Anak soleh ibu Suleyman,
Suatu hari ketika Suleyman 9 bulan,
Suleyman telah mampu berdiri menyentuh pintu lipat rumah tokwan, pintu paling depan.
Saat itu ibu berpergian untuk bekerja, melambai Suleyman untuk pergi
Suleyman berdiri gagah dan mengeluarkan tangan kanan ke luar celahan pintu yang ditutup separuh, cuba menggapai ibu, comel sangat <3
Perasaan ibu luluh sayangku
Ibu terus melambai dan pergi
Ketahuilah, kemudian itu ibu kesal kerana tidak menggenggam tangan kecintaan ibu ketika Suleyman gamit penuh cinta dan rindu.. Cuma seminit dua.. tapi ibu langsung pergi..
Dalam perjalanan pergi.. ibu titipkan doa supaya Allah lindung Suleyman ibu, dunia dan akhirat, ibu perlu berlembut dengan takdir, ibu buang kekesalan tu.. Allah yang paling sayang Suleyman,
Ibu sayang Suleyman <3
0 ● genius ●:
Post a Comment