Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera :)

Tuesday, December 14, 2010

Aku yang Tak Sedar Diri

Buatku dan Buatmu~




AKU YANG TAK SEDAR DIRI :(


Mata semakin bengkak
akibat memandang yang bukan hak...
aku tak mahu tapi aku lemah untuk menolak.

Nafas semakin sesak
akibat memikirkan masalah dunia...
aku tak mahu tapi aku sayangkannya.

Mulut semakin tebal
kerana mengumpat sesama saudara...
aku tak mahu tapi kurasa puas membuka aib mereka maka tertutup aibku,

Lidah semakin keras
kerana melupakan zikir dan Al-quran...
aku tak mahu tapi kulebih 'prefer' berdansa dan bersuka ria,

Kulit semakin kematu
kerana tiada basahan wudhuk...
tetap aku tak mahu tapi aku malas!


AKU YANG TAK SEDAR DIRI :(

Sendi-sendi pinggang semakin keras,
Mungkin kulupa ber'rukuk dan sujud',

Tekak terasa perit,
Mungkin terlebih teguk Arak...sahabatku saat kukeliru,

Perut semakin kembong,
Mungkin kukenyang oleh enaknya kejuahan rahsuah,

Kaki seperti kejang dan merimaskan,
Mungkin kuabaikan langkah-langkah ke rumah Allah.


AKU YANG TAK SEDAR DIRI :(

Makin hari makin haru
terhimpit dalam dinding kebal yang kucipta sendiri,

Menjarakkan dan membataskan
hubungan aku dan Dia.


AKU YANG TAK SEDAR DIRI :(

Mahu kembali. Tapi bagaimana??


9.27 a.m.


● ─ ●
Pintu taubat sentiasa terbuka luas. Hanya keinginan+kesungguhan diperlukan untuk melangkah ke dalam :)


2 ● genius ●:

Raji and Yeen said...

huhu
its all up to us ;D
kalau kita nk hidayah kita berusaha~

kalau xnk duduk jer dalam dunia yg terang benderang dgn keseronokan sebelum tinggal dlm kegelapan di akhirat o.O

Mentadak Mentadu said...

:(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...