Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera :)

Friday, September 23, 2016

Massage . Urut .

Secara saintifik,

SEDAP . LAZAT . NIKMAT

Itu sahaja rasa yang sepatutnya dirasai oleh orang yang diurut. Tak lebih tak kurang.

Begitulah muqaddimah yang diberikan oleh pensyarah favourite semua pelajar fisioterapi UiTM, Tuan Haji Bahman. Terngiang lagi walaupun dah 4 tahun lepas.

Habis tu, mak bidan urut sakit uhh, kadang2 lebam, kadang2 tu demam urat sampai 3 hari x bangun. ALAMAK! 'massage sesat' nih!


Dah kalau pressure jari jemari dah terlampau 'power' sampai ke tapak kaki tumit dihentamnya bukan2, mana tak merana mangsa keadaan tu. :D Tapi bergantung keadaan jugak. 

Mazhab mengurut ni bersepah, tinggal nak kutip dan pakai yang mana sesuai untuk diri sendiri dan juga individu yang diurut. Pernyataan ni lebih memberat kepada juru urut.

Bagi yang masih tercari-cari kak bidan, risau badan lunyai selepas urut, awak semua ada hak masing-masing untuk request supaya pressure dikurangkan ikut keselesaan.

Tak perlu menahan sakit yang terlampau sebab takut nanti dicop manja, tak tahan sakit yer. Banyak kes orang yang diurut terasa sakit melampau setelah diurut. 



Asingkan masalah mistik. Secara saintifik nya, tekanan yang terlampau kuat membuatkan tisu terkoyak dalam jumlah yang besar atau keadaan yang terlalu teruk, sampaikan perlu tempoh lama untuk sembuh. Silap haribulan, keadaan semakin parah.

Untuk sesetengah 'urat' yang terlampau keras atau tegang, sememannya kekoyakan fiber tisu perlu, tapi dalam kuantiti yang membolehkan tisu tersebut 'regenerate' atau terbaiki semula secara semulajadi, align cantik. 

Sakit2 sedap lah orang kata. Jikalau diganti dengan teknik regangan sekalipun, keras atau tegang 'urat' boleh selesai tanpa urut, tetapi perlu masa. Perlu konsisten. Perlu teknik tepat. Perlu semangat untuk sembuh!

Begitu jugak urut. Ramai yang mengamalkan rawatan urut tetapi sedikit yang betul2 konsisten membuat follow-up urut. Hakikatnya, Alasan seribu. Apakan daya, kekangan masa, wang, dan keadaan. 

Oleh sebab itulah teknik 'self-stretching' atau regangan yang dilakukan sendiri tanpa bantuan individu lain sangat membantu dalam proses menghambat kesakitan.

Dengan ini, 

Massage . Urut . Stretching . Regangan. 

Ha, baru lengkap syarat sah nya!





● ─ ●  
Nak tahu teknik stretching yang tepat? Tanya fisioterapi anda! Google pon boley >.<



0 ● genius ●:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...