Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera :)

Sunday, October 30, 2011

Menunggu dan Ditunggu



di sini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
aku tanpamu, 
masih tanpamu

bila esok hari datang lagi
ku coba hadapi semua ini
meski tanpamu oooh meski tanpamu

bila aku dapat bintang yang berpijar
mentari yang tenang bersamaku disiniku 
dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan

suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
suara dengarkanlah aku
apakah aku slalu dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

kalau ku masih tetap disini
ku lewati semua yang terjadi
aku menunggumu, aku menunggu
suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku
apakah aku ada dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya


● ─ ●
belajarlah menerima setiap yang mendatang dan yang pergi dengan hati terbuka :)) 





Bila Semangat Tersungkur.. SABAR dan DOA Masih Mampu Mendaki..

Status yang baru aku post kat fb. Aku cuma nak berkongsi. Aku tahu yang ramai individu macam aku. Terkadang perasaan Loser tu kuat. Tapi biarlah kali ni kali terakhir dalam hidup aku untuk menikmati perasaan loser yang melampau.

Perasaan ni tak boleh dikurung sendiri. Kalau kita biar dia melarat, badan kita binasa. Percaya lah, yakin dengan diri sendiri! :) Lawan secara lembut tetapi hakikatnya keras dan tegas.

Jangan biar perasaan loser tu terbuai dalam ruang jiwa terlalu lama. Ruang tu khas untuk cinta pada pencipta, rasul, sesama manusia dan tempat bersinarnya cahaya ilmu.

Kejamlah bagi kita untuk menyempitkan ruang itu dengan kekecewaan yang tiada penyudah.

Ya, aku tak nafikan ia datang sendiri, semangat bagai tersungkur. Carilah punca, mungkin terlalu banyak berbuat dosa =.=



● ─ ●
binalah semula 'kekuatan' dengan SABAR dan DOA, dalamnya terkandung ketenangan, harapan dan senyuman. biarlah yang lalu tu berlalu jauh meninggalkan, tidak lagi berulang :) InsyaAllah..

Wednesday, October 19, 2011

Sometimes When We Touch

Tak perlu takut untuk menjadi seorang yang jujur. Terutama jujur pada diri sendiri.

Somentimes when we touch...
The honesty too much...
And I have to close my eyes...and hide...
-Dan Hill-

Jujur tak bermakna kita kena luahkan segala yang kita nak, yang kita yakin. Bagi aku, diam yang kena pada tempatnya juga adalah sebahagian dari kejujuran. 

There should not be LEVEL of honesty, it is just HONESTY


Takdak maknanya kejujuran apabila segala yang terluah dari hati kita memudaratkan orang lain. Jadilah jujur dalam bersahabat, dalam menuntut ilmu dan berbakti.


● ─ ●
terasa kesal akan kata2 kusut yang terluah. bukankah lagi manis jika disimpan kemas? moga tidak berulang =.=  


 

 

Monday, October 17, 2011

Engkau yang kuSayang Segenap Zarah

Buatmu, dariku~

Dua dari kanan


Engkau yang kusayang segenap zarah,
Dulunya tegap berdiri,
Bertani di ladang harapan,
Mengatur benih terpilih,
Tulus tiada sangsi,
Menyiram embun berbaja cinta.

Moga suatu masa..
Sinarnya tumbuh tidak menyilau, 
Putiknya kembang tidak merajuk,
Hasilnya manis.. menawan jiwa.

Sepertiga abad berlalu,
Detik masa berlalu sunyi,
Buatmu terbeku diruang kenangan,
Sesekali menoleh sayu,
Ke jalan lecak berselirat,
Yang pernah kauredah gagah,
Bersama kebanggaan hasil tuaian,
Habis kuyup kecelaruan,
Mungkin terbelok di tengah jalan.

Siapa sangka,
Hangat airmatamu,
Bergenang disudut tenungan,
Tidak terpaling oleh siapapun,
Mengalirnya sejurus hati berguruh,
Esakannya bisu ditenggelam renyai kecewa.

Kukira siraman hujan bisa menyejukkan,
Namun rekahan kemarau juga yang kelihatan. 

Engkau yang kusayang segenap zarah,
Masih teguh berdiri,
Bersama sepintal harapan samar, 
Terkadang perit rasa menyengat,
Angkara urat2 lusuh barangkali,
Datangnya silih berganti,
Meyukat kekebalan diri.

Doaku wahai insan yang kusayang,
Moga segenap zarah hidupmu,
Terisi cinta abadi,
Subur dalam ketaatan dan penyerahan,
Redha bersyairkan gurindam takdir,
Bersabar menuju bahagia dunia dan selepasnya.

Harapku wahai insan yang kusayang,
Biarpun semua tuaianmu rosak malah hapak,
Usah engkau sembamkan salah atas dirimu,
Kuatkanlah yakinmu,
Tidak diberikan olehNya dugaan yang sia2,
Pasti terselit hikmah rahsia.
1.59 a.m
● ─ ●
Kuterlalu rindukan keriangan dimatamu........





Friday, October 14, 2011

Yes.. We Met =P

Almost perfect :) Aku doakan dia dapat capai cita2 practical kat Australia and grad with flying colors. Amin.....:)


● ─ ●
Idz, tqvm for teh ais..haha :P





Kempen Minum Susu

Waktu form 1, aku mula belajar minum susu tepung. Sedap dan lazat.. hee :) Sejak tu, susu panas jadi minuman yang lazat untuk aku sebelum tidur kat asrama. "Dutch Lady Madu"

Sedapnyaa!

Tapi tu xleh lawan susu yang kuteguk dari tubuh ibuku saat aku mula lihat dunia. "Susu Cap Gantung" :P

Dari sudut immunity, kandungan colostrum dalam susu ibu berfungsi menguatkan ketahanan tubuh bayi, dengan syarat diberi dalam tempoh setahun, dua tahun semasa proses pembentukan imun badan. Subhanallah.

Kepada bakal2 ibu, do breastfeeding :) tegukan kasih sayang akan mengalir sama masuk ke dalam tubuh bayi kita nanti. Jangan fikir sebab nak elak breast cancer sahaja..bunyi macam pentingkan diri sendiri.

Tapi kalau dah sibuk kerja, apa boleh buat. Waktu pagi dan malam saja la baby dapat "Susu Cap Gantung".. :P


● ─ ●
lama tak minum susu panas2. tadi dapat. Alhamdulillah, nikmat2 :)) 





Wednesday, October 12, 2011

Melangkah Pakai Kaki

Setiap dari kita punya impian dan cita2. Walaupun tak tinggi melangit, pasti tetap ada walaupun sedikit. Entah dari mana datangnya ilham dan keinginan tu kan.. Tiada yang mustahil dalam ber'impian' :)

Soalnya, ramai yang cuma mederap langkah pakai angan-angan dan keinginan hati. Sampai bila pun takkan sampai sebab kesudahannya bukan tindakan yang bermakna.

move!


Melangkahlah pakai kaki. Kaki yang berkasut. Pada daratan yang tepat :) Makin kehadapan tanpa melupakan yang di 'belakang' yang telah memberi seribu pengajaran.

On the way.. kalau nampak traffic light 'tangguh', abaikan..tak perlu berhenti. Mungkin tu cuma bayangan alasan dan sikap malas :P

● ─ ●
tetaplah di jalan yang lurus... :)



Monday, October 10, 2011

Flexible

Zaman kecik2 masa nak dekat exam UPSR, PMR, SPM.. Satu hari tu mesti pihak sekolah ada buat sesi motivasi yang ada latihan dalam kumpulan (LDK). Pengisian program macam tu tak sah lah kalau xdapat satu A4 paper, disuruh lukis satu objek yang melambangkan diri kita. kan2? hahah :P

Aku suka lukis gunung2.. nak bajet yang betapa tetapnya pendirian diri. :D tak kurang yang lukis api, bunga, bintang, payung. Bila pikiaq balik sekarang, semua elemen tu ada dalam diri kita, cuma perlu ditonjolkan banyak atau sedikit bersesuaian dengan masa.

tarik......


Kalau lukis getah? flexible uh... tapi x tepat jugak sebab getah lama, kurang elastic dah. Maksudnya, kita semua tak sempurna, xdak satu benda pon yang dapat disimbolkan dengan sempurna untuk describe sifat manusia.

Beradablah sebaik mungkin, kena pada tempatnya. Jadilah flexible dengan ruang dan keadaan, InsyaAllah kerja jadi mudah :)

● ─ ●
flexible macam mana pon, soal agama, maruah dan kehormatan tak boleh main2 :]




.

Thursday, October 6, 2011

Cukup Indah

lagu lama.. tapi still sweet2..


Tak pernah aku jauh darimu
Meninggalkan cinta kita
Tak pernah aku meluka hatimu
Perasaan dan jiwamu
Segalanya telah ku serah
Hanya engkau terindah

Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi
Tiada yang lain selain dirimu
Kekal tinggi di hatiku
Tiada pengganti yang mampu ku cari
Yang secantik diri kamu
Cinta ini untuk dirimu
Rasa ini untukmu

Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai

aku penah baca satu ayat yang bunyinya lebih kurang macam ni,

 Lelaki yang paling bertuah ialah yang mendapat cinta pertama seorang wanita....
       Wanita yang paling bertuah ialah yang mendapat cinta terakhir seorang lelaki.....


Macam mana tu? :) Ini cinta pada manusia lah.. tapi yang pasti, selagi sebuah ikatan yang terbina itu kekal dalam kasih sayang dan rahmatNya, awak adalah orang yang paling bertuah! Kasih sayang tu sifatnya lembut dan halus, maka pupuklah ia dengan penuh kelembutan dan kehalusan.

Tak mustahil untuk lukakan orang yang kita sayang walaupun kita dah hundred percent berwaspada dengan tindakan kita. Begitu jugak dia. Vice versa. Manusia xkebal dari berbuat salah. Jika ikhlas menyayangi, pasti ikhlas memaafi.

FORGIVENESS
is not something we do for OTHER PEOPLE 
we do it for OURSELVES 
to GET WELL and MOVE ON
-anonymous-


● ─ ●
forgiven :)



Silent Gift

Abang aku penah cakap pasal teori masalah.
Kalau kita dah tau masalah tu x boleh setel... kenapa nak risau? dah memang x boleh setel. Relaks lah.
Kalau kita dah tau pulak yang masalah tu boleh setel.. kenapa nak kisah? nanti setel la.
Positif kan?

Yang selalu kita dengar lagi, "sharing problems, halves the problems". Betul jugak tu tapi terpulanglah pulak kat tempat sharing tu. Silap haribulan, tripled the problems pulak. Please be very careful. Terkadang gelojoh hati tanpa peta aqal sering membawa ke lorong sesat yang mungkin tiada simpang kembali.

Mendapat sahabat yang ikhlas, jujur dan amanah dalam perhubungan sebenarnya bagiku silent gift yang paling best. Bersyukurlah jika awak ada, walaupun seorang. Mungkin golongan macam ni wujud cuma 1 dalam 10 orang.


Ikhlasnya seorang sahabat, menitip doa tanpa dipinta..
Jujurnya seorang sahabat, mengucap pesan saat alpa..
Amanahnya seorang sahabat, menggenggam padu keaiban dirimu..
Mereka bukanlah pengiring sepanjang jalan..
Kadang bertemu, seringkali berjarak beribu batu..
Pertemuan itu indah..
Biarpun terjadi dalam genangan airmata..
Ia sangat bermakna..
Beban terasa lenyap bersama hela yang hangat..


speechless

 ● ─ ●
semoga diberi kekuatan olehNya.. amin~ 


.

Wednesday, October 5, 2011

Sekian Lama...

Beberapa purnama lamanya blog ni sunyi sepi, sekadar mentadak innocent yang setia ber'posing' di sudut tepi kanan menghiasi suram suasana. Hahah :P

Jujur. Sedikit janggal untuk aku kembali menulis. Ceh. Bunyi macam penyair yang turun dari gunung ja..:P 

Selamat kembali menulis!

Banyak benda dah berubah. Banyak jugak benda yang aku dapat belajaq. Rasa hati yang hancur, suka, keliru, semua macam rojak dan gado2, bersilang2 bercampur baur. Moga ia sembuh dengan baik meskipun xsesempurna yang asal.  



● ─ ●
special thanks to NUMIE :)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...