Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera :)

Wednesday, March 9, 2011

dua C.I.N.T.A

Sihir Cinta!

Kesinambungan dari satu C.I.N.T.A, aku terpanggil untuk mencoretkan lagi tentang cinta. ish boringnyaaa =.=
Jangan dicemarkan kesucian cinta.Sesungguhnya cinta itu suci. Merubah manusia menjadi insan. Mungkin jua merubah manusia menjadi syaitan.
-bujang kelana- 

ok teruskan~
Dari mana punai melayang,
Dari paya turun ke padi,
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.

Aku menulis tentang cinta pada manusia. Sungguh mudah. Cuma dari pandangan, hati tersentuh. Tak kurang jugak kerana budi, kujatuh hati. Sebab tula mata, kena jaga. 
Agak2 mata dia pandang apa.. Haha~
Baik-baik menanam selasih,
Jangan menimpa sipohon sena,
Baik-baik memilih kekasih,
Jangan sampai badan merana.

Mungkin sesetengah orang boleh main pilih2 ja. Apa boleh buat kan, banyak sangat peminat fanatik, bersepah. Haha :P tapi ingatlah, kita ada panduan untuk tu. Ikutlah garis panduan tu. Nescaya berkat, tenang, dan sejahtera~ InsyaAllah.


Apa guna pasang pelita,
Jika tidak dengan sumbunya,
Apa guna bermain kata,
Kalau tidak dengan sungguhnya.

Akhir sekali, peliharalah lidah dalam memetik kata. Berwaspadalah, jangan nanti menjadi munafik kerana termakan dengan kata2 sendiri.



● ─ ●
ada saat kita tertewas dengan perasaan. terkeliru antara cinta dan suka. usah khuatir, itu resam gurauan dunia. teguhkan lah hati. 




5 ● genius ●:

HEROICzero said...

yang penting, jangan biar si dia berharap. jujur saja. =)

Mentadak Mentadu said...

kena pd masa dan tempat~

intan.maisarah said...

:) heee cinta pada manusi,
cinta yang bahaya
perlu pandai mengawalnya.
:)

( cinta pada keluarga.) (cinta yg lagi satu,, aaaaaa )

shameel Iskandar said...

"Tanpa cinta dunia akan membeku" Jalaludin al-rumi.

tapi cinta yg utama adalah cinta kepada PENCIPTA.

Mentadak Mentadu said...

cik sara: ya bahaya tp bahagia kalo kna gaya kan...

en shameel: ya, dunia beku tanpa cinta suci.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...