Nota hati
Ibu bapa kita adalah anugerah paling indah Allah pinjamkan kat dunia.
Alhamdulillah, diberi peluang untuk rasa kasih sayang suci dari dua insan yang mulia, mak dan bapak.
Dengan memuliakan kedua-dua mak dan bapak, Allah janjikan syurga. Biarlah kita tak dapat apa yang diidamkan yang bersifat dunia, janji redho mak dan bapak ada bersama-sama kita.
Memandangkan aku anak bongsu yang satu-satunya di rumah dan mak pak yang meningkat umur, aku tidur sebelah mak setiap malam sampailah malam ni jugak, dan aku ada habit terjaga tengah pagi dan renung muka mak.
Setiap kali aku jumpa calon untuk jadi 'anakanda tersayang' mak, menantu yang aku harapkan memuliakan mak macam mak nya sendiri, mesti ada ungkapan dari mak, nanti sapa nak tidoq dengan mak, ada orang nak tinggai mak dah nanti. T_T
Dan ditakdirkan, memang aku masih setia temankan mak setiap malam. Kalau dulu sebelum aku kerja tetap, mak selalu terjaga tengah malam sakit kaki atau sakit saraf mata. Aku pun mamun2 mengantuk2 picit2 pastu dengan aku terlena balik. Sorry mak.
Suatu ketika, aku terpaksa berhijrah kerana training dan ditempatkan jauh dari negeri sendiri. Koyak jugak waktu tu. Hati aku waktu tu selalu memujuk perasaan sendiri, tadahan doa tak pernah jemu, Memohon supaya Allah pelihara.
Baru aku sedar yang aku tak boleh pikir yang akulah selama ni jaga mak dan pak. Sedangkan yang jaga, Allah. Aku cuma dipinjamkan kat situ. Allah susun tu, cantik sangat dah. Ada abang aku tinggal kat rumah dan jaga kebajikan mak dan pak.
Dan paling ajaib, rupanya ayat yang memujuk hati aku tu, bila aku lontarkan kat seseorang, perkara tu membantu lapangkan dia juga dan menjadi asbab untuk moment2 indah Allah pinjamkan. Aku doakan Allah pelihara dia juga, yang takda depan mata aku lagi. Allah yang jaga.
Maka dijadikan cerita selama berhijrah, setiap hujung minggu aku pasti balik untuk temankan mak dan pak. Itu kemampuanku waktu tu. Dijadikan cerita jugak, aku dipindahkan di negeri sendiri.
Habit aku pun boleh la diteruskan. :D Tapi tuntutan duniawi makin ganas jugak, sibuk, tidur lena terus, dan kalau terjaga tengah pagi pun cepat2 buat hal sendiri. Dan mak pun memang jarang sangat dah nak terjaga tengah malam sakit kaki atau sakit saraf mata.
Sampailah minggu lepas, tempoh kuarantin gelang pink. Aku terjaga, duduk lama tengah pagi tu, mata aku kaku pada satu penjuru wajah seorang ibu.
Helaian putih.
Helaian-helaian yang sangat jelas menutupi hampir seluruhnya. Macamana aku leka sangat sampai tak perasan semua ni.
Pagi-pagi bila salam nak pi kerja, mak dalam telekung. Bila balik, mak dalam kerudung baru nak tutup kedai jajan depan rumah ni. Malam dah tengok tv. Kalau urut kaki pun, mata tengok tv, telinga ja dengar mak cakap. Teruk kan? Sedangkan mak tahu setiap bintik yang naik kat muka, ataupun calar yang terkena kat anak mak. Begitu juga pak. Tak sedar bila fistula di lengan pak dah saiz bola ping pong.
Aku leka mencukupkan keperluan duniawi mak pak, nak apa, semampunya disediakan, nak makan apa, semampunya dihidangkan. Tapi dari segi fizikal dan emosi, mungkin terbabas dah sikit, mungkin banyak, siapa tahu..
Semoga hari-hari mendatang aku lebih peka, lebih bertolak ansur dengan duniawi, memuliakan mak dan pak dalam seluruh nafasku yang masih tersisa. Kita taktahu siapa yang pergi dulu kan. Dan mintak maaf dari lubuk hati paling dalam buat mak pak atas kegusaran hati yang agak kuat tamparannya pada kesihatan mak dengan pak.
Sungguh, semuanya di luar kawalan dan aku tak mampu berbuat apa-apa. Kecuali doa pada Dia. Aku yakin, ada keajaiban akan muncul. InsyaAllah.
Buat mak dan pak yang tak mungkin akan baca penulisan ni, semoga syurga buat kalian, dilimpahkan kemewahan yang indah-indah di dalamnya. Aamiin.. Aku pasti takda orang yang ikut pun posting2 di sini. Tapi kalau dah terbaca, semoga kita jadi anak yang baik dan memuliakan ibu bapa kita. InsyaAllah. Moga Allah redha.
0 ● genius ●:
Post a Comment