Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera :)

Saturday, December 20, 2025

Utusan Cinta Buat Suleyman 42

Anak soleh ibu, Suleyman

Ikhlaskan setiap perbuatan kerana Allah.

Biarlah kebaikan demi kebaikan yang Suleyman buat

Seperti angin lalu.

Langsung tak memberatkan

Pelik kan? 

Kadang-kadang rasa macam Suleyman dah buat baik, 

Kenapa rasa terbeban?

Macam buat salah pon ada, macam sia-sia pon ada..


Mungkin..

Jawapannya pada rasa Ikhlas.

Ikhlas ni, langsung sesiapa takkan nampak termasuk diri kita sendiri.


Kita cuma boleh rasa keikhlasan tu sayangku,

Didik hati untuk ikhlas,

Untuk biarkan semua kebaikan2 berlalu mcm angin yang lalu.

Cuma Allah yang paling tahu <3


Ibu sayang Suleyman, dunia akhirat

0 ● genius ●:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...