Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera :)

Monday, November 11, 2024

Buah Hati Ibu 4

Suleyman 2 tahun 5 bulan 10 hari, bangun awal pagi, mandi siap2 dengan ibu pastu Suleyman nak ikut pi pejabat. Tok terus umpan Suleyman dengan aiskrim. 

Ibu marah pagi tu Suleyman. Pagi2 dah nak bagi makan aiskrim, pastu stok aiskrim hari-hari ada dalam peti sejuk. Takkan Suleyman hari-hari nak makan aiskrim kot. Macam biasa, tok akan marah ibu balik, cakap "mak dah bela 3 tahun.." itu ayat yang sangat mengguris hati ibu. Ibu terpaksa tinggalkan Suleyman bawah jagaan tok sebab ibu terpaksa cari nafkah. Bukan seronok-seronok nak tinggal Suleyman keluar kerja. Ibu tahu, dua2 pihak terguris. Tapi apa dayanya, ibu pun kadang-kadang tak kuat bersabar.

Tapi yang paling sedih, time salam tu, ibu suruh baca Al-Fatihah.. Suelyman baca sampai habis (dengan loghat2 yg comel tu).. pastu pulak bila ibu masuk kereta, Suleyman dah kat depan pintu lambai ibu, bersungguh-sungguh Suleyman lambai.. "Babai... babai ibu... babai... ti kite jumpe tauu".. Ibu sangat tersentuh tapi dalam masa sama, perasaan dah bercampur dengan macam2 rasa. Ibu lambai balik kat Suleyman.. pastu ibu terus pacu kereta.

Tengah jalan, ibu patah balik sebab dah tak hujan, nak balik amek moto, bawak moto supaya tak lewat masuk ofis. Bila ibu sampai balik, Suleyman dah ada kat meja makan dengan tok dan tokwan. Pastu tok cerita, rupanya dari berdiri depan pintu tu, Suleyman suruh tok angkat tinggi2 Suleyman nak babai ibu, tapi ibu tak kalih dah dari dalam kereta.  

Pastu ibu terus cakap "Ibu marah laaa.. takkan hari-hari nak makan aiskrim!" sambil ibu ambil mask kat surau. Tapi Suleyman time tu dah merajuk, Letak tangan dua-dua kat belakang. keras je.. tapi ibu keraskan lagi.."ha, marah ibu ka..semua benda nak marah.. ibu ni tak boleh marah?" bila Suleyman duk keras lagi.. ibu tone down.. ibu mntak sikit nak makan ikan bilis Suleyman.. Suleyman bagi ;) last2 ibu pun berangkat pi kerja dengan tenang, Suleyman lambai ibu lagi sekali.. 

Terima kasih Suleyman. Ibu tahu Suleyman orang yang berhati lembut dan sangat baik, tapi dalam masa yang sama, Suleyman sangat keras dan degil macam ibu. Semoga Suleyman membesar dengan bijak menyeimbangkan kelebihan dan kekurangan yang ada dalam diri. 

Macam yang terjadi harini, Semua orang ada emosi masing-masing. Andai kerana sesaat emosi yang tergelincir, jangan lah menghukum dan berdendam selama baki kehidupan di hadapan nanti. Bertimbang rasa dan maafkanlah sayangku. Memang adat berselisih paham ni akan ada perkataan taik yang akan keluar dan boleh ingat sampai mati. Tapi jika nak dibandingkan dengan nikmat Allah bagi, nikmat kasih sayang yang lebih berlipat ganda dari tu, maafkan saja.. 

Orang kata, mana boleh lupa, sampai mati boleh teringat. Memang pon. Tapi, setiap kali teringat, maafkan.. teringat lagi, maafkan lagi, teringat lagi.. maafkan lagi.. Biar banyak kali maafkan supaya hati kita lapang dan ringan. Tak berat dengan dendam dan kesakitan.

Jika diri sendiri terbuat salah, mintak maaf kat orang dan maafkan diri sendiri jugak :)

Suleyman orang yang baik, anak yang soleh, kelak, suami yang soleh, bapa yang soleh. Ibu doa, Allah bimbing, Allah pelihara sayang ibu dunia akhirat.

Ibu sayang Suleyman, Allah paling sayang Suleyman <3


Friday, November 1, 2024

Semperit Garing - Posting Yang Panjang

Kisah untuk Suleyman tatap :)

Biskut raya, kuih semperit.
Sejak kecik lagi ibu memang suka sangat makan kuih semperit.

Bila ibu dah besaq, boleh masak, boleh buat kuih sendiri, ibu cuba macam-macam resepi cara buat semperit. Masa duk buat setiap tahun tu, sepupu-sepupu Suleyman suka sangat makan. Sampailah satu masa Ramadhan tahun 2024, ibu buat semperit untuk hari raya, ibu buat sukatan yang tetap utk pastikan rasa yang sama setiap kali buat. 

Ibu rasa proses pembuatan semperit tu somehow dapat buat ibu release stress dan juga create sesuatu sebagai perniagaan untuk bersedekah lebih banyak. Ibu seronok melalui proses-proses tekap bunga, letak ceri, tengok hasil lepas bakaq. Alhamdulillah, jadi satu aktiviti yang divert fikiran ibu yang selalu melayang pikir macam-macam.. insyaAllah..

Asalnya ibu nak jual kat kantin pak long, tiga ketul seringgit. Tapi nak dijadikan cerita, semperit ibu yang adunan tu bau sabun kuat sangat, tak tahu macam mana bau dan rasa sabun tu boleh lekat. Jadi ibu batalkan niat ibu nak berniaga.

Tak berapa lama lepas tu, ofis ibu ada sambutan hari raya aidilfitri. Ibu pon tengok barang semperit ada, tambah beli beberapa bahan, terus ibu buat satu adunan dalam 1kg tepung jagung, bawak untuk kenduri. Ramai yang suka, ibu bersyukur sangat, happy.. Alhamdulillah.

Hari Jumaat selepas tu, ada ofismate ibu, Kak Sue, mintak ibu buatkan semperit sebab dia nak beli katanya. Ibu pon bagitau yg ibu tak reti nak kira harga untuk buat berniaga. 

Selang beberapa minggu tu ibu kursus kat Tanjung Malim, entah dari mana kesungguhan tu terdetik, ibu buat keputusan untuk cuba buat untuk bisnes mcmna kak sue mintak tu. Balik Penang terus ibu beli bahan-bahan, termasuk balang, salotep balang, tempah sticker. Kalau diimbas balik, ibu pon taktahu dari mana keyakinan tu datang. Yang pasti, Allah yang dorongkan.

Alhamdulillah, dapat sambutan, ada order setiap minggu tau. 

Cerita di sebalik proses buat production kecil-kecilan tu. Banyak moment2 dan detik2 yang hati ibu rasa sedih time buat semperit tu. Masa tu Suleyman kan baru 2 tahun. Suleyman ajak ibu main.. tapi ibu terpaksa sambung buat kuih... ya lah.. Ibu akan mula buat time malam, atau time sebelum maghrib lepas balik kerja. Itu juga lah sahaja masa kita berdua kan Suleyman? Ibu dah seharian kerja, time ni la kita nak spend time sama2 kan.. maafkan ibu na.. ibu cuba terbaik untuk kita semua :) ibu buang sedih jauh2.. tekad untuk majukan diri. 

Ada jugak masa nya Suleyman dah nanges nak ibu.. "ibu jom tedoq.... ibu, jom aaa tedoq.... ibu... jom tedoq..." Masa tu dah 12 tengah malam.. ibu kena susun siap2 semperit yang dah sejuk, nanti lama2 boleh masuk angin.. apa ibu boleh cakap "tunggu sat na... sat na... sat ja.." pastu bila dah selesai, ibu masuk bilik dengan Suleyman, ganti pampers, tepuk2 sambil baca surah Al-Mulk.. tenang ja.. ibu pon lelap sama2.. Tapi ada jugak kadang-kadang Suleyman terjaga, terus terpacul depan bilik "ibu, nak tueyy..." pastu habis makan sebijik.. "nak agi..." haha time tu lebih kurang pukul 4 pagi.

Ada jugak masa nya Suleyman terjaga pukul 4, 5 pagi cari ibu.. tapi ibu dah bangun awal2 untuk bakar kuih.. masa ibu buat kuih memang tak menentu, selalunya masa2 tu, ibu sedih sangat tapi kerja kena siapkan. ibu peluk ja dulu Suleyman, pastu ibu sambung buat, tak pun.. ada jugak ibu terus off kan oven.. tidurkan suleyman dulu :) Suleyman ni baik sangat :)

Suleyman suka sangat ikut ibu beli barang kuih. Bila tok dengan tokwan tanya, Suleyman pi mana dengan ibu? Suleyman jawab "beli barang tueyy" haha comel sangat. Suleyman dah tahu lorong mana nak tolak trolley kat JMS.. Suleyman dah cam.. jalan lorong ke kedai. Yang paling best sekali, dapat upah eskrem potong perisa mangga, atau dapat upah Vitamin C ribena packet kecik tu. Kedai tu susun dekat kaunter ja paket tu, Suleyman boleh amek sendiri.. Yang ibu respek, Suleyman akan amek sebungkus ja.. tak lebih pon. 

Ada jugak Suleyman bad mood. Mungkin mengantuk ka, lapaq ka.. Suleyman Menangis kat kedai tu marah sebab ibu tolak kan trolley. tolak trolley tu kan keja Suleyman...! hahaha.. comel la Suleyman ni.
Belum lagi cerita kat kedai plastik yang jual balang tu. haha.. satu hari ibu bawak Suleyman pi beli balang, org kedai dah susun semua balang kat depan pintu, ibu bawak Suleyman masuk pi bayaq, keluaq2 tengok balang dah takda. Suleyman tanya "mana balang??" pekerja kedai dah masuk dalam kereta ibu dah.. haha

Suleyman ni baru 2 tahun tau, tapi Suleyman dah tolong ibu tarik sticker dari kertas tu utk ibu lekatkan pada balang. Tangan jemari dempoi2 tu cermat buat kerja, boleh harap! selalu Suleyman akan tunggu ibu cakap, nak lagi..pastu suleyman tarik sticker keluaq, pass kat ibu. pastu bila dah selesai ibu cakap cukup.. Suleyman tak tarik dah. Memang you are my best assistant <3 kadang-kadang ibu potong ceri, ada tangan haluih mai na amek.. ibu terus potong sikit hulur kat suleyman. Pandai ye amek cukai ceri ibu.. hahaha.. masa ibu dah siap bancuh adunan, Suleyman selalunya akan mintak sikit, buat main mcm plasticine.. Suleyman selalunya main dekat, tak jauh dari ibu. Pastu tok panggil "Suleymannn.. mai tengok tv dengan tok.." pastu suara comel menyahut "cattt... eyman buat tueeyyy niiii..."-sattt.. suleyman buat kuih ni- ahahha... comel sangat

Bila ibu nak delivery pulak, Suleyman paham dah ibu nak hantaq tueyy.. Suleyman pon ikut sekali. Ada sekali tu ibu brake kereta terkuat, kuih macam terbalik sikit. Pastu Suleyman tegur, "apa la ibu ni.." aduiii.. garang noh.. kadang2 dalam kereta tu duk nyanyi lagu patriotik. Darah satria.. tanggal 31.. ulang2 pulak tu. Haha.. kalau nak nyusu, ibu syarat baca alif ba ta.. mmg baca sampai huruf ya! pastu dah lancar alif ba ta.. ibu suruh baca Al-fatihah sebelum menyusu.. Suleyman pon baca sampai habis. Walaupun dengan loghat2 dua tahun, ibu bangga dengan Suleyman, Allah pelihara sayang ibu dunia akhirat.

Ibu tak pernah terfikir akan perjalanan hidup kita yang macam ni Suleyman. Kita takda keluarga yang sempurna mcm org lain. Suleyman punya pengalaman membesar, tak sama macam orang lain yang lengkap ada ibu bapa. Mungkin kelihatan kekurangan. Tapi kan... Siapa yang jatuhkan hukum bahawa itu kekurangan? Bukankah Allah yang susun macam tu untuk kita, sayangku? Bukankah Allah Yang Maha Adil. Takkan Allah nak bagi sesuatu yang kurang, kan. Kita ja yang menghukum, itu ini kurang. Walhal Allah bagi kecukupan. Allah bagi nikmat yang tak terhitung. Apa yang Suleyman ada, dapat sepanjang hidup sehingga hari ini, itulah kecukupan untuk Suleyman. Allah bagi ikut apa yang kita perlu dan mampu, sayangku. Cuma harapan kita pada benda yang Allah tak bagi, buat kita rasa sedih melebihi rasa syukur kita.

Mungkin apa yang ibu tulis berkajang-kajang nota selama ini akan jadi asbab penyembuh saat sayang ibu Suleyman jatuh tersungkur atau tertiarap satu hari nanti oleh beratnya beban dunia yang sementara. Cerita-cerita yang ibu tulis bukan rekaan sang penyair. Kita pernah melalui saat-saat yang sangat indah bersama-sama kurniaan Allah. Dan ibu yakin jika Allah izin kita bersama lebih lama atas dunia, banyak lagi nikmat-nikmat yang bakal mendatang. Anak soleh ibu Suleyman, untuk merasa sakit dan terluka, itu sifat manusia. Tapi janji dengan diri sendiri ya sayangku, penuhi hak Allah. seberapa berat dan pedih yang Suleyman rasa dan harap, pegang kuat-kuat Al Quran dan Sunnah. Pi masjid ya sayang. Cari Allah, baca Al-Quran dengan makna. Ibu tahu, bila Suleyman dah ok.. kadang2 tak ok balik.. bila dah bertaubat pada Allah dengan dosa-dosa lalu, kelalaian lalu.. lepas tu terleka balik. Itu juga sifat manusiawi. Kan Allah paling suka hambanya yang bertaubat. Ulang-ulang lah tanpa jemu mohon keampunan Allah ya sayang. Maafkan juga sesiapa saja yang pernah tersalah pada Suleyman. Bersihkan hati dari dendam. Allah izinkan rasa sakit tu, terus maafkan... mintak Allah sembuhkan. 

Hari ni hari yang istimewa untuk kita, untuk kehidupan kita, Suleyman. Ibu, paklong dengan pakngah bersama-sama akan majukan bisnes semperit next level insyaAllah. Tok dengan tokwan akan rasmikan kedai pertama kita, sayang. Ibu rahsiakan persiapan kedai daripada tok dengan tokwan. Satgi lepas Jumaat, tok dengan tokwan akan potong reben. Kita doakan langkah kita ni adalah langkah kebaikan dan penuh keberkatan untuk kita jadi hamba Allah yang lebih baik, insyaAllah.

Allah paling sayang Suleyman, 
ibu dan abi sayang Suleyman <3

Allah paling tahu, Allah paling sayang.





Monday, October 28, 2024

Utusan Cinta Buat Suleyman 34

 Anak soleh ibu, Suleyman,


Syurga di bawah telapak kaki ibu,

Ambil sebagai pedoman,

Asasnya, Jiwanya, Taatlah ibu kerana Allah,

Bukanlah ibu ini terlalu besar dan terlampau agung,

Bukanlah ibu ini mempunyai hak mutlak atasmu sayang,

Bukan juga ibu ini terlepas dari salah dan khilaf.

Kasihilah, Sayangilah ibu setelah sayangnya Suleyman yang Agung kepada Allah dan Rasulullah.

Allah nombor satu, Allah paling tinggi.


Engkau milik Allah sayangku,

Pinjaman, amanah yang Allah beri pada ibu dan abi.


Kelak Suleyman akan menemui pasangan hidup.

Kasihilah menantu ibu sebanyak mana Suleyman kasihi ibu,

Tiada darjat siapa nombor satu, siapa pula nombor seterusnya, tiada bertingkat-tingkat,

Yang pasti, Setelah sayangnya Suleyman yang Agung kepada Allah dan Rasulullah


Didik lah isterimu dan generasi selepas nya nanti,

Supaya tidak merasakan diri mereka sebagai wanita terlalu agung,

Terhadap zuriat yang Allah amanahkan.

Didik lah dengan ketaatan, tunduk hati, lurus menghadap Allah.






Sunday, September 22, 2024

Buah Hati Ibu 3

Satu hari, Suleyman 2 tahun 3 bulan 18 hari, ibu ada pengujian sistem dengan mesyuarat kat Putrajaya. Suleyman dengan tok, ibu titipkan dekat rumah Pak Ndak, Putrajaya.

Macam biasa, bila ibu sampai balik.. tok akan mula bercerita macam2 kelaku Suleyman sepanjang ibu takdak pi keja. Cuma cerita petang tu ibu rasa terharu sangat. Tok cakap, tadi bukak tv Alhijrah ada keluaq gambaq kaabah orang tawaf.. Pastu Suleyman cakap.. "tula.. Ibu nak bawak Suleyman pi Haji"

Subhanallah Suleyman....

Tok hadiahkan ibu dengan abi 20k utk pi umrah sebagai hadiah kawen. Ibu dengan abi rancang nak bawak Sulyman sekali bulan Februari 2024 tapi kita rancang, Perancangan Allah yang paling tepat, Alah belum izinkan. Semoga kita semua dapat jadi tetamu Allah bersama-sama kelak, InsyaAllah.

Ibu Sayang Suleyman... 

Allah paling sayang Suleyman :)

Saturday, September 21, 2024

Buah Hati Ibu 2

Suleyman 2 tahun 3 bulan, kita diuji dengan demam 2 minggu. Ibu demam dulu, kahak tebal, kepala sakit, badan.. sat rasa panas, sat rasa sejuk, Suleyman pon demam.. kita pi kecemasan hospital sama2 dua2 refer doktor, tokwan hantaq kita pi hospital.. dalam waktu tu suleyman dapat kelaku baru.. merengek tak henti2 sampai dekat sejam baru selesai.

Tapi di sebalik semua yang berjela2 yang ibu sebut tu.. ada satu moment yang sangat sangat terkesan dalam untuk ibu. Salah satu malam tu ibu rasa tak kuat, batuk kahak, sakit dua2 rusuk, ibu peluk suleyman kuat kuat. pastu tengah pagi tu dalam pukul 2 suleyman terjaga, ibu pon terjaga sama. Mata suleyman tepat pandang ibu, suleyman panggil... ibu :) ibu :) dengan senyuman yang sangat manis, suleyman cium pipi ibu, cium muka ibu banyak kali.. sekejap2 cium, pastu senyum, pastu panggil lagi, ibu:) senyum.. cium lagi.. banyakk kali.. ya Allah perasaan yang tak tertulis kat sini.

Satu hari nanti Suleyman akan baca, ketahuilah yang ibu bersyukur sangat2 pada Allah. terima kasih suleyman atas pengorbanan suleyman, sabar suleyman, semua kebaikan suleyman pada ibu, tok dan tokwan sepanjang suleyman membesar.

Ibu minta maaf atas semua kekurangan ibu pada keluarga kecil kita ya Suleyman. Semoga Allah satukan semula kita semua dalam redhoNya.. Aamiin..

Friday, September 20, 2024

Buah Hati Ibu 1

Satu hari, Suleyman umur 2 tahun. Selesai tekap bunga semperit, ibu pon main gentel tepung lebihan tu dengan Suleyman. Buat bentuk kereta, bentuk kapal terbang, bentuk ikan...

Ibu main-main tepung tu pakai acuan, tolaktepung  ke hujung.. POKK tepung jatuh dalam besen!

Suleyman terus terhibur! gelak kat ibu. Sambil cakap,

"Lawak la ibu ni..."

Ya Allah Suleyman.. bila keluar statement tu dari mulut Suleyman, ibu kagum sungguh dengan amanah Allah pada ibu ni tau.. comel sangat.. tok yang dengar pon tergelak dengan apa yang suleyman cakap, unexpected. Agaknya ibu suka sebut "Lawak la Suleyman ni.." haha comel sangat Suleyman.


Sekarang, Suleyman dah pandai minta susu ibu.. tapi ibu syarat, kena baca Bismillah dulu.. Suleyman akan sebut "yahh maaa yiinn" bismillah -yahh.. hirrohma-maaa.. nirrohim-yiinn... ibu betulkan jadi yiimm.. comel subhanallah.. semoga soleh ibu ni kuat hafalan quran 30 juzuk, Aamiin..



Monday, July 1, 2024

Utusan Cinta Buat Suleyman 33

 Anak soleh ibu, Suleyman,

Jangan pernah isi dunia menjadi pengukur kepuasan hatimu sayang,

Jangan sesekali... 

Cukuplah Allah,

Cukuplah nikmatnya rasa syukur,

Saat dahi bersujud menghadapkan hati sepenuhnya pada Dia.


Dunia sangat sementara.

Semoga kita jumpa dan berbahagia dalam syurga sayangku.




Tuesday, June 18, 2024

Utusan Cinta Buat Suleyman 32

 Anak soleh ibu, Suleyman,

2 tahun 18 hari,

Engkau tercipta sangat comel dan menghiburkan sayangku,

Allah bagi nikmat yang tak pernah ibu terbayang,

Senyum yang manisnya menghidupkan rasa,

Suara yang comelnya menguatkan jiwa,

Sentuhan yang hangatnya menyembuhkan luka,

Pandangan yang redupnya melapangkan fikir,

Nikmat yang tak terbayang,

Nikmat Tuhan yang mana yang Engkau dustakan.


Maaf sayangku, atas semua kekurangan ibu,

Baik Ilmu, Baik percakapan, Baik perilaku,

Ibu cuba sehabis baik, 

Moga Allah redha dengan hidup kita sayangku..


Utusan Cinta Buat Suleyman 31

Anak soleh ibu Suleyman,

Kita dicipta sebagai manusia

Khalifah atas muka bumi


Jangan terlalu larut dengan perasaan,

Terutama bila ada orang buat kesalahan kat Suleyman,

Menghukum teruk malah kesalahan itu dicanang-canang lantang tepat depan hidung dia,

Ibaratnya.. orang cuma terlanggar bahu,

Tapi Suleyman nak hukum dia gantung sampai mati.

Perumpamaan yang sinis tapi realiti yang tak seronok didengar. 


Bila kata Khalifah, 

Timbang pakai aqal, Seimbang emosi elok2, Balik pada Allah,

Jangan buat kesalahan yang ibu pernah buat, 

Takkan pernah terlambat untuk berubah jadi baik.


Ibu tahu, Suleyman mampu lebih baik seribu kali daripada ibu,

Ibu doa sayang ibu sentiasa Allah bimbing, Allah pelihara dunia akhirat.

Aamiin....<3

Tuesday, June 11, 2024

Utusan Cinta Buat Suleyman 30

Anak soleh ibu Suleyman,

Maneh-maneh ibu ni, 

Baik-baik ibu, 

Cerdik ibu ni, 

Dunia akhirat ibu,

My strong little man. 


Ibu sayang Suleyman <3

Allah paling sayang Suleyman


Dalam apa keadaan sekalipun, 

Tetapkan sujudmu berjiwa hamba

Genggam kuat tali Allah, sayangku

Jangan takut berlari dan tersungkur, 

Jangan takut terbang dan terhempas, 

Yakin dengan apa yang Allah susun untukmu.


Doa ibu, Suleyman dipelihara Allah dunia akhirat, Aamiin <3



Monday, June 10, 2024

Utusan Cinta Buat Suleyman 29

 Anak soleh ibu Suleyman,

Jika rasa sakit, MAAFKAN, pasti Allah sembuhkan sayang ibu ni

Jika rasa teraniaya, MAAFKAN, Allah ada sebagai pelindungmu, sayang... 

Sandarkan rasa tu hanya pada Allah, 

Kata lawan untuk maaf, dendam

DENDAM adalah penghancur iman dan aman dalam hatimu sayangku.... 

Jauhilah, hancurkanlah rasa itu jika bertandang dalam hati, 

kena TEGAS Maafkan ya :)


Tetaplah kekal manis, kuat, baik, cerdik, soleh

Moga kita bertemu di syurga nanti


Doa ibu, Allah bimbing, Allah pelihara sayang ibu dunia akhirat, Aamiin..

Friday, June 7, 2024

Utusan Cinta Buat Suleyman 28

Anak soleh ibu, Suleyman,

Memberi akan melapangkan rezekimu sayang,

Kesediaan untuk memberi, saat tak berapa nak ada, 

Paling menduga betapa cintanya Suleyman pada isinya dunia,


Sayang ibu,

Beri lah tanpa mengharap balasan manusia.

Jangan rasa besaq diri ketika memberi, 

Yang Suleyman beri tu pun, semuanya milik Allah

Allah yang akan balas dengan pelbagai keajaiban tak terduga.


Kembalikan niat hanya kerana Allah.


Kalau pula Suleyman memberi hanya untuk menonjolkan diri,

Bahawa diri tu baik,

Sia-sia sayangku,

Nanti datang pulak ujian berat, iaitu sifat mengungkit-ungkit kebaikan,

Moga Allah lindung sayang ibu daripada sifat yang merosakkan.

Moga Allah hiasi Suleyman dengan sifat pemurah yang asli,

Sebagaimana indahnya nama Suleyman, Raja Yang Pemurah.



Monday, April 15, 2024

Utusan Cinta Buat Suleyman 27

 Anak soleh ibu, Suleyman,


Setahun 10 bulan 2 minggu, 

Lagi sebulan setengah Suleyman 2 tahun,

Ibu tekad untuk berhenti rutin pulang tengahari,

Ibu yakin ada kebaikan di dalamnya ya sayang ibu.


Walaupun setelah sekian waktu ibu pi keja dengan senyuman,

Pagi ni ada tangisan Suleyman yang iring ibu,

Tapi kali ni dengan panggilan "ibu.. ibu.."

Luluh hati ibu sayangku,


Apa yang ibu mampu jerit kuat2 dari atas moto,

"Kita berkorban sama-sama tau Suleyman!

Ibu sayang Suleyman!

Allah paling sayang Suleyman!"


Ibu tahu, sayang ibu ni kuat,

Hamba Allah yang kuat iman, kuat taqwa,

Ibu doakan sekuat iman dan taqwanya Rasulullah,

Membesarlah jadi hamba Allah yang soleh, 

Yang bergantung kuat pada Allah.



Jalanilah kehidupan sebagaimana yang Allah suka ya <3

Tuesday, March 26, 2024

Ramadhan 1445H

Coretan sederhana, Petang Ramadhan 4.29 pm


Semoga Ramadhan membawa keajaiban, 

menyembuhkan,

menghidupkan


Semoga Ramadhan membawa keajaiban, 

melembutkan,

memuliakan


Semoga Ramadhan membawa keajaiban, 

melunakkan,

melapangkan


Harapan,

selayaknya pada Yang Maha Agong <3

Sunday, March 17, 2024

Buah Hati Ibu

Semalam, puasa kelima 1445H


Ibu coretkan tulisan ini khas buat Suleyman, yang sekarang setaun sembilan bulan 16 hari. Cuaca sekarang panas, tapi buat pertama kalinya sejak 1 Ramadhan, petang asar semalam hujan turun renyai. Suasana tu sangat sayu. Ibu solat sambil Suleyman kat sebelah main seronok-seronok duduk-duduk atas bantal gajah bentuk U tu, dengan bantal matahari, dengan mainan bersepah :) dalam tadahan doa, ibu tak sengaja menitiskan air mata depan Suleyman, namun indahnya perasaan ibu ya Allah, bila Suleyman pandang tepat pada ibu, terus raut wajah ceria Suleyman bertukar sayu ibarat sangat-sangat memahami dan terus Suleyman peluk ibu tanpa dipinta. Subhanallah..


Allah kurniakan ibu amanah dan anugerah paling indah untuk ibu syukuri. Alhamdulillah.. Nikmat Tuhan yang mana yang engkau dustakan. Ibu mohon maaf atas segala kekurangan ibu hari ini, hari semalam, bahkan hari esok. Juga segala kekurangan ibu dalam perkataan, perbuatan, dan semua yang Suleyman terima daripada ibu sepanjang kehidupan. Ibu berusaha yang terbaik, moga Allah redha dengan hidup kita. Moga kita semua berjumpa di syurga, Aamiin..


Buah hati ibu,

Ibu Sayang Suleyman <3


Utusan Cinta Buat Suleyman 26

 Anak soleh ibu Suleyman,


Bukan satu matlamat hidup,

Untuk menyempurnakan Persepsi orang padamu, 


Tak kurang yang memandangmu terlalu tinggi,

macam LANGIT ketujuh

Ramai juga yang memandangmu terlalu rendah,

macam LUMPUR najis


Bila terlalu tinggi persepsi orang, hati-hati terlambung ego,

Bila terlalu rendah persepsi orang, hati-hati terhanyut murung,

Asasnya, Suleyman berpegang pada kesederhanaan ya, 

Kadang, bukan persepsi orang, diri kita sendiri pon,

Terasa tinggi,

Teras hina,

Tanpa sesiapa memberi persepsi,

Sentiasa bawak semula dirimu di tengah-tengah,

Supaya lapang kautemukan.


Satu soalan jika Suleyman tanya ibu,

Macamana nak buang, asyik fikir apa orang fikir tentang kita,

Jawapannya mudah, letakkan Allah paling tinggi,

Kembalikan semua pada Allah, 

Mulia disisi Allah paling utama, 

Bukan mulia disisi manusia Suleyman nak damba


Apa pun, Jangan terlalu tegas dan keras dengan diri sendiri,

Perjalanan itu suatu proses sayangku,

Bila 'terlupa, terhanyut sekejap', 

Kembali pada Allah

Sentiasa kembali pada Allah


Hidup kita asasnya ibadah pada ALLAH,

Bukan ibadah menyempurnakan persepsi orang sebelah menyebelah


Jangan sesekali semangatmu terbunuh... oleh hanya seorang dua atau seribu manusia,

Allah ada sayangku.. Bersandar kuat pada kebesaranNya, setiap kali semangatmu merapuh...


Jangan pula mendabik dada membunuh semangat orang lain... oleh hanya pendirian duniawimu, 

Allah ada sayangku.. Maha Melihat setiap tingkahmu...

 

Pegang kuat,

Redha Allah setiap saat ❤️

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...