Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera :)

Wednesday, November 25, 2020

Guru Mengaji Al-Quran

Tarikh lahir mak 15 Mac 1952. Ok, boleh dah kira berapa umur sekarang.

Merupakan guru mengaji Al-Quran sejak anak-anak dah besar seumur 7-8 tahun. Kata mak, sebab abang-abang nakal sangat dekat rumah tok guru mengaji, jadi mak mengajar sendiri.

Lama-lama ramai anak-anak jiran semua jadi anak murid mak. Seingat aku, aku memang membesar dengan tetiap malam rumah ramai orang dengan mengaji Al-Quran.




Proses mengenal Al-Quran pun dekat dalam hati dan khatam umur 8 tahun (darjah dua). Waktu tu memang seronok ada majlis khatam, baca juz Amma macam nak terkeluar anak tekak punya excited. Duduk tengah-tengah, sebelah kiri kanan abang nombor 5 dan abang nombor 6.

Pesan mak yang paling lekat sampai sekarang, Al-Quran ni kena baca hari-hari, sehari kita tinggal dia, 10 tahun dia tinggai kita.. huhu 

Salah satu wishlist, semoga anak-anak kita nanti jadi hafiz hafizoh dan kita juga berusaha untuk menghafal dan menghadam semampu kita.

Wallahua'lam :)





Friday, November 20, 2020

Attaboy!

Detik ni, keluarga besar aku telah direzekikan dengan 16 cucu yang comel-comel dan bijak. Alhamdulilah. Dan insyaAllah tengah menunggu kembar tahun depan, Aamiin.


Kalau level pak sedara mak sedara yang 100% perhatian pada anak-anak sedaranya, aku lah tu. Maklum, kalau masih belum berkeluarga, 16 orang ni lah jadi anak aku. Haha

Kanak-kanak ni memang unexpected bila dia bercakap. Kadang-kadang, kata-kata dia tu, kagum juga kita dengar. Selalunya makan dalam juga.

Pagi raya tahun lepas 2019, aku kena silent treatment dengan bakal pakcu budak-budak ni, Wallahua'lam kenapa, tapi beberapa bulan kemudian dia selamat berkahwin awal tahun 2020 dan aku tumpang happy.

Tapi part yang deep pagi tu, salah sorang kanak-kanak ni tanya aku, mana pakcu? Aku jawab, pakcu tanak kawan dah, kesian acu sorang2 kan? Pastu selamba dia cakap kat aku, "Tok dengan tokwan kan ada?"

Fuhh. Kita asyik tengok apa yang kita takda, lupa nak hargai apa anugerah yang Allah bagi depan mata.

Tapi ada moment yang paling win beberapa bulan lepas, time tengah main dam ular, punya seronok gelak-gelakkan orang yang kena patah balik turun ke level-level bawah, kanak-kanak tadika ni baca Bismillah sebelum baling dadu.


Subhanallah. Benda simple tapi sangat lah terkesan di hati aku. I'm very proud of you. Attaboy! 

Semoga memulakan tugas atau apa2 kerja dengan Bismillah menjadi budaya kita dan lekat pada waris dan keturunan kita. 

Aamiin. 

Thursday, November 19, 2020

Helaian Putih

Nota hati
Ibu bapa kita adalah anugerah paling indah Allah pinjamkan kat dunia.

Alhamdulillah, diberi peluang untuk rasa kasih sayang suci dari dua insan yang mulia, mak dan bapak. 

Dengan memuliakan kedua-dua mak dan bapak, Allah janjikan syurga. Biarlah kita tak dapat apa yang diidamkan yang bersifat dunia, janji redho mak dan bapak ada bersama-sama kita.

Memandangkan aku anak bongsu yang satu-satunya di rumah dan mak pak yang meningkat umur, aku tidur sebelah mak setiap malam sampailah malam ni jugak, dan aku ada habit terjaga tengah pagi dan renung muka mak. 

Setiap kali aku jumpa calon untuk jadi 'anakanda tersayang' mak, menantu yang aku harapkan memuliakan mak macam mak nya sendiri, mesti ada ungkapan dari mak, nanti sapa nak tidoq dengan mak, ada orang nak tinggai mak dah nanti. T_T

Dan ditakdirkan, memang aku masih setia temankan mak setiap malam. Kalau dulu sebelum aku kerja tetap, mak selalu terjaga tengah malam sakit kaki atau sakit saraf mata. Aku pun mamun2 mengantuk2 picit2 pastu dengan aku terlena balik. Sorry mak.

Suatu ketika, aku terpaksa berhijrah kerana training dan ditempatkan jauh dari negeri sendiri. Koyak jugak waktu tu. Hati aku waktu tu selalu memujuk perasaan sendiri, tadahan doa tak pernah jemu, Memohon supaya Allah pelihara. 

Baru aku sedar yang aku tak boleh pikir yang akulah selama ni jaga mak dan pak. Sedangkan yang jaga, Allah. Aku cuma dipinjamkan kat situ. Allah susun tu, cantik sangat dah. Ada abang aku tinggal kat rumah dan jaga kebajikan mak dan pak.




Dan paling ajaib, rupanya ayat yang memujuk hati aku tu, bila aku lontarkan kat seseorang, perkara tu membantu lapangkan dia juga dan menjadi asbab untuk moment2 indah Allah pinjamkan. Aku doakan Allah pelihara dia juga, yang takda depan mata aku lagi. Allah yang jaga.

Maka dijadikan cerita selama berhijrah, setiap hujung minggu aku pasti balik untuk temankan mak dan pak. Itu kemampuanku waktu tu. Dijadikan cerita jugak, aku dipindahkan di negeri sendiri.

Habit aku pun boleh la diteruskan. :D Tapi tuntutan duniawi makin ganas jugak, sibuk, tidur lena terus, dan kalau terjaga tengah pagi pun cepat2 buat hal sendiri. Dan mak pun memang jarang sangat dah nak terjaga tengah malam sakit kaki atau sakit saraf mata.

Sampailah minggu lepas, tempoh kuarantin gelang pink. Aku terjaga, duduk lama tengah pagi tu, mata aku kaku pada satu penjuru wajah seorang ibu. 

Helaian putih. 

Helaian-helaian yang sangat jelas menutupi hampir seluruhnya. Macamana aku leka sangat sampai tak perasan semua ni. 

Pagi-pagi bila salam nak pi kerja, mak dalam telekung. Bila balik, mak dalam kerudung baru nak tutup kedai jajan depan rumah ni. Malam dah tengok tv. Kalau urut kaki pun, mata tengok tv, telinga ja dengar mak cakap. Teruk kan? Sedangkan mak tahu setiap bintik yang naik kat muka, ataupun calar yang terkena kat anak mak. Begitu juga pak. Tak sedar bila fistula di lengan pak dah saiz bola ping pong. 

Aku leka mencukupkan keperluan duniawi mak pak, nak apa, semampunya disediakan, nak makan apa, semampunya dihidangkan. Tapi dari segi fizikal dan emosi, mungkin terbabas dah sikit, mungkin banyak, siapa tahu..

Semoga hari-hari mendatang aku lebih peka, lebih bertolak ansur dengan duniawi, memuliakan mak dan pak dalam seluruh nafasku yang masih tersisa. Kita taktahu siapa yang pergi dulu kan. Dan mintak maaf dari lubuk hati paling dalam buat mak pak atas kegusaran hati yang agak kuat tamparannya pada kesihatan mak dengan pak. 

Sungguh, semuanya di luar kawalan dan aku tak mampu berbuat apa-apa. Kecuali doa pada Dia. Aku yakin, ada keajaiban akan muncul. InsyaAllah.

Buat mak dan pak yang tak mungkin akan baca penulisan ni, semoga syurga buat kalian, dilimpahkan kemewahan yang indah-indah di dalamnya. Aamiin.. Aku pasti takda orang yang ikut pun posting2 di sini. Tapi kalau dah terbaca, semoga kita jadi anak yang baik dan memuliakan ibu bapa kita. InsyaAllah. Moga Allah redha.








 


Friday, November 13, 2020

Judgemental - Penghakiman

Posting ni sebenarnya nak ucapkan PENGHARGAAN yang sangat besar untuk seorang sahabat yang namanya sama dengan penulis. Tentulah nama lain yang ada maksud yer :P mentadak (bukan nama sebenar) Thank you bebeh.. u know, who you are <3

Jauh sudut hati, betapa bersyukurnya dikurniakan seorang sahabat yang tak pernah judge kita, kita boleh cerita dan bagi pendapat macam-macam berkenaan apa-apa perkara dan beliau masih terima kita seadanya. Kita tak perlu explain pun diri kita kat sapa-sapa. 


masing2 ada kelebihan masing2 yer tak?

Pastu sambung..member yang baik, yang rare, dia sangat lah jujur kritik kita suka hati dia ja.. haha dan kita takkan terasa pun. Dan yang paling penting, attitude tu bukan antara kita dua saja, tapi dengan orang lain jugak. Maknanya, kita sama-sama takkan judge orang lain jugak.

Member baik macamni, apa pun yang dia cakap berdasarkan penelitian dia, pendapat dia, kita boleh terima dengan berlapang dada. Walaupun kita tahu kadang-kadang apa dia nampak tu lain, kita nampak lain.. Tapi kita takkan cakap pun kat member kita ni, SALAH apa yang hang nampak, hang tak duduk tempat aku, hang tak tau apa aku tanggung, sebab.. kita respect each other. Itulah perkara pokok dalam komunikasi kan.

Well.

Inilah masalah utama kita, bila kita harap orang paham kita. Kita takut bila orang judge kita. Tak semua manusia yang cross garisan takdir kita se-spesis dengan kita macam cerita kat atas tadi. Ramai yang suka menghukum. Kadang-kadang kita sendiri pun terhukum orang. Kadang-kadang bila orang judge kita, mula lah kita rasa nak buktikan sebaliknya.

Baik.

Sejauh mana pun seorang manusia tu satu frequency dengan kita, mesti ada sekurang-kurang nya satu dua pendapat yang akan bercanggah. Raikan saja lah. Memang lah dia takkan paham apa yang kita rasa, sebab dia hidup pada perspektif berbeza. Dan pasti apa yang dia lontarkan kat kita tu, ada hikmah yang Allah kirimkan untuk sampai ke kita melalui dia. Ha cari hikmahnya tu.

Dan setiap manusia tu, pasti ada certain attitude dia yang menonjol. Tak payah pikir jauh-jauh. Tengok diri kita sendiri saja. Dan orang sekeliling yang kita kenal. 

Ada yang ego nya melangit. Tapi dia bukan orang yang sombong pun. Ada keadaan-keadaan tertentu yang nampak buruk sangat.

Ada yang cepat rasa bersalah. Tapi dia bukan orang yang loser in heart pun. Ada keadaan-keadaan tertentu yang nampak buruk sangat.

Ada yang jenis kuat marah. Tapi bukan pendendam pun. Ada keadaan-keadaan tertentu yang nampak buruk sangat.

Ada yang jenis kuat menyindir. Tapi dengan orang tua-tua dia hormat. Ada keadaan-keadaan tertentu yang nampak buruk sangat.

Ada yang tak boleh orang lebih dari dia. Tapi dia punya usaha untuk dapatkan sesuatu tu, 200% berbanding orang lain. Ada keadaan-keadaan tertentu yang nampak buruk sangat.

Kalau semua yang kita nampak pada ayat-ayat depan, buat kita judge orang tu dengan hanya satu attitude dia yang menonjol, dan kita anggap itulah satu-satunya yang akan merosakkan hubungan baik kita dan dia, tak bijak lah kita kan?

Cuba tengok.

Cari keunikan seseorang tu. Tak kisah siapa. Seronok tau, bila kita analyse dan ambil pengajaran dari sikap manusia, kadang-kadang perkara kecik, meskipun dari budak kecik. Dan, kita semakin belajar untuk menerima dan menyeimbangkan. Contoh mentadak sendiri, memang suka rasa bersalah kat orang. Selalu ada tendency untuk cakap, aku selalu menyusahkan orang. Tapi dalam masa yang sama, kata-kata tu tak membawa kesan negatif pun. Biasalah, sapa yang tak buat silap. Say Sorry dan istighfar lah banyak-banyak kan. Ha selesai insyaAllah.

Semakin panjang perjalanan hidup kita yang lepas-lepas, semakin singkatlah pulak perjalanan kita ke depan. Dan, semakin ramailah watak-watak yang Allah temukan dan pinjamkan untuk kita dan untuk dia jugak. Dan kepada member mentadak (bukan nama sebenar), semoga dilimpahi kebahagian dunia akhirat buatmu, Aamiin... you're just kind and loving.

Dan kepada sesiapa yang terbaca post ni, you are the only judge of yourself. Even if the world, are trying to decide on you, let the world just be the attorneys in your life court. You decide. Whenever your decision is against the world, do not ever be afraid of the future comments of the world, cause life never promises a straight road, but stays in straight path. If you're living with the world's argument as your basic logic in your life path, you are going nowhere but confusion along the way. Seek His guidance my dear, seek His guidance, my dear me, too. 

Dan, keputusan kita bukanlah sepenuhnya dari kita, libatkanlah Allah dalam setiap urusan kita. InsyaAllah, semoga hidup kita terbimbing. Pengajaran terbesar secara peribadi yang pernah berlaku suatu masa dulu, apabila kita berusaha atas petunjuk Allah, dan berusaha untuk menghalalkan sesuatu untuk gapai redha Allah, tidak wujud pun, isu retorik atau tersasar dari asas yang betul apabila teruji dengan perasaan yang tawar dan halangan yang tak terlangkau. Kena banyak sabar, kena ambil waktu.

Have faith.

Sentiasa ada jalan yang luas untuk kita explore, untuk kita capai matlamat yang pada awalnya petunjuk itu jelas. Melainkan, sampai satu tahap yang kita yakin, hati kita tenang dengan sesuatu keputusan besar yang kita ambil, tak gopoh, tak goyah, setelah mohon petunjuk sungguh-sungguh dari Dia. Maka yakin.

Sekiranya dengan keputusan tersebut tidak juga menenangkan, anggaplah itu ujian untuk kita semakin dekat dengan Dia. Wallahua'lam.

Dan, it is not a bad move to be judgemental, be a good judge only to ourself then :) lets make a good move :)

And again, TQ dear friend, you're one of a kind <3 

Wednesday, November 11, 2020

Gelang Pink

 Covid-19

Banyak kesan dalam yang mengubah macam-macam.

Bagaimana hati kuat dididik supaya berserah diri dan bertawakal kepada Allah

Atas segala urusan

Kerana aturan Allah pasti yang terbaik untuk hambaNya.

Apa yang disisi Allah itulah yang terbaik.


Gelang pink,

8/11/2020 - 21/11/2020 

Semoga negatif




Ya Allah, tiada daya dan upaya kami melainkan dengan pertolonganMu. Peliharalah kedua ibubapaku dalam RahmatMu, Ya Allah yang Maha Pengampun, ampunilah dosa-dosa mereka, Ya Rahman, muliakanlah darjat mereka disisiMu ya Allah. Lapangkanlah dada mereka dan bahagiakan lah mereka di dunia, hamba memohon Ya Allah, mohon ya Allah supaya dikurnaikan mahligai yang indah buat mereka di syurgaMu.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...