Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera :)

Friday, May 29, 2020

Benci


Alhamdulillah.. Aildilfitri baru saja menjelang, ikut kiraan, harini raya ke-6, Jumaat pertama bulan Syawal dan Jumaat ke-11 tiada solat Jumaat jemaah beramai-ramai di masjid bagi umat Islam di Malaysia atas sebab menjaga maslahat umum kerana virus Covid-19.

Buat yang berpuasa 6, selamat berpuasa
Yang semakin rajin membaca Al-Quran, tahniah.
Yang semakin kuat hatinya, moga istiqomah.
Tandanya Ramadhan bermakna pada kita apabila kesannya terbawa ke dalam kehidupan di bulan-bulan seterusnya. insyaAllah.

Dah seronok berhari raya, bermaaf-maafan. Benci pulak tajuknya :D

Ok. Jika kasih sayang dari hati, 
Mengapa benci juga dari hati yang sama. Unik kan, manusia?


Jika hati memilih untuk benci, tentu berat untuk memberi maaf. 
Buang lah jauh2 benci dan dendam atas sebab apa pun. Meski maruah yang diinjak-injak.

"Hang tak rasa, apa aku rasa.. Hang tak lalu apa yang aku lalui.."

Cukup-cukuplah merangkai ayat kosong macam ni. Ni bukan isu empathy. Ayat selfish macam ni cuma keluar untuk bagi warning, biarkan aku dengan dunia kebencian aku. Stay away!

Ok relaks dulu.



Ujian perasaan benci yang meluap-luap yang kamu rasa tu, eksklusif Allah bagi kat kamu, sebab kamu yang mampu tanggung. Sebab Allah sayang kamu. Dia uji. Dia nak bagi hadiah best-best setelah kamu berjaya lalui. Takkan kamu tak suka?

Bertarunglah kuat-kuat untuk buang rasa benci tu, let it go, supaya diri kamu terbebas. Keluarlah dari hidup dalam kenangan yang terlampau-lampau sakit tu. Lumatkan ego kamu. Jangan torture hati sendiri. Sakit tuu.

Beri maaf, bererti kamu dah lepaskan ikatan benci dan dendam dari hati kamu. Bukan untuk dia pun.
Untuk kamu.

Samalah..mintak maaf, sekalipun kamu 'tak salah', untuk ketenangan kamu sendiri, bukan untuk dia pun.
Untuk kamu.

All the best untuk terus kuat bertarung!



● ─ ● 
Bukan setakat kamu....Ingatan untuk aku jugak :)

Buat yang terbaca posting2 did daa did, ampun maaf andai ada penulisan yang mengguris hati v(",)


Thursday, May 28, 2020

Memanah

Masih berkaitan fokus.

Memanah.
Kita dah terbiasa untuk 'target' pada titik tengah. 'Fokus' pada titik tengah sahaja.


Tapi kehidupan tak 'plain' macam tu.

Sering kita hanya berfikir tentang 'target', maknanya kita selalu 'fokus' pada hasilnya sahaja, terlepas pandang untuk meletakkan tumpuan penuh pada proses dan perjalanan yang memerlukan dedikasi untuk menjadikan target sebagai realiti.

Ada ketikanya kita perlu fokus pada ruang sekeliling, dasar apa yang menegakkan papan target tersebut, try-n-error teknik yang tepat, adjust kekuatan minda dan genggaman tangan, serta banyak lagi aspek supaya dapat 'hit the target' melalui 'fokus' yang tepat.

Begitulah perjalanan hidup.

Sedang kita fokuskan usaha ke arah matlamat, tentu saja tidak sunyi dengan ujian yang tidak dijangka. Sekecil-kecil perkara pun boleh menyumbang kegundahan. Beware :P


Malah apabila matlamat tercapai, tetap perlu istiqomah dan ujian tetap ada. Terpulang pada kita untuk membingkaikan ujian itu sebagai pendorong atau penghalang :)



● ─ ● 
Memanah salah satu sukan sunnah selain berkuda dan berenang. 
Memanahlah dengan penuh bergaya dan tepat mengenai sasaran.
Kalau hati ni dah terpanah.. eh!

26 Mei 2020 to be postponed......
Serah sepenuhnya pada Dia <3
Lapang, tenang, bersyukur :)


Wednesday, May 27, 2020

Fokus vs Superior Checklist

Makin besar dan berat amanah yang kita perlu pikul, lindung, capai, cover, maka makin bersepah lah senarai to do list and to think as well.

Bila terlalu tepu, kadang-kadang member cuma cerita benda simple atau explain benda mudah, kita masih mintak ulang balik, nak hadam. Tak dinafikan makin menjadi-jadi kekerapan blurr macam tu. 

Kita makin hilang fokus. Mungkin jalan keluarnya, kita perlu reset sesuatu. Mungkin, superior checklist kita selama ni bukanlah solat.




Hebat didikan solat, beribu hikmahnya. Cuba kaji balik betapa cantiknya Allah susun waktu solat yang cukup dinamik, berhubung rapat dengan pergerakan alam. Tidak tetap masanya tetapi tepat pada kiraan semesta.

Jadi apa kaitan fokus?

Sungguh, patuh waktu solat akan mendidik jiwa hamba yang teratur dan terarah.
Fokus, bukan sesuatu yang statik atau tidak berubah, tetapi pada tepatnya pemusatan fikiran pada sesuatu perkara, pada masa yang tepat.

Fokus juga bukan bermakna pemikiran kita terbatas, tetapi tertumpu. Minda tetap bebas berimaginasi, bukan mengelamun dan blurr tak tentu arah. 

Boleh. Pelan-pelan. Jadikan solat sebagai superior checklist kita.




● ─ ● 
Nak capai istiqomah untuk insan biasa macam kita, memang bukan mudah, dan bukan juga mustahil. Seberapa saintifik pun perkaitan solat dengan duniawi kita dan tumpuan fikiran kita, tetaplah luruskan niat untuk bersungguh-sungguh mengharap redha Allah dalam apa jua tingkah kita.

Dah solat?






Wednesday, May 20, 2020

S.L.O.W.L.Y B.U.T S.U.R.E.L.Y





"Slowly but Surely"
Simple phrase
Wonderful voice
Keep repeating
Stronger feelings

Alhamdulillah..
InsyaAllah..



Monday, May 11, 2020

Rahsia




Rasa menyimpan rahsia
Seakan tidak tahu
apa-apa

Terdetik bahagia
Tak pasti sahihnya
Kerna debu-debu gusar
Bebas beterbangan
Kabur dan sesak

Mungkinkah 
Renyai titis tangisan awan
Menjernihkan segala kabut
Mensucikan segala niat.




● ─ ●  
Lama betui posting ni tersimpan bertahun kat draf. Rahsia sangat ni :D 
Sesungguhnya apa yang rahsia pada hari ini, akan menjadi bualan hari esok, 
Atau mungkin akan tertanam selamanya. 
Selagi kita melibatkan Allah dalam setiap urusan, insyaAllah kita akan jumpa hikmah demi hikmah





Sunday, May 3, 2020

Tak Pernah Terbayangkan

Suci sebuah hasrat
Dititip kajang maya bernota
Rahsia kehidupan
Rapi menyusun pengertian
Penanya keterbukaan
Tintanya kejujuran
Bahasanya tertegak keyakinan
Tegas tidak berganjak
Pada landasan ketentuan Tuhan
Dituju buat masa depan
Dari saudagar seberang lautan

Aneh
Tajamnya panah beracun
Sekadar boneka buatnya

Keras kerikil sempadan
Malah penguat tekadnya

Hentakan sang tukul panas
Telah mengimpal kekuatan niatnya

Asing pada aqal
Lapang pada fikiran
Memujuk rasa yang rajuk
Mengusap jiwa yang lesu
Perlahan-lahan menyelesakan
Meski kebingungan
Tak pernah terbayangkan

Pernah jiwa yang lesu ini kekok
Hanya pada sela saat
Terbawa-bawa coretan silam sendiri
Yang sering diperlaku asing
Setelah dirangkul janji yang erat
Lantas dilepas dan terhempas
Tanpa kata dan rasa
Berkali-kali
Tak pernah terbayangkan

Sela saat
Mungkin telah melukakan
Setulus anugerah rasa
Saudagar seberang lautan
Yang tulus penuh pengharapan
Namun ternyata
Tetap teguhnya memasak pendirian
Menitip bicara berhikmah
Mana mungkin terbanding
Oleh pedagang-pedagang asing di pasar taruhan
Sungguh saudagar istimewa
Tak pernah terbayangkan


Saat ini
Wahai jiwa
Selamilah makna syukur
Sedalam-dalam pengertian
Pengabdian seorang hamba

Yakinlah sekuatnya
Sesuatu yang tak pernah kau terbayangkan
Itulah Rahmat Tuhan
Jangan pernah lagi kaudustakan
Kerana kautahu kau sangat memerlukan
Sangat mencintai tanpa syarat duniawi

Kajang maya bernota hasrat
Terjemahkanlah
Menjadi kitab penuh keajaiban
Bersama mencari cinta Tuhan
Saling kuat bergandingan
Mencapai sempurna dalam ketidaksempurnaan
Suci..
Yang tak pernah terbayangkan

● ─ ●  
Coretan rasa, 2 bulan 2 hari :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...