Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera :)

Sunday, June 28, 2020

Keluarga Yang Tidak Ideal

Sharing dari seorang sahabat yang baik.

Pendapatnya ketika itu bahawa keluarga TIDAK IDEAL diistilah kepada keluarga yang "bermasalah" yang wujud sekatan dari segi tanggungjawab dan peranan yang menjadi luar normal dan kebiasaan.

TERBEBAN



Adakah ideal (sempurna), bentuknya mcmni...

BAPA - ketua, pelindung, wakil keluarga
IBU - makan minum, pakai, pengurusan umum
ANAK - jadi anak yang baik 

Ketika pendapat itu tertulis dalam ruang mesej antara kami, aku bersetuju. 

Namun statement tu ibarat tak lepas di sudut hadam fikiran, sampai kini terngiang-ngiang dan terbawa-bawa dalam kotak fikiran ni... kurang setuju jawab pemikiranku.

Hati aku kuat mengatakan IDEAL sebuah keluarga terletak pada individu, jika fikirannya jernih, maka ideal lah keluarga itu pada dirinya..

Ideal pada bagaimana caranya kita bertindak balas pada situasi dengan hati yang lapang, terbuka untuk komunikasi yang jujur dan berkesan, serta bersyukur seadanya. Maksudnya tak wujud pun istilah keluarga tak ideal sebab sempurna itu wujud dalam ketidaksempurnaan.

Tipulah jika tiada konflik langsung dalam mana-mana keluarga. Keluarga yang hidup sebumbung sekalipun, kadangnya lebih ribut pasir lagi daripada yang dah jelas talaq dan khuluknya.

Habis tu, kalau dah memang hakikatnya keluarga tunggang langgang? berpecah belah? ahli keluarga ada sikap tak baik? dengan orang asing pun boleh usik, lontarkan tuduhan, sindiran, cabaran? 

Jadi tak payah nak pura-pura, mengaku saja tak ideal.

Nanti. Bukan begitu.

Apakata..

BAPA - ahli keluarga
IBU - ahli keluarga
ANAK - ahli keluarga



Dilelong taraf yang sama...Tidak langsung sedikitpun membelakangkan bapa atau ibu. 'Ahli keluarga' bermaksud setiap seorang bertanggungjawab atas seorang yang lain. Saling bergandingan. Saling menguatkan kelemahan. Saling ikhlas.

JANGAN PERNAH LAGI memandang keluarga kita pada sisi kekurangan, kerana itu mungkin kelihatan matang pada manusiawi yang kian dewasa, namun sangat mencemar sifat syukur dalam diri, merasa cacat pada anugerah keluarga yang Allah beri. Memandang nikmat pada orang lain, memandang musibah pada diri sendiri.

SENTIASALAH memandang keluarga kita dengan penuh kasih sayang biarpun sering salah paham yang dijamah, kata-kata berbisa yang diteguk, tindakan-tindakan yang perit menyakiti, sering saja dan berulang lagi. Pandanglah pada sisi kebaikan biarpun hanya satu dari seribu.

Ibarat cerita budak yang sedih kasutnya koyak, rupanya ada budak yang takda kaki pun untuk pakai kasut. Kita cakap keluarga kita tak ideal, orang lain tu.. sampai tahap keluarga sendiri pun tak penah jumpa atau kenal sejak kecil.

Positif.

Nescaya seribu kebaikan akan muncul.

Bersyukurlah. Tunggang langgang, complicated, drama, novel, telefilem macamana pun keluarga kita, itulah the best family ever yang kita perlukan di dunia ni, yang Allah bagi. Be Proud and Thankful.

Simply erase the word TIDAK IDEAL












0 ● genius ●:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...