Anak soleh ibu Suleyman
Ada banyak simpang dan babak hidup nanti, Suleyman akan bertemu pelbagai jenis manusia
Besederhanalah mengangumi sikap dan pemikiran manusia lain
Kadang manusia melangit dan berbunga dalam berbahasa,
Cukup sekadar mengambil maklum, dan mengambil tahu, bukan mengagumi setingginya dan bukan obses memuja kesempurnaan yang digambarkan
Kerana tak sedikit makhluk yang hidup dalam kepuraan,
Musang berbulu ayam
Manusia bertopengkan syaitan
Muhasabah selalu agar tidak pula kita seumpama itu yer Suleyman :)
Kata ibu ini bukanlah melantunkan bahawa ibu didik Suleyman untuk menghukum penuh prasangka.. tidak begitu yer anakku sayang
Tetaplah bersangka baik.. terutama kepada Allah. Sekadar peringatan untuk pedoman anak soleh ibu, bekalan panduan untuk kehidupan yang sederhana dan tenang
Ibu sayang Suleyman <3