Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera :)

Thursday, December 9, 2010

Yes or No

Setiap dari kita ada akal dan perasaan (hati). Untuk menilai..
Lagi? Takkan nak menilai ja memanjang..
Cuba pelbagaikan,
Guna untuk fikir..kaji baik buruk..buat keputusan..ambil pengajaran yang mana patut..
Sebab tu la mak pak suruh fikir 10 kali sebelum buat apa-apa.
(dah lupa...mak pak pesan waktu kecik2 dulu...huh??)

Bukan apa.. Kadang2 yang mendatang tu dari kawan baik.
Tak pon, dari seseorang yang kita hormati, sanjungi dan segani.
Permintaan dan ajakan mereka memerlukan kita untuk buat keputusan.
YES or NO!


Susah untuk menidakkan sesuatu yang kita mampu buat.
Walaupun kita boleh tolak dan itulah yang sepatutnya.

"Buat ja la... susah sangat nak tolong orang?"

"Ikut ja la... bukan nak keluar duit pon,"

Kedengaran suara hati berbisik.
Tapi kena ada pertimbangan akal sihat. Em...

Dalam situasi tugasan, ia adalah tanggungjawab yang perlu diselesaikan.
Clue nya, tanggungjawab tu atas siapa? Dia atau kita?
Tak salah untuk kita membantu dan berkongsi tanggungjawab seadanya. Baik.
Tapi apabila seluruh tanggungjawab tu dipindahkan kepada kita,
Saat tu kita harus berani say NO.

Dalam situasi ajakan, bergantunglah kepada kita untuk meluangkan masa.
Jangan lokek yer...
Tapi kalau dah mengganggu,
Takda faedah untuk kita dan dia,
Saat tu kita harus berani say NO.

Dalam situasi pergaulan seharian, Bila? Kat mana?
Yang ni fikir sendiri yer...
Keinginan demi keinginan.
Peluang di depan mata. Mudah.
Kalau bawa kesan buruk pada hati.. Tegas.
Saat tu kita harus berani say NO.

"Jangan sesekali tewas dengan kehendak hati yang melampau.
Kalau kita bagi dia peluang sekali,
Ia akan meminta untuk kali kedua, ketiga dan keempat. "



Berani untuk buat keputusan yang tepat.
Dalam masa sama, jadilah pemurah dan ringan tulang untuk membantu.
Demi tabungan akhirat.
Setiap yang baik dibalas baik. Yakinlah. :)



● ─ ●
Asyik no no no... mana yes? Eh, mak aku panggil....
Setiap kali mak panggil jgn lupa nyahut "Yes mum...." bye.hehe


3 ● genius ●:

Raji berkata said...

betul sgt nih
nak2 kalau org atasan kita ckp xkira betul ke salah sumenya di"Yes"kan...

dont afraid to deniel if we already know that it shouldn't be agreed..

TUKANG KATA said...

kadang2 kalau mak sy panggil, sy cakap kejap,5 minit. mcm ada ciri2 jadi anak derhaka kan? astaghfirullah.

shikin_yz said...

Yup raji, mereka juga manusia.. =.=

5 minit pon ok gak dri nyahut2...x sampai2..ish3 :(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...