Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera :)

Sunday, January 30, 2011

Jika Hati itu Ditakdirkan untuk Terluka...

Apa macam tajuk tu? hehe :P Sebenarnya tu sebahagian dari ayat tergantung yang asal bunyinya macam ni...

Jika hati itu ditakdirkan untuk terluka, maka tiada siapa yang mampu menghalang dan biarkanlah ia sembuh sendiri.


Apa agaknya sebab hati tu terluka?
Apa agaknya pula rasanya apabila ia terluka? T_T

Kadangkala, dia jadi macam tu ja, kita sendiri tak tau nak cerita sebab apa..bagaimana?? Sampaikan perkara yang kita tak pernah buat, kita buat. Nak contoh? em.. mungkin kita akan menangis 7 tempayan, mungkin jugak kadang2 ada individu yang menggadaikan maruah tidak bertempat, kononnya nak membalas dendam. Tapi hakikatnya, diri sendiri yang binasa. 

Dari seorang yang memelihara pandangan, hati dan fikiran, 
kini seekor buaya darat yang licik ala2 musang berbulu ayam.   
Dari seorang yang taat beribadah dan sujud di sepertiga malam,
kini lupa basahan wudhuk dan kerendahan hati menghadap yang Esa.

Aku tak fokuskan kelukaan hati akibat janji dusta seorang kekasih, mari kita luaskan skop kita kepada hati seorang ibu, bapa dan juga insan sekeliling yang terlalu bermakna buat kita. Terlalu kejam untuk dilukakan hati-hati itu.. 




Tapi apakan daya, kita bukan malaikat untuk kebal dari berbuat salah sesama manusia. Terkadang mudah saja lidah bermain kata hingga mengguris luka hati mereka. Tanpa niat dan tanpa sedar. Sebab tula...

Jika hati itu ditakdirkan untuk terluka, maka tiada siapa yang mampu menghalang dan biarkanlah ia sembuh sendiri.

Bukan sekali terluka nya. Banyak kali. Kadang2 tu tak boleh nak silap sikit, tersentak la, touching la, hard feeling la. huh...menyampah!

Tapi... tak boleh jugak nak salahkan si broken heart tu. Padan la dengan si penyebab tu pon, Ego nya tak bertempat.Keyakinannya kurang. Mencari kesempurnaan pada orang lain. Tak menghargai langsung ikatan perasaan yang terjalin. Tak reti berterus terang.

Complicated kan bunyinya. 

Boleh tak kalau aku anggap, dua2 pon salah, tak mencuba untuk mencari titik persefahaman dalam perbezaan. Dah :P abaikan. Tiadalah hati itu terluka melainkan pulihnya memberi lebih kekuatan dan ketabahan.



Kesalahan yang berulang untuk kali kedua tu biasa.. tapi bila kali ketiga, bukan lagi kesalahan tapi kecuaian sebab tak amek pengajaran dari kesilapan sebelumnya. Betul ka macam tu? Aku rasa, ada betulnya jugak. Tapi kalau dah TERbuat jugak, apa boleh buat kan. Muhasabah ja :) 

Pernah dengar perkataan mengalah/beralah? Aku yakin, jika kita mengalah dan rendahkan sedikit keEgoan kita, semua kekusutan akan terlerai mudah. Belajarlah untuk mohon maaf dan memaafkan. Berusahalah mencari penawar yang mujarab. Tak semestinya dari akar kayu dan antibiotic, hembusan nafas zikrullah serta doa yang tulus boleh mencipta keajaiban. Percayalah. 


Sesuai tak lagu ni terselit dalam post ni? Lantaklah. enjoy :P
● ─ ●
jika video itu ditakdirkan untuk lambat loading......hahah sambung2 :P



2 ● genius ●:

Raji berkata said...

i see kena rendahkan sikit ego yer..

Mentadak Mentadu said...

rendahkan banyak pon boleh :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...