Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera :)

Friday, September 23, 2016

Massage . Urut .

Secara saintifik,

SEDAP . LAZAT . NIKMAT

Itu sahaja rasa yang sepatutnya dirasai oleh orang yang diurut. Tak lebih tak kurang.

Begitulah muqaddimah yang diberikan oleh pensyarah favourite semua pelajar fisioterapi UiTM, Tuan Haji Bahman. Terngiang lagi walaupun dah 4 tahun lepas.

Habis tu, mak bidan urut sakit uhh, kadang2 lebam, kadang2 tu demam urat sampai 3 hari x bangun. ALAMAK! 'massage sesat' nih!


Dah kalau pressure jari jemari dah terlampau 'power' sampai ke tapak kaki tumit dihentamnya bukan2, mana tak merana mangsa keadaan tu. :D Tapi bergantung keadaan jugak. 

Mazhab mengurut ni bersepah, tinggal nak kutip dan pakai yang mana sesuai untuk diri sendiri dan juga individu yang diurut. Pernyataan ni lebih memberat kepada juru urut.

Thursday, September 22, 2016

Alhamdulillah

Setiap permulaan, pasti ada pengakhiran.

Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan.

Apa sebenarnya yang berlaku di ruang antara mula dan akhir, antara bertemu dan berpisah?

Apakah permulaan hanya untuk diakhiri, atau pertemuan hanya terjadi supaya berpisah di akhirnya?

Itulah dia kehidupan yang ditafsirkan bebeza oleh setiap jiwa berbeza.  


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...