Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera :)

Monday, November 11, 2024

Buah Hati Ibu 4

Suleyman 2 tahun 5 bulan 10 hari, bangun awal pagi, mandi siap2 dengan ibu pastu Suleyman nak ikut pi pejabat. Tok terus umpan Suleyman dengan aiskrim. 

Ibu marah pagi tu Suleyman. Pagi2 dah nak bagi makan aiskrim, pastu stok aiskrim hari-hari ada dalam peti sejuk. Takkan Suleyman hari-hari nak makan aiskrim kot. Macam biasa, tok akan marah ibu balik, cakap "mak dah bela 3 tahun.." itu ayat yang sangat mengguris hati ibu. Ibu terpaksa tinggalkan Suleyman bawah jagaan tok sebab ibu terpaksa cari nafkah. Bukan seronok-seronok nak tinggal Suleyman keluar kerja. Ibu tahu, dua2 pihak terguris. Tapi apa dayanya, ibu pun kadang-kadang tak kuat bersabar.

Tapi yang paling sedih, time salam tu, ibu suruh baca Al-Fatihah.. Suelyman baca sampai habis (dengan loghat2 yg comel tu).. pastu pulak bila ibu masuk kereta, Suleyman dah kat depan pintu lambai ibu, bersungguh-sungguh Suleyman lambai.. "Babai... babai ibu... babai... ti kite jumpe tauu".. Ibu sangat tersentuh tapi dalam masa sama, perasaan dah bercampur dengan macam2 rasa. Ibu lambai balik kat Suleyman.. pastu ibu terus pacu kereta.

Tengah jalan, ibu patah balik sebab dah tak hujan, nak balik amek moto, bawak moto supaya tak lewat masuk ofis. Bila ibu sampai balik, Suleyman dah ada kat meja makan dengan tok dan tokwan. Pastu tok cerita, rupanya dari berdiri depan pintu tu, Suleyman suruh tok angkat tinggi2 Suleyman nak babai ibu, tapi ibu tak kalih dah dari dalam kereta.  

Pastu ibu terus cakap "Ibu marah laaa.. takkan hari-hari nak makan aiskrim!" sambil ibu ambil mask kat surau. Tapi Suleyman time tu dah merajuk, Letak tangan dua-dua kat belakang. keras je.. tapi ibu keraskan lagi.."ha, marah ibu ka..semua benda nak marah.. ibu ni tak boleh marah?" bila Suleyman duk keras lagi.. ibu tone down.. ibu mntak sikit nak makan ikan bilis Suleyman.. Suleyman bagi ;) last2 ibu pun berangkat pi kerja dengan tenang, Suleyman lambai ibu lagi sekali.. 

Terima kasih Suleyman. Ibu tahu Suleyman orang yang berhati lembut dan sangat baik, tapi dalam masa yang sama, Suleyman sangat keras dan degil macam ibu. Semoga Suleyman membesar dengan bijak menyeimbangkan kelebihan dan kekurangan yang ada dalam diri. 

Macam yang terjadi harini, Semua orang ada emosi masing-masing. Andai kerana sesaat emosi yang tergelincir, jangan lah menghukum dan berdendam selama baki kehidupan di hadapan nanti. Bertimbang rasa dan maafkanlah sayangku. Memang adat berselisih paham ni akan ada perkataan taik yang akan keluar dan boleh ingat sampai mati. Tapi jika nak dibandingkan dengan nikmat Allah bagi, nikmat kasih sayang yang lebih berlipat ganda dari tu, maafkan saja.. 

Orang kata, mana boleh lupa, sampai mati boleh teringat. Memang pon. Tapi, setiap kali teringat, maafkan.. teringat lagi, maafkan lagi, teringat lagi.. maafkan lagi.. Biar banyak kali maafkan supaya hati kita lapang dan ringan. Tak berat dengan dendam dan kesakitan.

Jika diri sendiri terbuat salah, mintak maaf kat orang dan maafkan diri sendiri jugak :)

Suleyman orang yang baik, anak yang soleh, kelak, suami yang soleh, bapa yang soleh. Ibu doa, Allah bimbing, Allah pelihara sayang ibu dunia akhirat.

Ibu sayang Suleyman, Allah paling sayang Suleyman <3


0 ● genius ●:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...