Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera :)

Sunday, December 12, 2010

Kenal Maka Cinta

Ish...macam tak kena ja bunyi tajuknya. Haha bukan yang tu cuma sinonim kepada "tak kenal maka tak cinta"?. Abaikan. :P

Kalau diikutkan kata-kata tu, ramai orang kita kenal, ramai lah pulak orang yang kita cinta. Tak boleh jadi ni. Macam mana pulak dengan kata-kata "Berkawan biar seribu, bercinta biar satu?"


Sudah2. Tak payah serabut dengan perkara yang simple :) Selalunya bila salam perkenalan, pasti ada ungkapan yang macam tu. Kenapa ya? Normal la tu, bila kita kenal orang tu macam mana, kita tahu macam mana nak buat dia senang dengan kita. Cinta kat sini bukan lah maksudnya sentiasa bersama, cuma kita saling kenal dan faham kelebihan/kekurangan dan juga minat/boring seseorang. Kan best macam tu.

Awak kenal tak diri awak sendiri? Kalau tak, macam mana awak nak kenal orang? Kalau ya, awak tetap tak mampu untuk faham orang lain sepenuhnya kan. Jadi tak boleh lah nak anggap yang kita kenal sepenuhnya kawan kita. Apa-apa pon, kalau kita tak kenal betul orang yang kita sayang, tu bukan lah satu kekurangan. Perkara tu akan jadi kekurangan kalau tak disertakan dengan kepercayaan dan terima seadanya.


Kita tak boleh anggap semua orang fikir macam kita fikir. Bayangkan la, lahir dari rahim berbeza, dibesarkan dalam suasana lain-lain. Adik-beradik pon tak semestinya saling kenal. Tapi yang pasti, boleh saling faham, percaya dan saling cinta. Kita tentu nak orang yang kita sayang dalam keadaan baik sepanjang masa. Habis tu nak buat apa? Tak mungkin la selalu di sisi untuk jadi Superman dia :P Cukupla dengan senjata doa yang sentiasa mengiringi dia. Senjata ni orang tak nampak, tapi kesannya dalam :)

Dalam menuntut ilmu, boleh pakai jugak rasanya kata-kata ni. Hehe cintakan ilmu. Kalau dengan orang lebih kepada faktor 'terima seadanya', belajar pulak mestila kena 'RAJIN'. Sifat tu yang buat kita boleh kenal ilmu dan cinta ilmu. InsyaAllah. Membaca kan jambatan ilmu, untuk membaca perlukan sifat rajin. Nabi kita dulu pon diajar supaya membaca semasa diturunkan Al-Quran. Kita apatah lagi?


● ─ ●
Love is a necessity, not a luxury... Penuhi hati kita dengan cinta pada Allah :)

2 ● genius ●:

Raji and Yeen said...

aku cinta dgn belajar =.=
aah cmner nk kenal diri kita lagi?

Mentadak Mentadu said...

<3 belajar :)

kenal lagi? haha kalau dah sayang diri sendiri, kenal lah tu :P

sedar tujuan dan hakikat hidup.. kenapa kita singgah sekejap kat dunia ni.

Kita tahu buruk baik diri sendiri,dan betulkan

tahu apa yang kita nak dan xsepatutnya nak,

percaya dengan kemampuan diri,
rasanya dah cukup kot.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...