Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera :)

Friday, April 15, 2011

Segak Vs Elok

Apabila anak yang dibesarkan membesar sebagai teruna dan dara, golongan ibu-ibu pon mula lah nasihatkan soal jodoh dan masa depan. Memang takkan lari lah.

Aku tak terkecuali. Satu benda yang mak aku nasihatkan tentang jodoh, yang lekat sampai sekarang, soal segak vs elok.

"Mak nak cari yang elok.. bukan yang segak ja,"
Elok kat sini merujuk pada akhlak dan yang segak tentulah paras rupa. Jadinya, bukan paras rupa yang dipandang tetapi akhlak yang menghiasi lebih diteliti.

Rupa tu tak boleh nak ubah dah. Allah Maha Adil. Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah bagi. Bila-bila masa ja Allah boleh tarik balik. Cumanya, akhlak boleh ubah. Caranya mudah, contohi akhlak Rasulullah. Nampak simple, tapi berusahalah untuk beristiqamah sebab bukan senang nak senang.

Percaya cakap aku, yang menjadikan seseorang tu segak adalah akhlak yang baik. Indah akhlaknya, indah jugalah rupanya dipandangan mata. Sejuukkk mata memandang. Bak kata bapak aku, "muka rezeki..."



● ─ ●
soal kawen mawen ni..bukan sekadar percantuman dua hati semata2 tapi silaturahim dua keluarga :)


kalau pakej segak n elok? em.. besederhanalah :P

3 ● genius ●:

art IbSha said...

perkahwinan bukan sekadar perkongsian hati suami isteri...ia lbh dr itu...percamtuman dua hati membawa kpd satu tggungjwb yg lbh besar dan bermakna...berharap setiap perkahwinan akn berakhir dgn bhgia, kita perlu lbh memahami dan mengerti... mencintai dia kerana agama insyallh semuanya akn bermula dgn sempurna...aminn=)

HEROICzero said...

dua2 sama penting. segak dan elok.

anyhow, kalau dah elok tu, akan nampak segak jugak sebenarn ya. =)

Mentadak Mentadu said...

kak art:
amin....nanti kawen jemput taw! hehe

her0ic:
yup akan nampak segak:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...