Anak soleh ibu Suleyman,
Telahpun diangkat pena-pena,
Dakwat juga telah kering,
Takdirmu itu adalah pengajaran hari semalam, jawapan hari ini, dan rahsia hari esok
Pada sela waktu, sentiasa Suleyman akan berdepan dengan pilihan demi pilihan.
Sering, kecantikan takdir Allah disalah erti sebagai telah membuat pilihan salah
Anak soleh ibu, selagimana Suleyman penuhi hak Allah, istikarah Suleyman mendekat dengan Allah dan pilihan yang diambil ada tenang meskipun fitrahnya musibah di mata manusia, tetaplah bergantung kepada Allah. Bersangka baik dengan Allah.
Ada pahala didalamnya. Jangan menoleh ke belakang dengan kecewa. Jangan. Tapi, tolehlah dengan senyuman kerana di depan Suleyman nanti ada nikmat yang menanti, Rahsia Allah.
Stay Strong My Son, ibu love you so much <3
0 ● genius ●:
Post a Comment