Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera :)

Tuesday, March 22, 2011

Withdrawal Symptom

Selalunya kita mengalami withdrawal symptom tanpa disedari. Sistem tubuh akan terganggu kalau tiba-tiba tak dapat dose yang dah terbiasa. Kalau diaplikasi konsep drug ni kepada tabiat-tabiat seharian kita macam mana? Dapat x maksud aku? 

Boleh ja nak aplikasi pada tabiat buruk dan baik. Ok aku bagi contoh paling senang, yang buruk dulu. Tabiat bergayut dan bermesej-mesejan. Lebih2 lagi anak muda zaman moden. Bilamana sehari tu kosong tanpa panggilan atau bunyi mesej tett tett.. Mula lah withdrawal symptom menyibuk. Serba tak kena jadinya. Nak2 kredit kong. Rasa nak hempuk enset. Yer tak? banyak lagi contoh lain yang bermain di fikiran awak semua kan? :P


Tabiat baik pulak. Setiap hari baca Al-Quran sekurang2nya 2 helai. Tak pun, bangun tahajud setiap malam. Bila si pelakunya terlepas satu malam tahajud atau xsempat nak baca Al-Quran T_T tanpa keuzuran, pasti terasa withdrawal symptomnya. Rasa resah atau sesuatu kurang, tak lengkap.



Tapi isunya, withdrawal symptom untuk tabiat buruk lagi dahsyat dan berpanjangan dari tabiat baik. Setuju tak? Tabiat baik tu pulak sangat senang beransur hilang.

Pokok dan akarnya, ia terpulanglah pada diri dan didikan hati. Nilai la balik tabiat seharian kita yang ada potensi withdrawal symptom kalau tak buat. Samada baik atau buruk untuk kesihatan jiwa dan akal. 

Aku paham, kita kena bertarung hebat dengan withdrawal symptom kalau nak buang tabiat buruk sebab aku pun manusia macam awak semua. Mungkin kesungguhan dan masa merupakan elemen mujarab :)


● ─ ●
w.s untuk tabiat baik jangan dibiar melarat, sila amek dose yang cukup! hehe~




0 ● genius ●:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...