Setiap permulaan, pasti ada pengakhiran.
Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan.
Apa sebenarnya yang berlaku di ruang antara mula dan akhir, antara bertemu dan berpisah?
Apakah permulaan hanya untuk diakhiri, atau pertemuan hanya terjadi supaya berpisah di akhirnya?
Itulah dia kehidupan yang ditafsirkan bebeza oleh setiap jiwa berbeza.
Setiap dari kita sudahpun ada permulaan iaitu ketika ditiupkan roh suatu saat dahulu. Sekarang, saat dan ketika ini, hakikatnya kita berkongsi ruang yang sama.
Jika sedang berlari, usah dirempuh jiwa yang lemah.
Jika sedang berenang, usah bimbang titisan hujan.
Jika sedang memanah, usah dihirau kilauan pedang,
Jika sedang tidur, bangkitlah untuk bermimpi dalam sedar.
● ─ ●
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
0 ● genius ●:
Post a Comment