Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera :)

Thursday, May 10, 2012

Kerana Pulut Santan Binasa

Kebiasaannya, manusia akan terpengaruh dengan persekitaran walaupun sedikit. Sebab tu sahabat tu bagaikan cermin untuk diri sendiri. Sebagai orang yang tahu bezakan baik dan buruk, nilailah kebaikan untuk dijadikan contoh dan kenalpasti keburukan supaya dapat dijadikan teladan.

Kita bergaul setiap hari, dan membuatkan perhubungan menjadi ceria. Sampai satu tahap, setiap pengisian tu ada sesi mengumpat dan fitnah yang dah terbiasa. Sampaikan orang lalu kat sebelah pon nak di komen2:

-cara pemakaian
-cara berjalan
-apa2 lagi lah yang difikirkan sesuai utk jadi bahan ketawa


google

Tak rasa bersalah pon kan?
Bercakap benda betul sekalipun, kalau orang tu dengar dan berasa x senang, umpat lah namanya.
Mungkin sebab apabila aib orang lain dibuka, maka tertutuplah aib sendiri. Tu yang seronok bercakap. Bertokok tambah lagi.

Ambillah satu ruang untuk cerminkan balik kata2 kita yang telah melukakan orang lain. Mungkin kita anggap sahabat kita tu seorang yang kering hati, x makan saman kalau orang kutuk dia kaw2 sekalipun. Namun hakikatnya dia seorang manusia macam kita. Berpada-pada lah dalam setiap kata :)

Terlajak kata, kita mungkin menjatuhkan maruah dia depan orang ramai. Apa erti sahabat masa tu? Masalahnya, lidah tu tak bertulang. Tak bermaksud pon nak memalukan tapi itu lah.. dah TERcakap kan..

Dan seorang sahabat tu tentu sekali memaafkan kesalahan dengan hati terbuka. Tapi kalau boleh, elakkan lah keadaan macam ni, sebab paku yang tertanam tu, apabila dikeluarkan pasti meninggalkan kesan lubang.



● ─ ●  
Memang payah untuk melatih lidah supaya behave pada tempatnya. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh :))






0 ● genius ●:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...