Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera :)

Thursday, December 7, 2023

Utusan Cinta Buat Suleyman 25

Anak soleh ibu Suleyman,

Jika ada sesuatu perkara dunia yang Suleyman rasa kurang, 

Tak semacam yang Suleyman impikan,

Terbanding orang sekeliling,

Pandanglah ke sisi lain,

Sisi di mana orang keliling Suleyman pandang apa yang Suleyman 'ada',

Mereka yang lebih 'kurang' mendapatkan apa yang Suleyman miliki sekarang.


Sayangku, 

Kita manusia memang sesaat dua akan sentiasa ter uji berulang kali,

Merasa kekurangan,

Kerana sifat SYUKUR, sifat SABAR itu... sifat orang beriman.

Jangan mengaku beriman jika tidak diuji.


Bendanya berulang-ulang, tapi itu yang selalu kita rasa,

Rasa tak cukup, Rasa kurang, Rasa apa yang kita nak.. tak dapat,


Perbanyakkan SYUKURmu sayangku, 

Hidupkan syukur setiap kali merasa kekurangan.

Berulang-ulang kali.. setiap kali..


Kenangkan nikmat syurga yang tidak terbayang itu,

Apalah adanya kekurangan yang sedikit yang terlintas di fikirmu.


Ibu sayang Suleyman,

Allah paling sayang Suleyman ibu ni <3



***

Satu hari ibu solat maghrib tahiyat awal, Suleyman dalam setahun lebih dah boleh lari anak, Suleyman lari keliling ibu, pastu stop, cium pipi kiri ibu.. suleyman lari keliling ibu semula, stop, cium pipi kiri ibu.. ulang kali Suleyman buat.. Allahu.. bukan pipi ibu sahaja yang tersentuh tapi seluruh perasaan. Allah yang paling tahu betapa syukurnya ibu dengan nikmat amanah comel debum debum yang Allah beri pada ibu ni.. tak khusyuk 😅 tapi ibu nak cerita jugak supaya Suleyman boleh baca satu hari nanti..

Ada satu pagi, umur suleyman setaun setengah, 18 bulan.. ibu sayang peluk, sayang peluk, usap dahi Suleyman beberapa kali bagitau ibu nak pi kerja. Tiba-tiba Suleyman balas balik nak cium pipi dahi.. Terus satu hari sepanjang hari ibu rasa terbang di awan.. chewah... haha suci nya perasaan yang ibu rasa tu.. Sebelum ni ibu hanyut, hilang rasa syukur, hilang diri sendiri, terlambung bayang-bayang sendiri,  sampai ibu sendiri tak kenal diri sendiri.. tak semua boleh terima keadaan ibu.. Ibu berserah pada Allah, cari rawatan yang terbaik.. Dekat dengan Al-quran.. Sesungguhnya Allah Maha Baik, Dia susun hidup kita Suleyman. Ibu yakin, Allah dah susun yang paling best untuk keluarga kecil kita. Kita doa banyak2.

Serah pada Allah. 



Tuesday, October 10, 2023

Utusan Cinta Buat Suleyman 24

 Anak soleh ibu Suleyman,

Yang Suleyman rasa Allah ambil sesuatu dari kita

Sebenarnya Dia ambil balik sesuatu yang Dia pinjamkan 

Bila-bila masa Dia boleh bagi balik

Bila-bila masa Dia boleh cabut


Dia, Allah Yang Maha Tahu

Apa yang kita perlu sayangku

Di mata manusia mungkin kekurangan

Tetapi di sisi Allah itulah yang terbaik



***


Suleyman masa setahun 4 bulan seminggu, Suleyman sukaaa sangat tolong ibu buat pokok kat rumah tokwan tau, dengan kasut croc paklong bagi, toktek toktek jalan celah2 pasu yang ibu selerak kan.. dengan tangan tercalar kena duri relax ja.. tak nanges pon, jatuh sikit2 bangun balik ooo tak merengek.. that was really a blessing untuk ibu nikmati pemandangan tu.. indahh sangat Suleyman. Semoga Allah pelihara anak ibu comel2 ni.. esok2 dah ensem2 pulak remaja, dewasa.. taktau ibu sempat tak, nak tengok. Ingat tau, apa2 pon, Allah nombor satu

Friday, September 29, 2023

Utusan Cinta Buat Suleyman 23

Anak soleh ibu Suleyman

Sayang ibu, jika ikut resmi padi, 

Kian berisi kian menunduk,

Usahlah menunduk hanya pada duniawi yang Suleyman kagumi,

Menunduk lah sejatinya kepada Allah cuma,

Memaafkan itu sukar jika hatimu terjulang tinggi meski dahi bersujud ke bumi.

Taatlah bersolat sayangku, 

Sujudlah kepada Allah dengan menghadapkan hati serendahnya kepada Allah.

Moga jalan hidupmu yang sukar pada pandangan manusia,

Dimudahkan Allah,

Tenang dan Lapang

Carilah Allah

Yakinlah.. dengan keajaiban-keajaiban yang bentuknya hanya Allah MahaTahu.



***


Harini ibu masih di pejabat, waktu sekarang, kat rumah tokwan tengah sibuk semua prepare BBQ untuk malam ni, ramai ada kat rumah sebab semalam sambutan maulidur rasul


Video call WahatsApp dengan Suleyman sekejap tadi sangatlah manis, Sayang ibu ni tengah main beberapa biji bawang, Rajin tuu tolong kat dapoq.. Comel <3


Moga Allah sentiasa bimbing dan pelihara sayang ibu dunia akhirat, Aamiin..  

Monday, September 18, 2023

Utusan Cinta Buat Suleyman 22

Anak soleh ibu Suleyman,


Ada air mata yang bergenang 

Bila ibu cuma keluar kereta untuk beli makanan bungkus :)


Suleyman setahun, 3 bulan 16 hari

Ibu terpikir, dalamnya cinta Suleyman kat ibu

Jiwa yang telalu bersih

Mengalir airmata cuma dengan peninggalan sekejap


Perasaan memerlukan itu sangat menyentuh Suleyman

Perasaan diperlukan itu sangat mengharukan ibu

Ke depan nanti Suleyman akan membesar jadi hamba Allah yang dewasa


Peninggalan sekejap bukan lagi sesuatu untuk ditangisi

Kerana kita ada pertemuan abadi di sana nanti

Ibu doakan Allah sentiasa pelihara anak ibu

Membesar sebagai hamba Allah yang bersyukur dan taat padaNya


Perasaan apapun yang dirasai Suleyman kelak

Usah sedikitpun mematahkan istiqamah Suleyman sujud pada Dia

Sentiasa, kembali pada Allah.

 

Sunday, September 3, 2023

Utusan Cinta Buat Suleyman 21

 Anak soleh ibu Suleyman,

Tenang

Adalah sedar dan syukur

Bahawa Allah telah meletakkan Suleyman

Di tempat yang TERBAIK,

pada saat yang terbaik.


Buang semua ragu

Tarik nafas dan tegakkan tubuhmu 

dalam kerendahan hati sebagai seorang hamba


Saturday, September 2, 2023

Utusan Cinta Buat Suleyman 20

 Anak soleh ibu Suleyman

Tak semua keadaan menempatkan kita dalam keadaan waras


Ada waktunya kita teramat lupa dan maha pentingkan diri sendiri, tak sedar tersasar dari landasan baik


Sempit dan terhimpit


Bertandanglah ke rumah Allah jika Suleyman dah lama tak kunjung


Seberat manapun langkahmu sayang ibu, Bersujudlah dan cari pimpinan Allah


Pasti tenang, Pasti lapang

Biarpun tersasarnya berkali-kali..

Sejuta barangkali


Rasa kerdil di hadapan Allah itu baik,

Tapi rasa tidak akan diampuni oleh Allah itu salah, sayangku..

Teguhkan yakinmu yang Allah Maha Pengampun, Allah Yang Paling Sayang Suleyman <3


Tunduk sujud pada Dia

Mohon Keampunan Dia

Dia Yang Maha Sempurna


Doa ibu sentiasa mengiringi langkahmu sayangku

Tapi ibu juga manusia yang berbuat salah

Minta pada Dia.


Tinggikan Allah setingi-tingginya paling tinggi.


Friday, September 1, 2023

Utusan Cinta Buat Suleyman 19

 Anak soleh ibu Suleyman

Kesihatan bukan semata-mata apa yang kita makan dan senaman fizikal


Peliharalah pa yang masuk ke dalam tubuh, baik melalui pendengaran, percakapan, pemikiran malahan penglihatan


Jauhi yang Haram, pelihara kesucian sumber rezeki, pelihara kesihatan tubuh Suleyman, pasangan, anak-anak dan ahli keluarga dengan sumber rezeki bersih


Iya, manusia tak mungkin sempurna ayang, mana mungkin sempurna, tapi tegaslah dalam pendirian menjauhi yang Allah larang


Yang mana Allah suka ya, Suleyman :)

Thursday, August 31, 2023

Utusan Cinta Buat Suleyman 18

Anak soleh ibu Suleyman

Ada banyak simpang dan babak hidup nanti, Suleyman akan bertemu pelbagai jenis manusia


Besederhanalah mengangumi sikap dan pemikiran manusia lain

Kadang manusia melangit dan berbunga dalam berbahasa,

Cukup sekadar mengambil maklum, dan mengambil tahu, bukan mengagumi setingginya dan bukan obses memuja  kesempurnaan yang digambarkan


Kerana tak sedikit makhluk yang hidup dalam kepuraan,

Musang berbulu ayam

Manusia bertopengkan syaitan


Muhasabah selalu agar tidak pula kita seumpama itu yer Suleyman :)


Kata ibu ini bukanlah melantunkan bahawa ibu didik Suleyman untuk menghukum penuh prasangka.. tidak begitu yer anakku sayang


Tetaplah bersangka baik.. terutama kepada Allah. Sekadar peringatan untuk pedoman anak soleh ibu, bekalan panduan untuk kehidupan yang sederhana dan tenang


Ibu sayang Suleyman <3

Wednesday, August 30, 2023

Utusan Cinta Buat Suleyman 17

Anak soleh ibu Suleyman


Puji dan puja manusia padamu,

Akan fitrahnya sangat menyenangkan perasaan


Belajarlah besederhana dalam breaksi,

Tenang dan menyenangkan


Kembalikan segala puji pada Allah

Ucap Alhamdulillah di bibir

Istighfar dalam hati ya,

Setiap kali dihadiahkan pujian manusia,

Pulangkan kekaguman nya kepada Allah cuma


<3

Tuesday, August 29, 2023

Utusan Cinta Buat Suleyman 16

Anak soleh ibu Suleyman,

Pemurahlah dengan kasih sayang


Kepada semua makhluk

Tiada tingkatan darjat, kasta harta mahupun rupa sempurna

Haiwan malah tumbuhan


Berperilaku lah dengan mulia

Penuh kemanusiaan

Penuh kasih sayang


Sifirnya mudah

Beri... Sebagaimana yang Suleyman suka untuk terima perkara sama, bukan asyik bertanya, apa balasan Suleyman dapat


Sebab


Allah yang akan balas,

Cari nilai ikhlas dan pegang kuat-kuat


Love, and Empathy


<3 Ibu Sayang Suleyman

Monday, August 28, 2023

Utusan Cinta Buat Suleyman 15

Anak soleh ibu Suleyman, 

Telahpun diangkat pena-pena,

Dakwat juga telah kering,


Takdirmu itu adalah pengajaran hari semalam, jawapan hari ini, dan rahsia hari esok


Pada sela waktu, sentiasa Suleyman akan berdepan dengan pilihan demi pilihan.


Sering, kecantikan takdir Allah disalah erti sebagai telah membuat pilihan salah


Anak soleh ibu, selagimana Suleyman penuhi hak Allah, istikarah Suleyman mendekat dengan Allah dan pilihan yang diambil ada tenang meskipun fitrahnya musibah di mata manusia, tetaplah bergantung kepada Allah. Bersangka baik dengan Allah. 


Ada pahala didalamnya. Jangan menoleh ke belakang dengan kecewa. Jangan. Tapi, tolehlah dengan senyuman kerana di depan Suleyman nanti ada nikmat yang menanti, Rahsia Allah.


Stay Strong My Son, ibu love you so much <3



Sunday, August 27, 2023

Utusan Cinta Buat Suleyman 14

Anak soleh ibu Suleyman,

Allah itu Maha Adil


KeadilanNya mengatasi segala yang dilangit dan dibumi


Jalankanlah keadilan semampu-mu, kembalikan segala tindakan kepada Dia cuma

Saturday, August 26, 2023

Utusan Cinta Buat Suleyman 13

Anak soleh ibu Suleyman,

MARUAH berganding rapat dengan kehormatan diri, 

Ketinggian Akhlakmu akan meninggikan ia.


EGO berganding rapat dengan kesombongan diri,

Jauhmu dari tunduk pada Allah akan meninggikan ia.


Bezakan lah dengan baik, saat ketika Suleyman rasa diri menjunjung MARUAH atau menjunjung EGO dalam keadaan yang memerlukan Suleyman buat keputusan.


Bergantung kuatlah pada Allah.

Friday, August 25, 2023

Utusan Cinta Buat Suleyman 12

Anak soleh ibu Suleyman,

Ada saatnya sayang ibu ni mungkin terlupa untuk melekuk kan lesung pipit kananmu sayangku


Pandanglah cermin, berlembutlah dengan dirimu sendiri


Senyumlah dan lihat kebesaran Allah pada dirimu yang tercipta sempurna tanpa cacat cela,


Manis ibu ni...

Terlalu banyak nikmat Allah bagi dekat Suleyman,

Bersyukurlah sayang ibu yer,


Jangan sesekali kesalkan apa yang Allah tak izinkan jadi milikmu, atau menjadi seperti kemahuanmu.

Allah tahu apa yang Suleyman perlu.


Ibu sayang Suleyman

Allah paling sayang Suleyman

Thursday, August 24, 2023

Utusan Cinta Buat Suleyman 11

Anak soleh ibu Suleyman, 

Sabar itu tiada batas, kerana syurga sangat mahal


Andai tersakiti oleh manusia

Jangan dipandang sakit dari manusia itu, sakit itu hakikatnya disampaikan langsung dari Allah untukmu sayang ibu.. melalui hambaNya.


Pujuklah dirimu untuk redho,

Kerana ada waktunya kita lemah sebagai manusia,

Tetaplah istiqamah, berlembut dengan dirimu sendiri sayangku.


Carilah Allah  <3

Wednesday, August 23, 2023

Utusan Cinta Buat Suleyman 10

Anak soleh ibu Suleyman,

Allah akan kirimkan pasangan hidup untuk sayang ibu ni satu hari nanti


Pasangan yang hakiki adalah yang diizinkan lafadz akad


Akad itu adalah keinginanmu sendiri untuk melafadzkan


Usahlah anak ibu mengimpikan yang lain setelah itu, terutama yang Haram


Kelak hancur musnah hidup keluarga yang Suleyman kemudikan


Ibu doakan Allah bimbing anak ibu sayang ni


Jadilah pemimpin sejati

Ada Allah yang paling tinggi.

Tuesday, August 22, 2023

Utusan Cinta Buat Suleyman 9

Anak soleh ibu Suleyman,

Diamlah daripada berkata buruk


Namun pastikan diam Suleyman tidak meracun manusia di sekeliling Suleyman nanti yer


Letakkanlah sesuatu sesuai pada tempatnya


Jadilah ADIL, berhikmah saat keadaan perlu berdiam atau perlu berkata-kata


Yang mana yang Allah suka ya, sayang ibu <3

Monday, August 21, 2023

Utusan Cinta Buat Suleyman 8

Anak soleh ibu Suleyman,

Suatu hari Suleyman 10 bulan 4 hari,

dah ada gigi sebatang sebelah kiri.


Suleyman selsema dan demam

Tangisan mengiringi ibu untuk pergi ke oifs


Ibu berserah kepada Allah

Allah yang paling sayang Suleyman


<3

Sunday, August 20, 2023

Utusan Cinta Buat Suleyman 7

Anak soleh ibu Suleyman,

Jika putih sutera kulitnya Suleyman cinta

Esok pasti kerepot


Jika comel wajahnya Suleyman puja

Esok pasti kendur


Jika molek tubuhnya Suleyman teramat ingin

Esok pasti tua


Agama, akhlaknya yang memang pasti

Menjadi peneman Suleyman hingga Syurga

Sentiasa remaja dan dewasa

Subur membaja, berbunga.


Lihatlah dengan mata hati Suleyman yang jernih

Pasti..

Sayang ibu ni, pasti temui PERMATA 


<3

Saturday, August 19, 2023

Utusan Cinta Buat Suleyman 6

Anak soleh ibu Suleyman,

13 Ramadhan, Suleyman 10 bulan 3 hari, Abi dan ibu berjaya dapatkan kereta idaman pertama, berdua


Alhamdulillah, Sesungguhnya Allah Maha Pemberi


<3

Friday, August 18, 2023

Utusan Cinta Buat Suleyman 5

Anak soleh ibu Suleyman,

Suatu hari ketika Suleyman 9 bulan,


Suleyman telah mampu berdiri menyentuh pintu lipat rumah tokwan, pintu paling depan.


Saat itu ibu berpergian untuk bekerja, melambai Suleyman untuk pergi


Suleyman berdiri gagah dan mengeluarkan tangan kanan ke luar celahan pintu yang ditutup separuh, cuba menggapai ibu, comel sangat <3


Perasaan ibu luluh sayangku

Ibu terus melambai dan pergi


Ketahuilah, kemudian itu ibu kesal kerana tidak menggenggam tangan kecintaan ibu ketika Suleyman gamit penuh cinta dan rindu.. Cuma seminit dua.. tapi ibu langsung pergi..


Dalam perjalanan pergi.. ibu titipkan doa supaya Allah lindung Suleyman ibu, dunia dan akhirat, ibu perlu berlembut dengan takdir, ibu buang kekesalan tu.. Allah yang paling sayang Suleyman,


Ibu sayang Suleyman <3

Thursday, August 17, 2023

Utusan Cinta Buat Suleyman 4

Anak soleh ibu Suleyman,

Terima kasih atas pengorbanan yang engkau lalui sayangku,

Dititipkan pada tok, yang sangat menyayangimu


Ibu mengerti, Suleyman bertarung perasaan hendakkan ibu disisi Suleyman


Ketahuilah bahawa ibu jua bertarung dengan perasaan

Melambai meninggalkan Suleyman sekejap, demi kelangsungan keluarga kita


Pencarian nafkah abi melebihi kecukupan, namun ada sebab untuk ibu terus bekerja, demi kita


Sayang ibu Suleyman, terima kasih atas pengorbananmu 


<3

Wednesday, August 16, 2023

Utusan Cinta Buat Suleyman 3

Anak soleh ibu Suleyman,

KUAT tak seharusnya selari dengan KERAS


Rahsia keKUATan jiwa yang asli adalah bagaimana Suleyman tetap berLEMBUT


Ianya sekuat mana Suleyman tetap berlembut tanpa sedikitpun mengurangi harga dirimu di sisi Allah, sayangku.


Jadilah engkau insan yang benar-benar kuat dari pancaran kelembutan akhlak


Mampu kuat memaafkan,

Penuh kelembutan dalam berkata-kata, tulus tanpa dendam


Mampu kuat menundukkan amarah diri, 

Diselimut lembut keindahan sabar, nyaman tanpa mudarat


Mampu kuat berdamai dengan gurauan takdir yang bukan hendakmu,

Setelah bertarung dengan ikhtiar, 

Apa yang Allah hendakkan itulah yang paling mulia untukmu sayangku.


Lembutmu bukan lemah

Kelembutan akhlakmu adalah kekuatan jiwa yang asli, teladan Rasulullah yang hakiki.


Ibu doakan sayang ibu KUAT iman, suci aqidah, indah akhlak seperti Rasulullah.

Aamiin.. <3


Tuesday, August 15, 2023

Utusan Cinta Buat Suleyman 2

Anak soleh ibu Suleyman,

Andaikan anak Adam

mempunyai dua lembah emas,


Pasti dia inginkan yang ketiga


Bersyukurlah anakku sayang

Sekiranya engkau bersyukur, 

Allah tambahkan nikmatNya.


Pelihara Taqwa,

Jalan rezekimu pasti datang dari arah tak terduga


<3

Monday, August 14, 2023

Utusan Cinta Buat Suleyman 1

Anak soleh ibu Suleyman,

Andai suatu waktu engkau keliru, 

Tenggelam dalam masa lalu,


Perlu melangkah ke depan


Sebelum itu, 

Ambil lah satu langkah ke belakang,

Menghadap masa lalu dengan berani,

Tegap dan tegak,

Lepaskan dahulu ikatan masa lalumu.


Setelah itu,

Dengan yakin dan Bismillah,

Melangkahlah ke depan meninggalkan 

apa-apa yang memberatkanmu dengan sepenuh kekuatan,

Minta maaflah dan Maafkanlah, warisi sifat Rasulullah

Usah dendam amarah, pewaris sifatnya Iblis.


Sesungguhnya peninggalan itu pasti membawa keberanian 

Yang Lebih Besar.


Kembali kepada Allah. <3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...