Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera :)

Monday, November 11, 2024

Buah Hati Ibu 4

Suleyman 2 tahun 5 bulan 10 hari, bangun awal pagi, mandi siap2 dengan ibu pastu Suleyman nak ikut pi pejabat. Tok terus umpan Suleyman dengan aiskrim. 

Ibu marah pagi tu Suleyman. Pagi2 dah nak bagi makan aiskrim, pastu stok aiskrim hari-hari ada dalam peti sejuk. Takkan Suleyman hari-hari nak makan aiskrim kot. Macam biasa, tok akan marah ibu balik, cakap "mak dah bela 3 tahun.." itu ayat yang sangat mengguris hati ibu. Ibu terpaksa tinggalkan Suleyman bawah jagaan tok sebab ibu terpaksa cari nafkah. Bukan seronok-seronok nak tinggal Suleyman keluar kerja. Ibu tahu, dua2 pihak terguris. Tapi apa dayanya, ibu pun kadang-kadang tak kuat bersabar.

Tapi yang paling sedih, time salam tu, ibu suruh baca Al-Fatihah.. Suelyman baca sampai habis (dengan loghat2 yg comel tu).. pastu pulak bila ibu masuk kereta, Suleyman dah kat depan pintu lambai ibu, bersungguh-sungguh Suleyman lambai.. "Babai... babai ibu... babai... ti kite jumpe tauu".. Ibu sangat tersentuh tapi dalam masa sama, perasaan dah bercampur dengan macam2 rasa. Ibu lambai balik kat Suleyman.. pastu ibu terus pacu kereta.

Tengah jalan, ibu patah balik sebab dah tak hujan, nak balik amek moto, bawak moto supaya tak lewat masuk ofis. Bila ibu sampai balik, Suleyman dah ada kat meja makan dengan tok dan tokwan. Pastu tok cerita, rupanya dari berdiri depan pintu tu, Suleyman suruh tok angkat tinggi2 Suleyman nak babai ibu, tapi ibu tak kalih dah dari dalam kereta.  

Pastu ibu terus cakap "Ibu marah laaa.. takkan hari-hari nak makan aiskrim!" sambil ibu ambil mask kat surau. Tapi Suleyman time tu dah merajuk, Letak tangan dua-dua kat belakang. keras je.. tapi ibu keraskan lagi.."ha, marah ibu ka..semua benda nak marah.. ibu ni tak boleh marah?" bila Suleyman duk keras lagi.. ibu tone down.. ibu mntak sikit nak makan ikan bilis Suleyman.. Suleyman bagi ;) last2 ibu pun berangkat pi kerja dengan tenang, Suleyman lambai ibu lagi sekali.. 

Terima kasih Suleyman. Ibu tahu Suleyman orang yang berhati lembut dan sangat baik, tapi dalam masa yang sama, Suleyman sangat keras dan degil macam ibu. Semoga Suleyman membesar dengan bijak menyeimbangkan kelebihan dan kekurangan yang ada dalam diri. 

Macam yang terjadi harini, Semua orang ada emosi masing-masing. Andai kerana sesaat emosi yang tergelincir, jangan lah menghukum dan berdendam selama baki kehidupan di hadapan nanti. Bertimbang rasa dan maafkanlah sayangku. Memang adat berselisih paham ni akan ada perkataan taik yang akan keluar dan boleh ingat sampai mati. Tapi jika nak dibandingkan dengan nikmat Allah bagi, nikmat kasih sayang yang lebih berlipat ganda dari tu, maafkan saja.. 

Orang kata, mana boleh lupa, sampai mati boleh teringat. Memang pon. Tapi, setiap kali teringat, maafkan.. teringat lagi, maafkan lagi, teringat lagi.. maafkan lagi.. Biar banyak kali maafkan supaya hati kita lapang dan ringan. Tak berat dengan dendam dan kesakitan.

Jika diri sendiri terbuat salah, mintak maaf kat orang dan maafkan diri sendiri jugak :)

Suleyman orang yang baik, anak yang soleh, kelak, suami yang soleh, bapa yang soleh. Ibu doa, Allah bimbing, Allah pelihara sayang ibu dunia akhirat.

Ibu sayang Suleyman, Allah paling sayang Suleyman <3


Friday, November 1, 2024

Semperit Garing - Posting Yang Panjang

Kisah untuk Suleyman tatap :)

Biskut raya, kuih semperit.
Sejak kecik lagi ibu memang suka sangat makan kuih semperit.

Bila ibu dah besaq, boleh masak, boleh buat kuih sendiri, ibu cuba macam-macam resepi cara buat semperit. Masa duk buat setiap tahun tu, sepupu-sepupu Suleyman suka sangat makan. Sampailah satu masa Ramadhan tahun 2024, ibu buat semperit untuk hari raya, ibu buat sukatan yang tetap utk pastikan rasa yang sama setiap kali buat. 

Ibu rasa proses pembuatan semperit tu somehow dapat buat ibu release stress dan juga create sesuatu sebagai perniagaan untuk bersedekah lebih banyak. Ibu seronok melalui proses-proses tekap bunga, letak ceri, tengok hasil lepas bakaq. Alhamdulillah, jadi satu aktiviti yang divert fikiran ibu yang selalu melayang pikir macam-macam.. insyaAllah..

Asalnya ibu nak jual kat kantin pak long, tiga ketul seringgit. Tapi nak dijadikan cerita, semperit ibu yang adunan tu bau sabun kuat sangat, tak tahu macam mana bau dan rasa sabun tu boleh lekat. Jadi ibu batalkan niat ibu nak berniaga.

Tak berapa lama lepas tu, ofis ibu ada sambutan hari raya aidilfitri. Ibu pon tengok barang semperit ada, tambah beli beberapa bahan, terus ibu buat satu adunan dalam 1kg tepung jagung, bawak untuk kenduri. Ramai yang suka, ibu bersyukur sangat, happy.. Alhamdulillah.

Hari Jumaat selepas tu, ada ofismate ibu, Kak Sue, mintak ibu buatkan semperit sebab dia nak beli katanya. Ibu pon bagitau yg ibu tak reti nak kira harga untuk buat berniaga. 

Selang beberapa minggu tu ibu kursus kat Tanjung Malim, entah dari mana kesungguhan tu terdetik, ibu buat keputusan untuk cuba buat untuk bisnes mcmna kak sue mintak tu. Balik Penang terus ibu beli bahan-bahan, termasuk balang, salotep balang, tempah sticker. Kalau diimbas balik, ibu pon taktahu dari mana keyakinan tu datang. Yang pasti, Allah yang dorongkan.

Alhamdulillah, dapat sambutan, ada order setiap minggu tau. 

Cerita di sebalik proses buat production kecil-kecilan tu. Banyak moment2 dan detik2 yang hati ibu rasa sedih time buat semperit tu. Masa tu Suleyman kan baru 2 tahun. Suleyman ajak ibu main.. tapi ibu terpaksa sambung buat kuih... ya lah.. Ibu akan mula buat time malam, atau time sebelum maghrib lepas balik kerja. Itu juga lah sahaja masa kita berdua kan Suleyman? Ibu dah seharian kerja, time ni la kita nak spend time sama2 kan.. maafkan ibu na.. ibu cuba terbaik untuk kita semua :) ibu buang sedih jauh2.. tekad untuk majukan diri. 

Ada jugak masa nya Suleyman dah nanges nak ibu.. "ibu jom tedoq.... ibu, jom aaa tedoq.... ibu... jom tedoq..." Masa tu dah 12 tengah malam.. ibu kena susun siap2 semperit yang dah sejuk, nanti lama2 boleh masuk angin.. apa ibu boleh cakap "tunggu sat na... sat na... sat ja.." pastu bila dah selesai, ibu masuk bilik dengan Suleyman, ganti pampers, tepuk2 sambil baca surah Al-Mulk.. tenang ja.. ibu pon lelap sama2.. Tapi ada jugak kadang-kadang Suleyman terjaga, terus terpacul depan bilik "ibu, nak tueyy..." pastu habis makan sebijik.. "nak agi..." haha time tu lebih kurang pukul 4 pagi.

Ada jugak masa nya Suleyman terjaga pukul 4, 5 pagi cari ibu.. tapi ibu dah bangun awal2 untuk bakar kuih.. masa ibu buat kuih memang tak menentu, selalunya masa2 tu, ibu sedih sangat tapi kerja kena siapkan. ibu peluk ja dulu Suleyman, pastu ibu sambung buat, tak pun.. ada jugak ibu terus off kan oven.. tidurkan suleyman dulu :) Suleyman ni baik sangat :)

Suleyman suka sangat ikut ibu beli barang kuih. Bila tok dengan tokwan tanya, Suleyman pi mana dengan ibu? Suleyman jawab "beli barang tueyy" haha comel sangat. Suleyman dah tahu lorong mana nak tolak trolley kat JMS.. Suleyman dah cam.. jalan lorong ke kedai. Yang paling best sekali, dapat upah eskrem potong perisa mangga, atau dapat upah Vitamin C ribena packet kecik tu. Kedai tu susun dekat kaunter ja paket tu, Suleyman boleh amek sendiri.. Yang ibu respek, Suleyman akan amek sebungkus ja.. tak lebih pon. 

Ada jugak Suleyman bad mood. Mungkin mengantuk ka, lapaq ka.. Suleyman Menangis kat kedai tu marah sebab ibu tolak kan trolley. tolak trolley tu kan keja Suleyman...! hahaha.. comel la Suleyman ni.
Belum lagi cerita kat kedai plastik yang jual balang tu. haha.. satu hari ibu bawak Suleyman pi beli balang, org kedai dah susun semua balang kat depan pintu, ibu bawak Suleyman masuk pi bayaq, keluaq2 tengok balang dah takda. Suleyman tanya "mana balang??" pekerja kedai dah masuk dalam kereta ibu dah.. haha

Suleyman ni baru 2 tahun tau, tapi Suleyman dah tolong ibu tarik sticker dari kertas tu utk ibu lekatkan pada balang. Tangan jemari dempoi2 tu cermat buat kerja, boleh harap! selalu Suleyman akan tunggu ibu cakap, nak lagi..pastu suleyman tarik sticker keluaq, pass kat ibu. pastu bila dah selesai ibu cakap cukup.. Suleyman tak tarik dah. Memang you are my best assistant <3 kadang-kadang ibu potong ceri, ada tangan haluih mai na amek.. ibu terus potong sikit hulur kat suleyman. Pandai ye amek cukai ceri ibu.. hahaha.. masa ibu dah siap bancuh adunan, Suleyman selalunya akan mintak sikit, buat main mcm plasticine.. Suleyman selalunya main dekat, tak jauh dari ibu. Pastu tok panggil "Suleymannn.. mai tengok tv dengan tok.." pastu suara comel menyahut "cattt... eyman buat tueeyyy niiii..."-sattt.. suleyman buat kuih ni- ahahha... comel sangat

Bila ibu nak delivery pulak, Suleyman paham dah ibu nak hantaq tueyy.. Suleyman pon ikut sekali. Ada sekali tu ibu brake kereta terkuat, kuih macam terbalik sikit. Pastu Suleyman tegur, "apa la ibu ni.." aduiii.. garang noh.. kadang2 dalam kereta tu duk nyanyi lagu patriotik. Darah satria.. tanggal 31.. ulang2 pulak tu. Haha.. kalau nak nyusu, ibu syarat baca alif ba ta.. mmg baca sampai huruf ya! pastu dah lancar alif ba ta.. ibu suruh baca Al-fatihah sebelum menyusu.. Suleyman pon baca sampai habis. Walaupun dengan loghat2 dua tahun, ibu bangga dengan Suleyman, Allah pelihara sayang ibu dunia akhirat.

Ibu tak pernah terfikir akan perjalanan hidup kita yang macam ni Suleyman. Kita takda keluarga yang sempurna mcm org lain. Suleyman punya pengalaman membesar, tak sama macam orang lain yang lengkap ada ibu bapa. Mungkin kelihatan kekurangan. Tapi kan... Siapa yang jatuhkan hukum bahawa itu kekurangan? Bukankah Allah yang susun macam tu untuk kita, sayangku? Bukankah Allah Yang Maha Adil. Takkan Allah nak bagi sesuatu yang kurang, kan. Kita ja yang menghukum, itu ini kurang. Walhal Allah bagi kecukupan. Allah bagi nikmat yang tak terhitung. Apa yang Suleyman ada, dapat sepanjang hidup sehingga hari ini, itulah kecukupan untuk Suleyman. Allah bagi ikut apa yang kita perlu dan mampu, sayangku. Cuma harapan kita pada benda yang Allah tak bagi, buat kita rasa sedih melebihi rasa syukur kita.

Mungkin apa yang ibu tulis berkajang-kajang nota selama ini akan jadi asbab penyembuh saat sayang ibu Suleyman jatuh tersungkur atau tertiarap satu hari nanti oleh beratnya beban dunia yang sementara. Cerita-cerita yang ibu tulis bukan rekaan sang penyair. Kita pernah melalui saat-saat yang sangat indah bersama-sama kurniaan Allah. Dan ibu yakin jika Allah izin kita bersama lebih lama atas dunia, banyak lagi nikmat-nikmat yang bakal mendatang. Anak soleh ibu Suleyman, untuk merasa sakit dan terluka, itu sifat manusia. Tapi janji dengan diri sendiri ya sayangku, penuhi hak Allah. seberapa berat dan pedih yang Suleyman rasa dan harap, pegang kuat-kuat Al Quran dan Sunnah. Pi masjid ya sayang. Cari Allah, baca Al-Quran dengan makna. Ibu tahu, bila Suleyman dah ok.. kadang2 tak ok balik.. bila dah bertaubat pada Allah dengan dosa-dosa lalu, kelalaian lalu.. lepas tu terleka balik. Itu juga sifat manusiawi. Kan Allah paling suka hambanya yang bertaubat. Ulang-ulang lah tanpa jemu mohon keampunan Allah ya sayang. Maafkan juga sesiapa saja yang pernah tersalah pada Suleyman. Bersihkan hati dari dendam. Allah izinkan rasa sakit tu, terus maafkan... mintak Allah sembuhkan. 

Hari ni hari yang istimewa untuk kita, untuk kehidupan kita, Suleyman. Ibu, paklong dengan pakngah bersama-sama akan majukan bisnes semperit next level insyaAllah. Tok dengan tokwan akan rasmikan kedai pertama kita, sayang. Ibu rahsiakan persiapan kedai daripada tok dengan tokwan. Satgi lepas Jumaat, tok dengan tokwan akan potong reben. Kita doakan langkah kita ni adalah langkah kebaikan dan penuh keberkatan untuk kita jadi hamba Allah yang lebih baik, insyaAllah.

Allah paling sayang Suleyman, 
ibu dan abi sayang Suleyman <3

Allah paling tahu, Allah paling sayang.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...