Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera :)

Wednesday, March 30, 2011

Apa Ertinya Kasih Sayang :P



Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi


Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
hmm... hmm... hmm...
Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji
Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

● ─ ●
Nantikan tajuk next post..

Friday, March 25, 2011

Eee-yucks!

Saat bayu pagi bertiupan sepoi2 bahasa. Tiba-tiba aroma segar tu bertukar hanyir, masam dan mual. Ew, bau sampah! Eee-yucks!

Diri yang mengada-ngada pon menyumpah seranah sambil memekup hidung yang penyek. Konon2 nak elak bau jijik meresap ke paru2 dan otak la. Hoho...dahsyat sungguh kebencian terhadap secebis udara tu. 

Bolehla buat macam tu kan, ayah dan abang awak tak kerja dengan majlis bandaran bawak lori sampah. Rumah awak pulak air freshener nya tak terkira. Hina la hina.. satu hari nanti bila dah jadi mayat, busuk dia berpuluh2 kali ganda dari tu.

Satu hari nanti? ker esok? em...nasib baiklah ada insan2 yang tlg mandikan, kafankan, solatkan, tanamkan. Takla berulat dan berbau.

hehe sila2 tenung. ulat kuak2 :P


● ─ ●
jijik dengan bau sampah lah konon yer. masa berak, bau taik! lagi la eee-yucks! haha..

geli dan jijik tak sama yer :)



Wednesday, March 23, 2011

^_^

ChakkK!
Terlebih dulu, dengan perasaan 'bajet ada orang jenguk did daa did sekali sekala', aku nak ucap penghargaan kepada awak semua sebab meluangkan sikit masa di sini. Tiadalah aku menulis selain nak luahkan pendapat singkatku selain dapat dikongsi bersama awak semua.

Alih2 dah 58 post aku tulis. Pastinya, ada isi sampah dan permata terselit dalam post2 tersebut. Maklumlah, budak baru belajar. Kepada followers, aku tabek ah sebab susah payah follow.

Akhir kata, selamat membaca, menganalisis, dan berblog kepada awak semua :)


Buang tebiat ka mentadak nih..oh =.='

Tuesday, March 22, 2011

Withdrawal Symptom

Selalunya kita mengalami withdrawal symptom tanpa disedari. Sistem tubuh akan terganggu kalau tiba-tiba tak dapat dose yang dah terbiasa. Kalau diaplikasi konsep drug ni kepada tabiat-tabiat seharian kita macam mana? Dapat x maksud aku? 

Boleh ja nak aplikasi pada tabiat buruk dan baik. Ok aku bagi contoh paling senang, yang buruk dulu. Tabiat bergayut dan bermesej-mesejan. Lebih2 lagi anak muda zaman moden. Bilamana sehari tu kosong tanpa panggilan atau bunyi mesej tett tett.. Mula lah withdrawal symptom menyibuk. Serba tak kena jadinya. Nak2 kredit kong. Rasa nak hempuk enset. Yer tak? banyak lagi contoh lain yang bermain di fikiran awak semua kan? :P


Tabiat baik pulak. Setiap hari baca Al-Quran sekurang2nya 2 helai. Tak pun, bangun tahajud setiap malam. Bila si pelakunya terlepas satu malam tahajud atau xsempat nak baca Al-Quran T_T tanpa keuzuran, pasti terasa withdrawal symptomnya. Rasa resah atau sesuatu kurang, tak lengkap.



Tapi isunya, withdrawal symptom untuk tabiat buruk lagi dahsyat dan berpanjangan dari tabiat baik. Setuju tak? Tabiat baik tu pulak sangat senang beransur hilang.

Pokok dan akarnya, ia terpulanglah pada diri dan didikan hati. Nilai la balik tabiat seharian kita yang ada potensi withdrawal symptom kalau tak buat. Samada baik atau buruk untuk kesihatan jiwa dan akal. 

Aku paham, kita kena bertarung hebat dengan withdrawal symptom kalau nak buang tabiat buruk sebab aku pun manusia macam awak semua. Mungkin kesungguhan dan masa merupakan elemen mujarab :)


● ─ ●
w.s untuk tabiat baik jangan dibiar melarat, sila amek dose yang cukup! hehe~




Monday, March 21, 2011

Sembang Kencang!

Dunia maya mempamerkan watak-watak manusia yang mampu meng'ekspresi' diri secara total. Clear, xda selindung. Tambah2 penulis blog yang memang yakin orang tak kenal beliau. Hehe


Menarik jugak kadang2 bila tengok hasil tu. Jujur dan jelas. Walaupun kadang2 melilau jugak, berpusing2 kat tempat yang sama. Tak salah rasanya kalau ada pengulangan, jika benda tu baik.

Facebook pon 2X5 lah jugak kan.. gaya tulisan ruangan chat yang xda sempadan tu sangat kencang! Seolah-olah kita tak pernah kenal kawan tersebut. Tapi hakikat luarnya nampak sopan dan sangat mendamaikan. Tak sepatutnya jadi isu pon sebab hakikat memang macam tu, mungkin kita tak kenal betul perwatakan orang tu. Sebab tu kita rasa dia lain.


Haha..ayat lazim mungkin lah..
'xsangka yer kamu ni kelakar orangnyer..' <----b0oo!! hahah baik laki baik perempuan. Lain cerita pulak kalau blog, tune dia lain sikit tapi not bad la tahap kencang tu. :P 


Apa aku merepek ni ha? Aku pon macam tu tak? Haihs..
Tak payah lah tengok aku yer, tengok ja apa aku cakap. Em.. jaga la pergaulan kita.. let's express ourselves in a positive way. Simple :)  


● ─ ●
tak salah nak sembang kencang sekali sekala kan? haha.. tapi jgn mendabik dada sudah lah. Lagi satu kagum dengan diri sendiri.. =.='



.

Thursday, March 17, 2011

Perasaan tu Kembali

Beberapa tahun lepas, aku sempat layan jangan pandang belakang dengan family ramai2. Masa tengah suspen2 tu, keluaq part terkejut badak! haha :PSepupu aku dah banyak kali tengok, tapi terkejut sama ja. Bila tanya, dia cakap: 'perasaan tu kembali....' :D


Kenangan tu terlintas dalam wayang fikiran aku tadi. Gara2 persediaan last minute yang aku selalu buat bila sampai waktu test. Ish3...memang perasaan tu kembali~
Maaf.
bila perasaan tu kembali~ tiru macam saye~ hahaha!




Perasaan apa ya? Em..
Rasa macam rugi. Kalaulah aku bermula seminggu lepas, sebulan lepas. Kan Bagus. Kenapa aku tak pernah belajar dari kesilapan dulu. Sesungguhnya demi masa kita semua dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan beramal soleh. Yang berpesan2 dengan kebenaran dan kesabaran. 




Nota kaki untuk diri sendiri:
Sedaq diri sikit, banyak pon boleh.. datang sini untuk menuntut ilmu dunia dan akhirat, agar boleh manfaatkan kemudian hari, bukan baca buku untuk test dan exam semata-mata, macam hari ni... T_T tolong la istiqamah sikit, banyak pon boleh.. Jangan biarkan perasaan tu kembali~




● ─ ●
nota kaki tu aku masukkan jugak, kalau awak semua nak, ameklah. tak payah bayar. sekian.




.

Wednesday, March 16, 2011

S.A.B.A.R

Nak menaip tajuk kat atas tu pun memerlukan sedikit rasa sabar. Sebab ada sengkang titik titik. kan2? Hehe:)

Em..kita selalu sangat cakap:
'baik-baik sikit ha, sabaq aku ada batas jugak!'
'dah lama aku sabaq, jgn duga tahap kesabaran aku!'

Jadi boleh tak tunjukkan di mana letaknya batas sabar? Sabar ni pulak.. ada sangkut paut dengan masa tak? em.. mungkin.

Tapi bagi aku, sabar yang berbatas tu tak wujud pon. Yang ada cuma perasaan marah/tak puas hati yang dipendam-pendam sampai membuahkan dendam. Tak layak rasanya untuk dendam tu dikatakan sebagai sabar. Tu pendapat aku.



Contoh paling simple, kita dikeji atas perkara yang kita tak buat. Fuhh...menyirap darah, hangat uh! Haa.. disitulah tempatnya sabar harus bertandang. Sabar yer, bukan mengalah.

Tapi ingat, sabar ja tak cukup. Carilah punca dan usaha untuk selesaikan dengan hikmah, ditambah doa dan tawakal. Baru cycle tu lengkap :) Ni tak, sabar3 sampai kemurungan. Tak perlu sampai macam tu, xyah takut lah, kebenaran pasti menang. Cuma cepat dengan lambat.


Cheese~


Pak pernah pesan. Kalau kita susah hati, cari punca dia. Kalau disebabkan orang, jumpa orang tu, clearkan semua salah paham. Jangan biaq problem tu tergantung. Dan pasti nya, dengan mendekatkan diri dengan Allah, hati kita lapang. Lagi satu, selalunya orang2 yang sabar ni mudah untuk memaafkan.



● ─ ●
ajarlah diri untuk bersabar dalam erti kata sabar yang sebenar2nya. bukan menyimpan dendam untuk diungkit kemudiannya. 
kita angkuh mengaku yang sabar kita ada batas. =.= kalau disingkap jendela sejarah tentang kesabaran nabi kita, pasti kita malu mengaku yang kita orang yang sabar.
Mari jadikan sabar dan solat sebagai penolong.. :)


  

Tuesday, March 15, 2011

Dearest Lovest :)

Dah 59 tahun mak puas merasa asam garam kehidupan. Moga2 setiap dugaan yang bakal mendatang dapat mengukuhkan lagi semangat ibarat 'labah2 yang membuat sarang'.

Moga dikurnia rahmat dan kasihsayangNya. Amin~


Engkau laksana bulan~
Tinggi di atas kayangan~

'Engkau' tu bukan mak aku, sebab mak selalu di samping hati walau jaraknya beribu purnama. Bukan di atas kayangan yang tak mampu kupeluk rapat, kudakap erat dan kucium manja.


.

Sehari Dari Hidupku

Tak banyak boleh ditaip.
Kerana detik dan suasana yang bisu itu lebih banyak.
Ia tak tergambar oleh kata-kata dan analogi dusta.





Tadaa!!

Abaikan yang tengah :P 
Bercampoq macam rojak dan pasemboq~ 
Itulah sehari dari hidupku.
Nak habaq tu ja.. haha



● ─ ●
Sehari yang berlalu.. hanya kenangan yang terkesan dapat dibawa bersama.. masa lalu? bukan lagi milik kita :) hidup pada hari ini.. ini.. ini..



Saturday, March 12, 2011

Nothing To Lose




what day is it
and in what month
this clock never seemed so alive
I can't keep up
and I can't back down
I've been losing so much time

cause it's you and me and all of the people
with nothing to do
nothing to lose
and it's you and me and all of the people
and I don't know why
I can't keep my eyes off of you

all of the things that I want to say
just aren't coming out right
I'm tripping inwards
you got my head spinning
I don't know where to go from here

cause it's you and me and all of the people
with nothing to do
nothing to prove
and it's you and me and all of the people
and I don't know why
I can't keep my eyes off of you

there's something about you now
I can't quite figure out
everything she does is beautiful
everything she does is right

you and me and all of the people
with nothing to do
nothing to lose
and it's you and me and all of the people
and I don't know why
I can't keep my eyes off of you

you and me and all of the people
with nothing to do
nothing to prove
and it's you and me and all of the people
and I don't know why
I can't keep my eyes off of you

what day is it
and in what month
this clock never seemed so alive





.......


nothing to do..em..get the clock alive..hehe




● ─ ●
macam sedap.. hee~





Wednesday, March 9, 2011

dua C.I.N.T.A

Sihir Cinta!

Kesinambungan dari satu C.I.N.T.A, aku terpanggil untuk mencoretkan lagi tentang cinta. ish boringnyaaa =.=
Jangan dicemarkan kesucian cinta.Sesungguhnya cinta itu suci. Merubah manusia menjadi insan. Mungkin jua merubah manusia menjadi syaitan.
-bujang kelana- 

ok teruskan~
Dari mana punai melayang,
Dari paya turun ke padi,
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.

Aku menulis tentang cinta pada manusia. Sungguh mudah. Cuma dari pandangan, hati tersentuh. Tak kurang jugak kerana budi, kujatuh hati. Sebab tula mata, kena jaga. 
Agak2 mata dia pandang apa.. Haha~
Baik-baik menanam selasih,
Jangan menimpa sipohon sena,
Baik-baik memilih kekasih,
Jangan sampai badan merana.

Mungkin sesetengah orang boleh main pilih2 ja. Apa boleh buat kan, banyak sangat peminat fanatik, bersepah. Haha :P tapi ingatlah, kita ada panduan untuk tu. Ikutlah garis panduan tu. Nescaya berkat, tenang, dan sejahtera~ InsyaAllah.


Apa guna pasang pelita,
Jika tidak dengan sumbunya,
Apa guna bermain kata,
Kalau tidak dengan sungguhnya.

Akhir sekali, peliharalah lidah dalam memetik kata. Berwaspadalah, jangan nanti menjadi munafik kerana termakan dengan kata2 sendiri.



● ─ ●
ada saat kita tertewas dengan perasaan. terkeliru antara cinta dan suka. usah khuatir, itu resam gurauan dunia. teguhkan lah hati. 




Tuesday, March 8, 2011

Sharing Happiness, Double the Happiness

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana telah mencambahkan bahagia dan ceria dalam keluarga yang kusayang.

Aku pasti kelahiran Asry Hudzaifah sangat memberi erti pada semua, terutamanya pak yang semakin sayu meniti usia. Asry, acu doakan supaya menjadi anak yang taat dan soleh. Amin.. :)


 .

Sunday, March 6, 2011

Saat Kau Keseorangan



Sering fikiran melayang entah ke mana apabila saat keseorangan. Hey, please come back! Tetapkanlah dudukmu. Termenung bukan satu tabiat yang baik malah merosakkan.

Awak akan berada jauh terawang-awang tanpa memikirkan realiti kerana ia berlaku menurut kehendakmu. Saat mata terpejam, keindahan imbauan masa lalu dan tayangan impian cuba membawa kita bersantai di atas kekapas awan sambil melayang ke dunia khayalan. Hakikatnya, kosong. Ia malahan menjauh dari siraman baja ketaqwaan. Jiwa kontang. Minda kaku. Penyudahnya, kosong..

Marilah berbasah lidah menyeru namaNya dan mengingatNya sentiasa. Bukan sekadar saat kau keseorangan. Mungkin sahaja saat itu kaurasa kesunyian meresap segenap kabus jiwa tapi ingatlah, hakikatnya engkau tidak pernah berseorangan.


● ─ ●
dari termenung panjang berkhayalan, baik aku tidoq.. :P




Thursday, March 3, 2011

Impian Disebut Orang

Sesekali bila orang lain sebut tentang sesuatu perkara, kebetulan itu adalah impian kita. Mungkin kita dan dia berkongsi impian yang sama.Tentu amat2 teruja. haha :P Tabek lah En. Bahman.

I hope it's not just a dream


Mempunyai satu physiotherapy centre yang mengasingkan pesakit perempuan dan laki2. Sebab aku pompuan, aku tak boleh terhadkan pesakit untuk pompuan sahaja. Aku berimpian akan ada sorang rakan kongsi lelaki yang sempoi~

Kalau xmau kongsi pon, aku harap ada tempat yang aku boleh rekemen bahawa gerenti pakcik tersebut akan dirawat oleh fisio lelaki.

"Relaxation"


Kepada makcik pakcik, abg kakak adik yang bakal menjejak kaki ke physiotherapy centre kami nanti, saya harap itu satu tempat yang tenang dan xperlu susah hati. Mudah-mudahan diberkati. Amin :)


● ─ ●
Dengan izin orang yang tersayang satu hari nanti <3





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...