Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera :)

Wednesday, January 27, 2021

Sama





























Seorang pelukis
Tak pernah keliru
Memilih warna bagi contengan seninya

Hijau untuk daun 
Berlatar siang

Hitam juga untuk daun
Berlatar malam

Tetap bentuknya sama
Tak berubah kerana masa
Sama.








Bintang Hati

Andai saja.
Setiap ingatan tentangmu..
Setiap titipan doa untukmu..

Memunculkan bintang-bintang.

Setiap malamku.
Pasti terang benderang.




Hidup

Detik yang terbeku
Sentiasa hidup

Terkurung..
dalam waktu

Bisu tetapi berkata-kata
Berbunga-bunga

Sentiasa Hidup.








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...