Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera :)

Monday, December 13, 2010

Opocott!!


Hah! cucuk lagi pinggang dia...kasi latah sampai lebam :P
Nakal nya....hehe

Adakah melatah(hyperstartling) sejenis penyakit?
Tak penah pulak dengar mat salleh melatah.
Budak-budak, orang dewasa, orang tua 'perempuan' golongan paling banyak latah.
Paling sedih sampai boleh membunuh waktu hilang pertimbangan waras.

Abangku penah cakap :

"Melatah ibarat lori yang accident, yang tertumpah atas jalan ialah apa yang ada atas lori"

Bahasa mudahnya, kita akan keluarkan apa yang ada dalam diri kita secara spontan.
Jadi kalau dah mencarut berselerak, itu lah kot yang ada dalam diri kita. hoho

Boleh berlatih kan melatah ni? Belum cuba belum tau...:P
Tak payah cuba lah.
Kalau awak seorang 'pelatah tegar' yang seakan-akan punah harapan untuk sembuh,
Bersedia untuk tutup mulut awak rapat2 saat terkejut.
Kalau tak mujarab,
Tukarlah reaksi terkejut kepada perkataan-perkataan amar makruf nahi mungkar seperti.

"Ya Allah"
"Lailaha Illallah"

Ada jugak faedahnya :)


Memang orang melatah nampak comel.
Tambah-tambah awek cun.
Tapi awak akan penat dan lemah semangat. Nak??






● ─ ●
apa maksud opocot ha?? kot ada singkatan perkataan. Em....



3 ● genius ●:

si para para said...

opocot siput sedut..hehhe bhya jgk kalau melatah bukan2...hehe

Raji berkata said...

huhu tuh lah kan
sekarang kebanyakan org melatah mesti keluar perkataan yg mencarut2 je o.O

opocot tuh expression word tiada definasi
hahahah

Mentadak Mentadu said...

x senonoh kan...tp nk wat cna...xsedaq

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...