Setiap hari manusia berkomunikasi. Jika tidak dengan orang lain, system badannya sendiri pon dah saling ber'komuniasi' dengan cara mereka sendiri, tanpa henti. Hebat ciptaan Allah kan.
Ada satu jenis talian rahsia yang kita tak dapat nak explain. Telepathy. Transmission of information nya direct, mind to mind, hubungan yang takda sambungan secara reality tapi komunikasinya wujud. Complicated nya!
Jadinya, POSITIF lah dalam ber'networking'. Bernafas kita di atmosfera yang sama, mengagumi pada keindahan bulan yang sama, berpijak di lantai bumi yang serupa, bersujud ke arah kiblat yang sama.
Perbezaan rupa, status, pemikiran, dan pendirian yang dikurniakan kepada kita tidak lain hanya untuk mencampur gaul rencah kehidupan yang berwarna warni.
Namun! Positif bukan bermakna tunduk dan mengalah! Melihat kesalahan malah kerosakan dengan kacamata jiwa yang mengecil sehingga akhirnya berkaca di penjuru mata.
Positif, dalam ertikata kita mampu melihat apa itu kebaikan dan keburukan. kebaikan bukan lah untuk dijulang agar jatuh berderai, keburukan bukanlah untuk dikeji, dihenyak, dan dihempas.
Bersuaralah! biarpun ketidakpuasan hati cuma segaris contengan.
Bersuaralah! melalui kata-kata berhikmah.
Bersuaralah! dari jiwa besar yang tiada hasad dendam.
Bersuaralah! titipkan kebenaran, bukan kepura-puraan.
Tidak kurang juga yang perpegang teguh bahawa tidak semua perlu dilontarkan.
Ya, tepat. Tidak semua perlu dilontarkan tapi dengan satu syarat yang ketat, iaitu.. usah disimpan, dipendam, ditimbulkan garisan-garisan contengan di hati sehingga dipintal menjadi amarah bisu. Lantas jiwa melemah dan menyalahkan setiap babak kehidupan.
POSITIF. Bina 'telepathy' kuat antara kita dan pencipta. Moga sempit dan serabut yang menghimpit hati kita saat membaca ni, lapang dan semakin kental. InsyaAllah.
● ─ ●
Usah putus-putus berdoa. Itu 'telepathy' terbaik. Insya Allah.
Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera :)
Friday, October 21, 2016
Tuesday, October 11, 2016
Speaker of the Day - URUTAN STRESS
"Sekarang dijemput wakil dari MamaCare Penang untuk memberikan ceramah tentang Urutan Stress..."
Maka melangkah gagah lah saya demi perkongsian ilmu untuk manfaat semua.
Biasalah, tolong member, beliau tak sempat nak datang atas sebab peribadi. Di Institut Pertanian Bumbong Lima. Sebelum tu dalam kalangan Persatuan Tekstil Penang di Prai.
Jadi bermulalah sesi teori. Hah. Disuruh bangun semua hadirin hadirat. Disuruh duduk pula kemudiannya. Disuruh bangun semula. Duduk semula.
Maka terpacullah perkataan "Stress ah macam ni!" dari salah seorang peserta, seperti yang saya rancang.
Baru bangun duduk, dah stress pun :D
Alhamdulillah. Berikutan muqaddimah yang terkesan, terkupas lah satu demi satu punca2 stress. Semua berkisar masalah dunia yang dipacu matlamat dunia juga.
Jadi apa tekniknya urutan stress ni?

Sunday, October 9, 2016
Minda Terisi Kesakitan
Pagi tadi sempat melaksanakan tanggungjawab urut pada seorang patient yang sakit-sakit seluruh badan.
Seperti biasa, apabila komunikasi sentuhan bergabung lembut dengan kata-kata yang sampai pada hati, pasti termuntah segala kekusutan yang berselirat di hati.
Komunikasi yang biasa, bertanya nama, kawasan sakit, tempoh sakit (simple subjective assessment) telah menjadi terapi juga pada minda apabila masalah yang terbeban, terkongsi pada tukang urut fisio nya: )
Pastinya, setiap dari kita mempunyai masalah yang tersendiri bebannya. Jika minda sudah terisi kesakitan yang tidak tertanggung, maka tubuhlah menanggungnya.
Usah berasa lemah jika kita tertewas pada emosi. Tertewas itu biasa. Bangkit dari ketewasan itulah yang yang tepat tingkahnya!
Friday, September 23, 2016
Massage . Urut .
Secara saintifik,
SEDAP . LAZAT . NIKMAT
Itu sahaja rasa yang sepatutnya dirasai oleh orang yang diurut. Tak lebih tak kurang.
Begitulah muqaddimah yang diberikan oleh pensyarah favourite semua pelajar fisioterapi UiTM, Tuan Haji Bahman. Terngiang lagi walaupun dah 4 tahun lepas.
Habis tu, mak bidan urut sakit uhh, kadang2 lebam, kadang2 tu demam urat sampai 3 hari x bangun. ALAMAK! 'massage sesat' nih!

Dah kalau pressure jari jemari dah terlampau 'power' sampai ke tapak kaki tumit dihentamnya bukan2, mana tak merana mangsa keadaan tu. :D Tapi bergantung keadaan jugak.
Mazhab mengurut ni bersepah, tinggal nak kutip dan pakai yang mana sesuai untuk diri sendiri dan juga individu yang diurut. Pernyataan ni lebih memberat kepada juru urut.
Thursday, September 22, 2016
Alhamdulillah
Setiap permulaan, pasti ada pengakhiran.
Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan.
Apa sebenarnya yang berlaku di ruang antara mula dan akhir, antara bertemu dan berpisah?
Apakah permulaan hanya untuk diakhiri, atau pertemuan hanya terjadi supaya berpisah di akhirnya?
Itulah dia kehidupan yang ditafsirkan bebeza oleh setiap jiwa berbeza.
Subscribe to:
Posts (Atom)