Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera :)

Thursday, January 27, 2011

Andai Ingin Bersahabat

Ni aku taip balik emel yang aku dapat. Sangat menarik untuk dikongsi :)

Andai kita ingin bersahabat,
Janganlah kerana kelebihannya...
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kita akan menjauhinnya.

Andai kita ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya...
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kita akan membencinya.


Andai kita inginkan seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya...
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kita akan menyalahkannya.

Andai kita inginkan sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya...
Kerana apabila dia buntu,
Kita mungkin akan memfitnahnya.

Andai kita ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya...
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa...

Jangan diharapkan terlalu sempurna,
Kerana kita sendiri pun tidak tahu,
Apakah diri kita sudah cukup sempurna,
Mengikut kehendak Allah SWT,
Yang sebenarnya-benarnya....



● ─ ●
Sahabat oh sahabat...... T_T 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...