Pemikiran atau persepsi sering terwujud dari persekitaran dan latar belakang yang kita tempuh.
Boleh jadi, salah dan betul pada sisi-sisi pandangan yang berbeza.
Bagaimanapun cara kita berfikir, berpendapat, tunjangkanlah pada asas yang kuat, tidak tergelincir. Dalam kata mudah, hati dan pemikiran bergantung kuat tanpa keraguan pada Allah. Penuh redha dan pengharapan.
Saat diri berasa terlalu kecil, kerdil, malah tidak layak dan tidak sepatutnya berada pada sesuatu keadaan atau aturan, saat itulah hati dan pemikiran diserap keraguan pada takdir.
Sedangkan salah satu tunjang iman itu Percaya pada takdir, tidak Allah letakkan kita pada sesuatu keadaan itu sia-sia.
Ya, itulah asas tepat. Tapi,
Sebaik manapun hati dan pemikiran kita dilatih, mengambil kira hakikat manusia, yang garis fikirnya bukanlah mendatar dan lurus tak berselirat. Pasti. Pasti akan sering beranggapan dengan pelbagai kemungkinan kosong tidak berpenghujung. Bukan sekali atau sejuta kali malah lebih lagi.
Pulanglah pada Allah.
Rayulah kasih sayangNya.
Mohonlah kelapangan hati dan kekuatan jiwa, yang hidup dan menghidupkan.
Bukan sekali tapi setiap kali.
Sesungguhnya rasa rendah diri, terlalu kecil, tidak layak yang dirasa itu berakar dari jiwa yang lemah dan sakit. Mintaklah kesembuhan dari Dia.
BERJIWA BESARLAH,
Sudah-sudahlah berasa kecil dan tidak layak.
Hargailah anugerah yang Allah bagi. Bersyukur.
● ─ ●
Usah menghukum bahawa diri tidak diperlukan, pada jiwa besar yang penuh cinta dan pengertian, kerana mungkin bakal melukakan sedikit demi sedikit jika berulang kali diperkatakan.
0 ● genius ●:
Post a Comment