatah.
Budak-budak, orang dewasa, orang tua 'perempuan' golongan paling banyak latah.
Paling sedih sampai boleh membunuh waktu hilang pertimbangan waras.

Abangku penah cakap :

"Melatah ibarat lori yang accident, yang tertumpah atas jalan ialah apa yang ada atas lori"

Bahasa mudahnya, kita akan keluarkan apa yang ada dalam diri kita secara spontan.
Jadi kalau dah mencarut berselerak, itu lah kot yang ada dalam diri kita. hoho

Boleh berlatih kan melatah ni? Belum cuba belum tau...:P
Tak payah cuba lah.
Kalau awak seorang 'pelatah tegar' yang seakan-akan punah harapan untuk sembuh,
Bersedia untuk tutup mulut awak rapat2 saat terkejut.
Kalau tak mujarab,
Tukarlah reaksi terkejut kepada perkataan-perkataan amar makruf nahi mungkar seperti.

"Ya Allah"
"Lailaha Illallah"

Ada jugak faedahnya :)


Memang orang melatah nampak comel.
Tambah-tambah awek cun.
Tapi awak akan penat dan lemah semangat. Nak??






● ─ ●
apa maksud opocot ha?? kot ada singkatan perkataan. Em....



Sunday, December 12, 2010

Kenal Maka Cinta

Ish...macam tak kena ja bunyi tajuknya. Haha bukan yang tu cuma sinonim kepada "tak kenal maka tak cinta"?. Abaikan. :P

Kalau diikutkan kata-kata tu, ramai orang kita kenal, ramai lah pulak orang yang kita cinta. Tak boleh jadi ni. Macam mana pulak dengan kata-kata "Berkawan biar seribu, bercinta biar satu?"


Sudah2. Tak payah serabut dengan perkara yang simple :) Selalunya bila salam perkenalan, pasti ada ungkapan yang macam tu. Kenapa ya? Normal la tu, bila kita kenal orang tu macam mana, kita tahu macam mana nak buat dia senang dengan kita. Cinta kat sini bukan lah maksudnya sentiasa bersama, cuma kita saling kenal dan faham kelebihan/kekurangan dan juga minat/boring seseorang. Kan best macam tu.

Awak kenal tak diri awak sendiri? Kalau tak, macam mana awak nak kenal orang? Kalau ya, awak tetap tak mampu untuk faham orang lain sepenuhnya kan. Jadi tak boleh lah nak anggap yang kita kenal sepenuhnya kawan kita. Apa-apa pon, kalau kita tak kenal betul orang yang kita sayang, tu bukan lah satu kekurangan. Perkara tu akan jadi kekurangan kalau tak disertakan dengan kepercayaan dan terima seadanya.


Kita tak boleh anggap semua orang fikir macam kita fikir. Bayangkan la, lahir dari rahim berbeza, dibesarkan dalam suasana lain-lain. Adik-beradik pon tak semestinya saling kenal. Tapi yang pasti, boleh saling faham, percaya dan saling cinta. Kita tentu nak orang yang kita sayang dalam keadaan baik sepanjang masa. Habis tu nak buat apa? Tak mungkin la selalu di sisi untuk jadi Superman dia :P Cukupla dengan senjata doa yang sentiasa mengiringi dia. Senjata ni orang tak nampak, tapi kesannya dalam :)

Dalam menuntut ilmu, boleh pakai jugak rasanya kata-kata ni. Hehe cintakan ilmu. Kalau dengan orang lebih kepada faktor 'terima seadanya', belajar pulak mestila kena 'RAJIN'. Sifat tu yang buat kita boleh kenal ilmu dan cinta ilmu. InsyaAllah. Membaca kan jambatan ilmu, untuk membaca perlukan sifat rajin. Nabi kita dulu pon diajar supaya membaca semasa diturunkan Al-Quran. Kita apatah lagi?


● ─ ●
Love is a necessity, not a luxury... Penuhi hati kita dengan cinta pada Allah :)

Thursday, December 9, 2010

Yes or No

Setiap dari kita ada akal dan perasaan (hati). Untuk menilai..
Lagi? Takkan nak menilai ja memanjang..
Cuba pelbagaikan,
Guna untuk fikir..kaji baik buruk..buat keputusan..ambil pengajaran yang mana patut..
Sebab tu la mak pak suruh fikir 10 kali sebelum buat apa-apa.
(dah lupa...mak pak pesan waktu kecik2 dulu...huh??)

Bukan apa.. Kadang2 yang mendatang tu dari kawan baik.
Tak pon, dari seseorang yang kita hormati, sanjungi dan segani.
Permintaan dan ajakan mereka memerlukan kita untuk buat keputusan.
YES or NO!


Susah untuk menidakkan sesuatu yang kita mampu buat.
Walaupun kita boleh tolak dan itulah yang sepatutnya.

"Buat ja la... susah sangat nak tolong orang?"

"Ikut ja la... bukan nak keluar duit pon,"

Kedengaran suara hati berbisik.
Tapi kena ada pertimbangan akal sihat. Em...

Dalam situasi tugasan, ia adalah tanggungjawab yang perlu diselesaikan.
Clue nya, tanggungjawab tu atas siapa? Dia atau kita?
Tak salah untuk kita membantu dan berkongsi tanggungjawab seadanya. Baik.
Tapi apabila seluruh tanggungjawab tu dipindahkan kepada kita,
Saat tu kita harus berani say NO.

Dalam situasi ajakan, bergantunglah kepada kita untuk meluangkan masa.
Jangan lokek yer...
Tapi kalau dah mengganggu,
Takda faedah untuk kita dan dia,
Saat tu kita harus berani say NO.

Dalam situasi pergaulan seharian, Bila? Kat mana?
Yang ni fikir sendiri yer...
Keinginan demi keinginan.
Peluang di depan mata. Mudah.
Kalau bawa kesan buruk pada hati.. Tegas.
Saat tu kita harus berani say NO.

"Jangan sesekali tewas dengan kehendak hati yang melampau.
Kalau kita bagi dia peluang sekali,
Ia akan meminta untuk kali kedua, ketiga dan keempat. "



Berani untuk buat keputusan yang tepat.
Dalam masa sama, jadilah pemurah dan ringan tulang untuk membantu.
Demi tabungan akhirat.
Setiap yang baik dibalas baik. Yakinlah. :)



● ─ ●
Asyik no no no... mana yes? Eh, mak aku panggil....
Setiap kali mak panggil jgn lupa nyahut "Yes mum...." bye.hehe


Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah





Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

-------------------------------------------

Selamat berhijrah ke arah kebaikan dunia dan akhirat :)
Mulakan dengan niat, keikhlasan hati dan kesungguhan.. InsyaAllah...

● ─ ●
bukan seronok2 letak lirik lagu tu ha... dalam makna nya.. :)

Sunday, December 5, 2010

Tengah Buat Apa Tu?

Selalu sangat member tanya, "watpa tu?"
Dengar macam soalan lapuk yang ditanya oleh orang yang boring.. :P

Tapi tu la, jawapan famous mesti...

* xda apa

Simple, pernah tak terfikir yang..

Memang saat tu, kita tengah buang masa sambil tak buat apa2 langsung
dan masa kita dihabiskan, terbuang tanpa kita tahu yang ia telah berlalu.

Masa oh masa...:)






● ─ ●
lepas ni kalau org tanya, "Tengah Buat Apa Tu?"
boleh la modified jawapan kepada.. "buang masa bagitau hang..hahaha"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...