Awak akan berada jauh terawang-awang tanpa memikirkan realiti kerana ia berlaku menurut kehendakmu. Saat mata terpejam, keindahan imbauan masa lalu dan tayangan impian cuba membawa kita bersantai di atas kekapas awan sambil melayang ke dunia khayalan. Hakikatnya, kosong. Ia malahan menjauh dari siraman baja ketaqwaan. Jiwa kontang. Minda kaku. Penyudahnya, kosong..
Marilah berbasah lidah menyeru namaNya dan mengingatNya sentiasa. Bukan sekadar saat kau keseorangan. Mungkin sahaja saat itu kaurasa kesunyian meresap segenap kabus jiwa tapi ingatlah, hakikatnya engkau tidak pernah berseorangan.
● ─ ●
dari termenung panjang berkhayalan, baik aku tidoq.. :P
3 ● genius ●:
itu yang terbaik
mungkin saat itu, awan terasa lebih redup?
insyaAllah. =)
intan : terbaikk dr ladang~ haha
her0ic : redup awan xbererti diiring lamunan kosong..chewah.. :P
Post a Comment