Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera :)

Monday, January 31, 2011

Sweet Sampai Tua

Jiwa anak muda ni selalunya memberontak. Yang dilarang tu yang dibuat. Sekarang, kalau bab bercouple2 ni dah jadi trend. Aku tak menidakkan perasaan yang wujud dalam diri remaja, cuma cara yang diguna pakai tu kadang-kadang tak kena :( 


Ikatan 'couple' tu macam jadi lesen terbang untuk lelaki perempuan bersentuh tanpa sebab. Bagi aku, boleh berkenal-kenal dengan batasan yang jelas. Semua dah besaq, boleh pakat pikiaq. :)

Bila pasangan tu buat something yang luar biasa, lain dari yang lain, misalnya surprise2 masa birthday, tak pasal2 ada candle light dinner, mesti kebanyakan awek akan sebut... SwEet Sangat~
Itu yang pakai modal duit, orang yang tak mampu macam mana? em..ikutla kreativiti masing2 yer :) 

Boleh tak benda yang macam tu kekal sampai TUA? haaa :P bukan tanggungjawab laki ja, pompuan pon tak terkecuali ha. 

Aku terpikiaq pasal ni sebab petang tadi kat hospital, nampak sorang pak cik tua tolak wheelchair bininya yang tercinta. Dua2 nampak tak larat. Lalu depan aku, nampak sangat manis, baru aku faham betapa suami isteri itu melengkapi antara sama sama lain. Betapa erti perkahwinan tu memberi ketenangan. Walaupun mak cik tu sakit xboleh berjalan, pak cik tu tetap setia menjadi peneman setia. Maksudnya pakcik tu terima seadanya isterinya bukan saat senang ja. 


Memang kalau sekali imbas, kita akan nampak biasa. Tapi aku dapat rasakan moral support yang mak cik tu dapat sangat kuat. Aku tumpang gembira :D Meniti hari tua bersama belahan jiwa. Chewah.

Satu hari nanti, kita akan ketemu jugak pendamping jiwa, samada cepat atau lambat, atau dah pun berjumpa cuma kita tak sedar. Biasalah, manusia ni sifat dia tamak, macam cerita tok guru yang suruh anak murid dia petik bunga paling cantik tanpa boleh berpatah balik.

Akhir sekali, takda satu bunga pun yang dipetik sebab Anak murid dia anggap yang didepan lebih cantik dan menarik sampai dia tak sedar, dia telah pun berjumpa dengan bunga yang dicari di tengah2 perjalanan. Simple. Kesudahannya tak dapat apa2 di hujung perjalanan sebab hati xpernah puas.



Untungnya sesetengah orang, dapat peluang untuk berpatah balik. Tapi kebanyakannya tidak. Sekadar amek pengajaran ja boleh. 



● ─ ●
Salah satu seni dalam kehidupan adalah meletakkan diri pada situasi orang lain, saat tu kita akan menghargai setiap insan dan terima mereka seadanya :) Mari kita sweet sampai tua..hahah! 





Sunday, January 30, 2011

Jika Hati itu Ditakdirkan untuk Terluka...

Apa macam tajuk tu? hehe :P Sebenarnya tu sebahagian dari ayat tergantung yang asal bunyinya macam ni...

Jika hati itu ditakdirkan untuk terluka, maka tiada siapa yang mampu menghalang dan biarkanlah ia sembuh sendiri.


Apa agaknya sebab hati tu terluka?
Apa agaknya pula rasanya apabila ia terluka? T_T

Kadangkala, dia jadi macam tu ja, kita sendiri tak tau nak cerita sebab apa..bagaimana?? Sampaikan perkara yang kita tak pernah buat, kita buat. Nak contoh? em.. mungkin kita akan menangis 7 tempayan, mungkin jugak kadang2 ada individu yang menggadaikan maruah tidak bertempat, kononnya nak membalas dendam. Tapi hakikatnya, diri sendiri yang binasa. 

Dari seorang yang memelihara pandangan, hati dan fikiran, 
kini seekor buaya darat yang licik ala2 musang berbulu ayam.   
Dari seorang yang taat beribadah dan sujud di sepertiga malam,
kini lupa basahan wudhuk dan kerendahan hati menghadap yang Esa.

Aku tak fokuskan kelukaan hati akibat janji dusta seorang kekasih, mari kita luaskan skop kita kepada hati seorang ibu, bapa dan juga insan sekeliling yang terlalu bermakna buat kita. Terlalu kejam untuk dilukakan hati-hati itu.. 




Tapi apakan daya, kita bukan malaikat untuk kebal dari berbuat salah sesama manusia. Terkadang mudah saja lidah bermain kata hingga mengguris luka hati mereka. Tanpa niat dan tanpa sedar. Sebab tula...

Jika hati itu ditakdirkan untuk terluka, maka tiada siapa yang mampu menghalang dan biarkanlah ia sembuh sendiri.

Bukan sekali terluka nya. Banyak kali. Kadang2 tu tak boleh nak silap sikit, tersentak la, touching la, hard feeling la. huh...menyampah!

Tapi... tak boleh jugak nak salahkan si broken heart tu. Padan la dengan si penyebab tu pon, Ego nya tak bertempat.Keyakinannya kurang. Mencari kesempurnaan pada orang lain. Tak menghargai langsung ikatan perasaan yang terjalin. Tak reti berterus terang.

Complicated kan bunyinya. 

Boleh tak kalau aku anggap, dua2 pon salah, tak mencuba untuk mencari titik persefahaman dalam perbezaan. Dah :P abaikan. Tiadalah hati itu terluka melainkan pulihnya memberi lebih kekuatan dan ketabahan.



Kesalahan yang berulang untuk kali kedua tu biasa.. tapi bila kali ketiga, bukan lagi kesalahan tapi kecuaian sebab tak amek pengajaran dari kesilapan sebelumnya. Betul ka macam tu? Aku rasa, ada betulnya jugak. Tapi kalau dah TERbuat jugak, apa boleh buat kan. Muhasabah ja :) 

Pernah dengar perkataan mengalah/beralah? Aku yakin, jika kita mengalah dan rendahkan sedikit keEgoan kita, semua kekusutan akan terlerai mudah. Belajarlah untuk mohon maaf dan memaafkan. Berusahalah mencari penawar yang mujarab. Tak semestinya dari akar kayu dan antibiotic, hembusan nafas zikrullah serta doa yang tulus boleh mencipta keajaiban. Percayalah. 


Sesuai tak lagu ni terselit dalam post ni? Lantaklah. enjoy :P
● ─ ●
jika video itu ditakdirkan untuk lambat loading......hahah sambung2 :P



Saturday, January 29, 2011

Cabut Kuku...Erkk~

Penjagaan kuku sangat penting dalam aspek kebersihan. Siap ada teknik yang betul lagi untuk potong kuku, khususnya kuku ibu jari kaki..hehe :P

Doktor cakap, potong rata, dalam bahasa mudahnya..straight. Tapi nurse yang bersihkan kuku aku tu cakap, potong senget kat bahagian tepi dua2 belah tu...

Aku ikut cakap nurse. :) kak ton nama dia... Tq kak ton sebab cuci jari kaki saya..hehe :) Utk Puan Razimah jugak :) Utk tuan doktot jugak :) Utk noniey :) Utk Orang yang amek berat :) Utk semua lah.


gambaq paling sopan. takut nanti xlalu makan pulak letak gambaq extreme2 


Bagi siapa2 yang ada pengalaman cabut kuku ibu jari kaki, kita geng! hahah...ni semua gara2 cengkam@cagu  azab sungguh tapi kesudahannya baik jugak :) sekurang-kurangnya sakit sekejap, lepas tu dah tak sakit setelah lalui pembedahan kecil-kecilan. hee~



● ─ ●
jangan takut menghadapi kesakitan yang sekejap untuk manfaat kemudian hari...moga2 semua akan dipermudahkan insyaAllah.

jaga kebersihan kuku yer......:P




Thursday, January 27, 2011

Andai Ingin Bersahabat

Ni aku taip balik emel yang aku dapat. Sangat menarik untuk dikongsi :)

Andai kita ingin bersahabat,
Janganlah kerana kelebihannya...
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kita akan menjauhinnya.

Andai kita ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya...
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kita akan membencinya.


Andai kita inginkan seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya...
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kita akan menyalahkannya.

Andai kita inginkan sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya...
Kerana apabila dia buntu,
Kita mungkin akan memfitnahnya.

Andai kita ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya...
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa...

Jangan diharapkan terlalu sempurna,
Kerana kita sendiri pun tidak tahu,
Apakah diri kita sudah cukup sempurna,
Mengikut kehendak Allah SWT,
Yang sebenarnya-benarnya....



● ─ ●
Sahabat oh sahabat...... T_T 

Wednesday, January 26, 2011

....


Gudluck!! :)








Terima Kasih Cikgu!

Walaupun hari ni bukanlah hari guru, aku tetap nak ucapkan terima kasih cikgu! Bukan untuk sekarang sahaja tetapi untuk selama-lamanya. hehe :P

Tahap kesabaran seorang cikgu mendidik anak murid bukanlah sesuatu yang ada pada semua orang. Niat ikhlas seorang cikgu yang mengajar sangat memberi kesan kepada penerimaan pelajar.





"Guru yang paling baik mengajar murid yang paling bodoh"
-petikan filem Baginda


Tapi sayang, apa yang aku tengok sekarang terdapat individu cikgu yang memakai kaedah 'merajuk' terutama di sekolah-sekolah atau institusi yang hebat!
Pelik jugak. Itulah hakikatnya. Kenapa?
Semasa awak berikrar untuk menjadi cikgu, bukankah awak dah ready dengan apa-apa dugaan yang mendatang? Jangankan disebabkan menurut emosi yang melampau, awak berlaku kejam dengan situasi dan keadaan.

Puas kah dengan tindakan sebegitu?
"Jangan pijak kepala saya...." Eh, sapa nak main pijak kepala pulak ni? Tiada istilah pijak kepala jika pandai mengawal keadaan. Lagi satu, mentaliti. Disebabkan kita anggap diri kita mulia dan tinggi dari orang lain, kita akan pandang rendah pada insan lain secara xsedar dan xlangsung.
Jadi, hati2.... Semua manusia sama di sisi Allah yang esa.

Macam biasa, manusia sering berbuat salah. Jika mahu berubah, masanya ialah sekarang :)

Apa-apa pon, cikgu yang paling best dalam hidup aku ialah mak, pak dan abang2....
Sepanjang menaip ni, terbayang2 wajah cikgu2 sek rendah, menengah, dan lecturer2...heee :)
Semoga Allah membalas jasa baik kalian dengan ganjaran yang besar.




● ─ ●
Dok sibuk ucap terima kasih dengan cikgu, lecturer, tapi assignment dok bertangguh2 lagi ni. ish3....:P




Monday, January 24, 2011

Skema Badak




Kaum badak mesti tak puas hati dengaq statement macam ni. Haha :P
Bila cakap skema, watak yang kita bayangkan mesti lah...

rambut belah tengah melekat,
spek bingkai hitam besar,
baju masuk dalam,
beg besar galas belakang,
seluar paras buku lali...atas sikit :)

kelakuan pulak...
bercakap bahasa ala2 baku,
kalau orang buat lawak... muka innocent ja,
setiap kerja mesti dibuat ikut arahan/turutan tanpa fikir,
orang selalu buli dia tapi dia buat derk ja. hahah :P
mesti ikut peraturan! kalau langgar, dia akan tension dan sgt bersalah.


So what??
Biarkan dia dengan dunia dan cara dia asalkan dia bahagia :) setel...

Sekurang-kurangnya dia ada identiti sendiri,
Tak mengalami krisis identiti yang kronik sampaikan membenci diri sendiri.



encem tak?? hehe



Lagi parah, sampai ada yang cuba untuk menjadi orang lain,
berpakaian ikut orang..bercakap ikut orang.. yang diikutnya bukan orang elok pon.. haih!
tiru gaya entah sapa2 dari hujung rambut sampai hujung kaki.




● ─ ●
Aku tak minat buat kempen 'Minggu Jadi Skema' untuk melahirkan generasi 'skema badak' yang berwawasan.
Cumanya, binalah personaliti yang best.
Yakin serta bersyukurlah dengan anugerah yang Allah bagi kat kita.
Good Luck!




Sunday, January 23, 2011

satu C.I.N.T.A

Tiba-tiba petang ni aku nak menulis sedikit tentang cinta :)
Manusia yang anggap diri mereka dah dewasa suka bertanya tentang pengertian cinta. Tak kurang juga yang memberi analogi dan perbandingan yang realistik, jiwang ataupun bersifat santai dan komedi.

contoh :

:: Cinta macam sambal belacan, walau pedas hingga mengalir airmata namun tetap dimakan jua. (lirik lagu)

:: Cinta ibarat kentut, disimpan perit diluah malu :D (idea pinjam)

:: Cinta adalah tangisan dan airmata.



Dan macam2 lagi lah perumpaannya...
Perlukah cinta itu diertikan dalam kata2? Terpulang kepada awak untuk jawab. Aku yakin setiap dari awak semua ada sebab utk berkata ya atau tidak.

Bagi aku, perlu pada saat dan ketika yang tepat. Misalnya, saat hati terluka dan terhenyak akibat ganasnya penangan sesuatu itu yang bernama 'cinta'. Jadi masa tu, pengertian cinta yang tepat dapat membangkit kesuburan jiwa. InsyaAllah.




● ─ ●
Cinta melahirkan sang pencinta. Maka Sang pencintalah yang menghidupkan sifat cinta.


Saturday, January 22, 2011

Cynophobia

Aku rasa, ramai yang menghidapi cynophobia termasuklah orang yang nampak ja brutal dan aku. Haha :D macam Shah Rukh Khan dlm cerita Baadshah :P

Walaupun tak pernah ada kes kena ligan dengan anjing, kena gigit etc., rasa takut sangat bila nak lalu sebelah anjing. Hoho takut bersentuh dengan dia. Yang jenis garang, menyalaknya kuat. Yang jenis comel pon, takut gak. Haih...xtau la.




Adakah sebab dia haram, rasa macam leceh untuk samak? Em... Baik jangan fikir macam tu. Aku tengok dari jauh, orang yang lalu sebelah anjing, selamba ja. Macam xdak apa2 berlaku, anjing tu pon macam malas ja nak layan, buat derk ja. Haha yang takut sangat tu kenapa?

Kebanyakannya serang kita sebab dia rasa terancam. lainlah kalau anjing liar. Dan perlu ingat, jika digigit anjing, dapatkan rawatan segera. :)




● ─ ●
anjing spesis yang sgt kuat DERIA BAU dan SETIA. yang mana elok kita amek pengajran la. :P




Friday, January 21, 2011

. . . Susuk Tubuh Idaman . . .

Perkataan pertama aku terfikir untuk tajuk ni ialah...
PIEWITTTT......sambil muncung2 tikus mondok untuk bersiul..:P Cis. Abaikan.



Sebetulnya, fokus kita kat posture tubuh yang sihat.
Sebabnya, posture yang baik buat imej kita meyakinkan dari segi luaran dan dalaman.
Sangat baik jugak untuk kesihatan tulang belakang
serta kurangnya tekanan pada otot yang menyokong.

Awak rasa macam hidung tinggi bila berdiri tegak?
Awak malu lelaki pandang2 aset awak kalau tegak?
Kan ada jilbab tutup.
Awak pulak, tinggi sangat ka sampai kena bongkok?

Sanggup awak pertaruhkan tubuh untuk risiko sakit belakang dan tengkuk kelak? em..

Semalam lecturer Miss Azlin ada cakap, bayangkan ada orang tarik rambut awak ke atas. yeah :) hahaha tegaklah badan nanti jadinya...



● ─ ●

kita bukan magician untuk berubah sekelip mata, setiap perubahan berlaku berperingkat.
yang penting berubah ke arah lebih baik :)




Thursday, January 20, 2011

Tatapan Pemilik Jiwa Halus :)

Beberapa...

http://arenapuisi.zulyunus.com/category/shikin-yunus/



Semuanya...

http://arenapuisi.zulyunus.com/



● ─ ●
Abaikan tajuk tersebut, tiada manusia dapat menilai kehalusan jiwa manusia lain. hahah
:D





Penceroboh Akan Didakwa

Masuk rumah mesti bagi salam.
Kalau tak, pencuri namanya.
Salah satu cara untuk kita tunjuk rasa hormat pada penghuni kat dalam jugak.
Keluar rumah pulak, sekurang-kurangnya bagi tau la orang kat rumah nak keluar,
xlah hilang mcm tu ja.
Kan lebih manis?



Soal ceroboh ni, bukan rumah ja, apa-apa lah yang bukan milik kita. Pakai redah ja, silap haribulan giliran kita pulak yang kena. Selalunya apa yang kita buat ke orang, dapat balik ke kita. Direct or indirect yang kadang2 kita tak sedar. Tak dapat kat kita, dapat kat anak cucu kita.

Tapi itu la, kadang-kadang kita terpaksa, atas alasan yang xboleh diterima akal orang waras. Lain lah kalau tuan punya dah bagi kebenaran sebelum tu. Hehe :) xsalah la jadinya.




● ─ ●
masuk blog xpayah salam :P




Thursday, January 13, 2011

Selamat Datang Selamat Berjaya

Walaupun sem baru dah bermula dua minggu yang lepas,
aku yakin masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat datang kepada semua member2 puncak alam yang baru.. Hehe :P

Yang paling istimewa... Selamat Berjaya kepada kawan2 yang pi praktikal kat hospital ;)

10.1.11
Good Luck dear friends :)

Baru berkesempatan nak post hari ni sebab malam2 xboleh nak sign in,
Tapi xpa..lambat laun boleh jugak.
Teringat kata2 Ustaz Zakaria, lecturer CTU masa sesi taaruf tentang S.A.B.A.R.
Jadi apa2 pon jadi...bawak2 lah bersabar yer :)

Tinggalkan topik sabar.
Kepada kawan2 yang baru melangkah ke alam Degree, selamat berjaya!

UiTM Puncak Alam yang indah ni la tempat kita semua akan menuntut ilmu dunia dan akhirat. Jangan disia2kan peluang yang ada. Barangsiapa yang menanam, dialah yang akan menuai.

Jom tanam ramai2...haha tanam apa? fikir lah sendiri :P
Usahalah sehabis baik.
Jangan jemu tuntut ilmu,
Ilmu yang baik bermanfaat pada permulaannya akan membawa kita lebih dekat pada Allah sampai penghujungnya.
Apabila permulaannya buruk, makin lama makin jauh dan menyimpang. Pandai2lah nilai dengan mata hati :)



Gembirakanlah hati-hati mereka.. mom.dad/mak.pak/mummy.daddy/ummi.baba :)



● ─ ●
pesanan untuk diri sendiri jugak :(





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...