Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera :)

Wednesday, January 26, 2011

Terima Kasih Cikgu!

Walaupun hari ni bukanlah hari guru, aku tetap nak ucapkan terima kasih cikgu! Bukan untuk sekarang sahaja tetapi untuk selama-lamanya. hehe :P

Tahap kesabaran seorang cikgu mendidik anak murid bukanlah sesuatu yang ada pada semua orang. Niat ikhlas seorang cikgu yang mengajar sangat memberi kesan kepada penerimaan pelajar.





"Guru yang paling baik mengajar murid yang paling bodoh"
-petikan filem Baginda


Tapi sayang, apa yang aku tengok sekarang terdapat individu cikgu yang memakai kaedah 'merajuk' terutama di sekolah-sekolah atau institusi yang hebat!
Pelik jugak. Itulah hakikatnya. Kenapa?
Semasa awak berikrar untuk menjadi cikgu, bukankah awak dah ready dengan apa-apa dugaan yang mendatang? Jangankan disebabkan menurut emosi yang melampau, awak berlaku kejam dengan situasi dan keadaan.

Puas kah dengan tindakan sebegitu?
"Jangan pijak kepala saya...." Eh, sapa nak main pijak kepala pulak ni? Tiada istilah pijak kepala jika pandai mengawal keadaan. Lagi satu, mentaliti. Disebabkan kita anggap diri kita mulia dan tinggi dari orang lain, kita akan pandang rendah pada insan lain secara xsedar dan xlangsung.
Jadi, hati2.... Semua manusia sama di sisi Allah yang esa.

Macam biasa, manusia sering berbuat salah. Jika mahu berubah, masanya ialah sekarang :)

Apa-apa pon, cikgu yang paling best dalam hidup aku ialah mak, pak dan abang2....
Sepanjang menaip ni, terbayang2 wajah cikgu2 sek rendah, menengah, dan lecturer2...heee :)
Semoga Allah membalas jasa baik kalian dengan ganjaran yang besar.




● ─ ●
Dok sibuk ucap terima kasih dengan cikgu, lecturer, tapi assignment dok bertangguh2 lagi ni. ish3....:P




0 ● genius ●:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...