Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera :)

Thursday, February 24, 2011

Terlajak Perahu Boleh 'Reverse'

Kalam lantang berbicara. Tak kenal erti salah, sakit dan menghiris. Sebab tula orang selalu pesan suruh pikir dulu baru cakap. Logik tak kalau setiap kali nak cakap kena pikir sepuluh kali dulu? Aku rasa boleh jadi tak logik jugak kadang2.

Bagi aku, tutur kata ni lebih kepada latihan. Ianya keluar dari lipatan hati dan penterjemahan minda yang dah terbiasa. Kalau mulut tu dah lali dengan laser dan melilau, itulah yang akan selalu terjadi.

Cumanya, kadang2 benda tak sepatutnya cakap, diluahkan sebab niat kita untuk berkongsi. Tapi pada akhirnya kita tersedar yang..kalau tak cakap pun tak rugi. Waktu tu, malu pon ada, menyesal pon ada. Apa boleh buat? Istigfar lah banyak2, usaha untuk tak ulangi :)

Shhh.....


zaman dulu,
terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata buruk padahnya.

zaman sekarang boleh tambah unsur kontemporari :P
terlajak taip boleh delete, terlajak sent buruk padahnya. hahah!

Lupakan perkara buruk yang orang buat ke kita, kenanglah ungkapan2 dan perbuatan buruk yang kita buat kat orang dengan muhasabah, Insyaallah hati lapang, minda segar dengan aura positif! chewah :P



● ─ ●
Silence is golden :) Enjoy the silence . . .





4 ● genius ●:

intan.maisarah said...

yurp
kalau terlajak kata.
susah nk undur

Mentadak Mentadu said...

intan: xda gear reverse! hahah

+akufobia+ said...

kalau selalu kata+buat yang baikbaik,tak payah fikir pun memang akan sentiasa keluar yang baikbaik.tak kira la type+kata.

Mentadak Mentadu said...

fobia : harap2 yg baik salu~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...