Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera :)

Monday, January 31, 2011

Sweet Sampai Tua

Jiwa anak muda ni selalunya memberontak. Yang dilarang tu yang dibuat. Sekarang, kalau bab bercouple2 ni dah jadi trend. Aku tak menidakkan perasaan yang wujud dalam diri remaja, cuma cara yang diguna pakai tu kadang-kadang tak kena :( 


Ikatan 'couple' tu macam jadi lesen terbang untuk lelaki perempuan bersentuh tanpa sebab. Bagi aku, boleh berkenal-kenal dengan batasan yang jelas. Semua dah besaq, boleh pakat pikiaq. :)

Bila pasangan tu buat something yang luar biasa, lain dari yang lain, misalnya surprise2 masa birthday, tak pasal2 ada candle light dinner, mesti kebanyakan awek akan sebut... SwEet Sangat~
Itu yang pakai modal duit, orang yang tak mampu macam mana? em..ikutla kreativiti masing2 yer :) 

Boleh tak benda yang macam tu kekal sampai TUA? haaa :P bukan tanggungjawab laki ja, pompuan pon tak terkecuali ha. 

Aku terpikiaq pasal ni sebab petang tadi kat hospital, nampak sorang pak cik tua tolak wheelchair bininya yang tercinta. Dua2 nampak tak larat. Lalu depan aku, nampak sangat manis, baru aku faham betapa suami isteri itu melengkapi antara sama sama lain. Betapa erti perkahwinan tu memberi ketenangan. Walaupun mak cik tu sakit xboleh berjalan, pak cik tu tetap setia menjadi peneman setia. Maksudnya pakcik tu terima seadanya isterinya bukan saat senang ja. 


Memang kalau sekali imbas, kita akan nampak biasa. Tapi aku dapat rasakan moral support yang mak cik tu dapat sangat kuat. Aku tumpang gembira :D Meniti hari tua bersama belahan jiwa. Chewah.

Satu hari nanti, kita akan ketemu jugak pendamping jiwa, samada cepat atau lambat, atau dah pun berjumpa cuma kita tak sedar. Biasalah, manusia ni sifat dia tamak, macam cerita tok guru yang suruh anak murid dia petik bunga paling cantik tanpa boleh berpatah balik.

Akhir sekali, takda satu bunga pun yang dipetik sebab Anak murid dia anggap yang didepan lebih cantik dan menarik sampai dia tak sedar, dia telah pun berjumpa dengan bunga yang dicari di tengah2 perjalanan. Simple. Kesudahannya tak dapat apa2 di hujung perjalanan sebab hati xpernah puas.



Untungnya sesetengah orang, dapat peluang untuk berpatah balik. Tapi kebanyakannya tidak. Sekadar amek pengajaran ja boleh. 



● ─ ●
Salah satu seni dalam kehidupan adalah meletakkan diri pada situasi orang lain, saat tu kita akan menghargai setiap insan dan terima mereka seadanya :) Mari kita sweet sampai tua..hahah! 





2 ● genius ●:

echa said...

sweetnye..=)

Mentadak Mentadu said...

cik echa: ley kita amek pengajaran kan....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...