Alhamdulillah.. Aildilfitri baru saja menjelang, ikut kiraan, harini raya ke-6, Jumaat pertama bulan Syawal dan Jumaat ke-11 tiada solat Jumaat jemaah beramai-ramai di masjid bagi umat Islam di Malaysia atas sebab menjaga maslahat umum kerana virus Covid-19.
Buat yang berpuasa 6, selamat berpuasa
Yang semakin rajin membaca Al-Quran, tahniah.
Yang semakin kuat hatinya, moga istiqomah.
Tandanya Ramadhan bermakna pada kita apabila kesannya terbawa ke dalam kehidupan di bulan-bulan seterusnya. insyaAllah.
Dah seronok berhari raya, bermaaf-maafan. Benci pulak tajuknya :D
Ok. Jika kasih sayang dari hati,
Mengapa benci juga dari hati yang sama. Unik kan, manusia?
Jika hati memilih untuk benci, tentu berat untuk memberi maaf.
Buang lah jauh2 benci dan dendam atas sebab apa pun. Meski maruah yang diinjak-injak.
"Hang tak rasa, apa aku rasa.. Hang tak lalu apa yang aku lalui.."
Cukup-cukuplah merangkai ayat kosong macam ni. Ni bukan isu empathy. Ayat selfish macam ni cuma keluar untuk bagi warning, biarkan aku dengan dunia kebencian aku. Stay away!
Ok relaks dulu.
Ujian perasaan benci yang meluap-luap yang kamu rasa tu, eksklusif Allah bagi kat kamu, sebab kamu yang mampu tanggung. Sebab Allah sayang kamu. Dia uji. Dia nak bagi hadiah best-best setelah kamu berjaya lalui. Takkan kamu tak suka?
Bertarunglah kuat-kuat untuk buang rasa benci tu, let it go, supaya diri kamu terbebas. Keluarlah dari hidup dalam kenangan yang terlampau-lampau sakit tu. Lumatkan ego kamu. Jangan torture hati sendiri. Sakit tuu.
Beri maaf, bererti kamu dah lepaskan ikatan benci dan dendam dari hati kamu. Bukan untuk dia pun.
Untuk kamu.
Samalah..mintak maaf, sekalipun kamu 'tak salah', untuk ketenangan kamu sendiri, bukan untuk dia pun.

All the best untuk terus kuat bertarung!
● ─ ●
Bukan setakat kamu....Ingatan untuk aku jugak :)Buat yang terbaca posting2 did daa did, ampun maaf andai ada penulisan yang mengguris hati v(",)
0 ● genius ●:
Post a Comment