Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera :)

Tuesday, July 31, 2012

Ia Perlahan Meniggalkan

1/3 dari Ramadhan tahun ni dah pun berlalu. Sepatutnya perubahan tu dah berlaku walaupun sikit. Tapi masih sama jugak. Macam mana tu?  


Friday, July 13, 2012

Si 'Busy' & Si 'Busy Body' yang Pelupa


Jangan salah paham, tu bukan tajuk cerpen atau novel fiksyen :P

Tu cuma dua watak yang kelihatan contra tapi ada persamaan pada sikap depa dan pasti juga kita!

Yang contra nya,

Si 'busy' punya waktu terhad.
berpacu atas litar perlumbaannya yang super dahsyat. 
Kerja yang bertimbun menyesakkan. 
Ada juga terpaksa.
Ibarat terpenjara dalam kotak timetable yang didindingkan sendiri.
Tiada jalan keluar.

Si 'busy body' punya waktu lapang.
Seperti ditugaskan untuk mengetahui setiap inci dan cm kitaran hidup orang lain.
Ibarat terdesak untuk tetap mengetahui cerita yang tak sepatutnya.
Barulah cukup sepikul daging saudara sendiri untuk dijamah.

Sifat lupa memesongkan si 'busy' dan si 'busy body'. 

Bukan sifat lupa buat kerja, (kan ada tulis dah kat timetable :P) 
Tapi si 'busy' sibuk memacu dunia sampailah tiba ketika dia terlupa akan akhirat.
Tak pernah terjadi pulak si 'busy' memacu urusan akhirat sampai terlupa akan dunia.
Nampak sangat busy nya tak bertempat dan matlamat. Kan rugi :(

Si 'busy body' yang tegar mengambil tahu setiap perkara untuk bahan umpat/fitnah, sering lupa yang diri sendiri pon banyak aibnya. Kan rugi :(

cuba buka mata sikit :)


● ─ ●  
Jadilah 'si busy' yang busy mencari redhaNya di dunia, dan si 'busy body' yang mengambil tahu tentang kehidupan beragama saudaranya :)

Thursday, July 12, 2012

Wednesday, July 11, 2012

Yang Jauh itu Sebenarnya Dekat


Berjarak bukan bermaksud jauh,
Berhimpit bukan bermaksud dekat.

Seringkali,
Yang jauh teguh terikat,
Yang dekat jurangnya dahsyat.

Mengapa mesti ruang luas itu,
Syahdu berembun rindu,
Udara yang kedap itu,
Berbaur hanyir membuntu.

Lumrah barangkali,
Tangan yang memapah ditepis sinis,
Namun jemarinya tekad menadah cinta,

Itulah layar hakikat,
Dambaan palsu bebas berkicau,
Rakus membohong aqal,
Lantas bayu yang berlalu dipuja-puja,
Hilang dan hampa.

6.00 p.m.
11/07/12





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...