Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera :)

Wednesday, July 30, 2025

Utusan Cinta Buat Suleyman 36

Anak soleh ibu, Suleyman

Sekiranya, Suleyman terjebak dengan "cinta sebelum kahwin"


Cinta itu punyai pelbagai tafsiran,

Jauhi dirimu sayang, dari kekeliruan rasa dan makna.

Pegang KUAT apa yang menuju redha Allah.


Sering tafsiran sejagat,

Tentang Cinta monyet, cinta pertama.. ialah yang paling istimewa yang paling tak dapat dilupa.

Agung, pertama kali belajar tentang mencintai dan dicintai =.=

First love ever.. menjadi nyanyian dan siulan pujangga cinta


Aduhai sayang ibu.. Islam tak pernah ajar begitu.

Sebelum engkau dipertemukan pasangan yang halal,

Dipertemukan dahulu perasaan-perasaan pada berlainan jenis,

Seorang.. malah seribu.. taaruf berkongsi perasaan dan tarikan yang senada...

Yang diberi jolokan nama CINTA, sebelum berkahwin.. indah terbuai rasa, fitrah manusia.

Ada yang cuma menyimpan perasaan, ada yg meluahkan dan berbalas malah ada sebaliknya. 


Sungguh, pelbagai cerita 'first love' yang ditafsir terlalu istimewa, terlalu dalammmm...

Terperangkap pula dengan undang-undang sendiri,

Setia.. dan terus setia sampai mati..


Aduhai sayang ibu... 

Usah mudarat kan aqal sihatmu dengan pendirian seumpamanya.

Usah mudarat kan ikhlasmu menerima takdir cinta yang lain kurniaan Allah.

Masa yang panjang menyulam ;cinta sebelum kawen yg tak jadi; 

Tak memberi makna kecuali PENGAJARAN. 


Pegang KUAT apa yang menuju redha Allah.

Pasangan halalmu adalah kurniaan Allah yang hakiki, isteri.

Saat akad dan saat-saat yang terdetik setelah itu. 

Pasangan mu, dia lah menantu ibu sayangku, cinta manusia yang Allah redha untukmu.

Ya, dia bukan malaikat, makin hari makin byk kekurangan dia engkau temui.

Sedang 'cintamu' yang dulu begitu sempurna.


Aduhai sayang ibu.. sempurna yang Suleyman dapati 'dulu' 

Tidak lain hanyalah hiasan palsu dalam bisikan. Almaklum, syaitan kan suka? 


Aduhai sayang ibu, syaitan dengan bisiknya, tak jemu menghodohkan apa yang milikmu

Jadilah pemimpin yang adil, yang berhikmah, yang bergantung kuat dengan tali Allah. 

Bersyukurlah sayangku, tunduk pandangmu dengan dunia tipu-tipu.

Terlalu indah rupa dari makna, 

Daripada jemarimu ASYIK menyentuh kaca skrin  untuk kepalsuan dunia, 

Lebih mulia jemarimu itu mengusap lembut perasaan isteri dan anak-anak yang memerlukanmu Suleyman.

Mungkin saat itu ibu tiada lagi nak berpesan pesan, 

Tapi, Suleyman sentiasa ada Allah..

Moga Allah pelihara sayang ibu, dunia dan akhirat.


Ingat! Hidup pada hari ini. Jika jua teruji dengan buaian indahnya masa lalu, istighfar banyak2.. kerana saat dan detik ini jua sangat indah, sekiranya Suleyman pandai bersyukur.


Sayang ibu, moga Allah sentiasa limpahkan RahmatNya atas kita.. Aamiin... <3




Monday, July 14, 2025

Buah Hati Ibu 6

Suleyman 3 tahun 1 bulan, 

Seorang yang sangat periang Alhamdulillah.. Lari sangat-sangat laju, Subhanallah.. Suka melompat, dan menyanyi dengan gaya sendiri yang buat orang gelak, sengaja Suleyman kelakar kan nyanyian Suleyman tu kan.. haha comel, Alhamdulillah..

Satu hari ibu terlepas pandang untuk buat apa yang tok mintak ibu buat dan kebetulan haritu tok marah dan ibu pon terus pi ke meja makan daripada terus duduk kat depan TV. Melihatkan situasi yang tak best tu, ada sorang yang sangat baik, namanya Suleyman yang nak cuba leraikan keadaan yang tegang.

"Tok, jangan lah marah ibu.. Nanti sapa nak jaga ibu? ha?"

Banyak kali Suleyman sebut2.. tersentuh sangat ibu dengaq Suleyman.. apa lah sebenarnya yang tersirat daripada ayat2 emphaty dari seorang umur 3 tahun macam Suleyman tu ye.. nak pastikan ibu dijaga dgn baik yer.... sayangg kat dia.. kita jaga hak Allah, Allah jaga kita tau.. Allah paling sayang Suleyman <3

Ibu yakin, insyaAllah Suleyman akan membesar jadi lelaki dewasa yag sangat penyayang dan matang.. menghargai nilai kebahagiaan orang lain tanpa tanpa sedikitpun luak kebahagiaan yang berbunga dalam diri sendiri malah lebih bermakna setiap perilaku yang suleyman buat sehari-hari dengan akhlak mulia yang ada pada Suleyman.

Sayangku, sebarkanlah kebaikan dengan sifat rendah diri dan besederhana. Unik. Tapi bukan untuk dilihat manusia, tapi disayang dan diredhai Allah, insyaAllah..

Monday, April 7, 2025

Buah Hati Ibu 5

 Salam Aidilfiri Sayang Ibu.

Tahun ni tahun ketiga Suleyman sambut Aidilfitri dan tahun kedua kita sambut berdua. Ibu banyak habiskan masa dengan tempahan kuih. Sampai tak sedar coreang si kucing yang sakit selalu masuk dalam almari baju ibu untuk tidur.

Masa ibu keluarkan baju2 bekas coreang tidur tu, habis semua baju busuk, terpaksalah basuh semua baju letak dettol. Malam tu ibu bawak pi dryer semua 5 bakul baju tu, tok dengan Suleyman ikut sekali. Suleyman masuk dalam bakul kecik tu.. Ibu angkat, hayun hayun hayun.. Suleyman punya lah seronokk.. Alhamdulillah..

Pastu bila balik tu dekat tengah malam dah ada sikit lagi baju tak berlipat. Ibu cakap, sikit lagi, ibu siap ni kita baring2 tau.. pastu Suleyman jawab "Takpa eyman teman ibu.." Allahu.. baik sangat Suleyman ni.. Ibu sayang Suleyman.. Allah paling sayang Suleyman..

Masa duk lipat baju yang membukit tu, Suleyman duk main2 pijak. Ibu tegur jangan buat macamtu.. Pastu sayang ibu ni sedih pulak.. "Eyman nak tolong ibu je.." haaa.. tolong? haha.. Sweet sgt la dia tu.. :) 

Semoga Allah pelihara sayang ibu dunia akhirat, Aamiin..

Wednesday, November 27, 2024

Utusan Cinta Buat Suleyman 35

Anak soleh ibu, Suleyman

Bila hati kita terluka dan terasa dihina yang melarat dan berlarutan

Langsung tak boleh memaafkan..

Hanya sebab beberapa perkataan keji daripada manusia

Kemungkinan ada satu penyakit dalam hati kita

Yang namanya sombong dan merasa tinggi daripada manusia yang lain


Kita fikir, kita sebenarnya lebih baik

Bukanlah keji seperti yang didendangkan

Fikiran macam tu lah yang menjadi perangkap penyakit hati, sayangku

Yang "rasa diri tinggi dan baik"


Berwaspada, beringat, dan bermuhasabah lah selalu ya.

Jika benar hati Suleyman tunduk rendah menyembah Allah,

Apa saja cacian manusia tidak menyebabkan Suleyman rasa hina


Selagi mana Suleyman jaga ketaatan kepada Allah

Bersihkan diri selalu dengan memaafkan


Memang, fitrah hati akan terluka, tapi...

Lapangkan, luaskan hati Suleyman seluas-luasnya

Untuk memaafkan.. 

Jika sukar nak maafkan orang,

Muhasabah balik, bagaimana Allah memberi keampunan kepada hambaNya yang bertaubat.

Setinggi mana kita letak diri kita sampai tak boleh memaafkan orang?

Semoga Suleyman membesar jadi hamba Allah yang berakhlak mulia <3


Ibu sayang Suleyman, Allah paling sayang.




Monday, November 11, 2024

Buah Hati Ibu 4

Suleyman 2 tahun 5 bulan 10 hari, bangun awal pagi, mandi siap2 dengan ibu pastu Suleyman nak ikut pi pejabat. Tok terus umpan Suleyman dengan aiskrim. 

Ibu marah pagi tu Suleyman. Pagi2 dah nak bagi makan aiskrim, pastu stok aiskrim hari-hari ada dalam peti sejuk. Takkan Suleyman hari-hari nak makan aiskrim kot. Macam biasa, tok akan marah ibu balik, cakap "mak dah bela 3 tahun.." itu ayat yang sangat mengguris hati ibu. Ibu terpaksa tinggalkan Suleyman bawah jagaan tok sebab ibu terpaksa cari nafkah. Bukan seronok-seronok nak tinggal Suleyman keluar kerja. Ibu tahu, dua2 pihak terguris. Tapi apa dayanya, ibu pun kadang-kadang tak kuat bersabar.

Tapi yang paling sedih, time salam tu, ibu suruh baca Al-Fatihah.. Suelyman baca sampai habis (dengan loghat2 yg comel tu).. pastu pulak bila ibu masuk kereta, Suleyman dah kat depan pintu lambai ibu, bersungguh-sungguh Suleyman lambai.. "Babai... babai ibu... babai... ti kite jumpe tauu".. Ibu sangat tersentuh tapi dalam masa sama, perasaan dah bercampur dengan macam2 rasa. Ibu lambai balik kat Suleyman.. pastu ibu terus pacu kereta.

Tengah jalan, ibu patah balik sebab dah tak hujan, nak balik amek moto, bawak moto supaya tak lewat masuk ofis. Bila ibu sampai balik, Suleyman dah ada kat meja makan dengan tok dan tokwan. Pastu tok cerita, rupanya dari berdiri depan pintu tu, Suleyman suruh tok angkat tinggi2 Suleyman nak babai ibu, tapi ibu tak kalih dah dari dalam kereta.  

Pastu ibu terus cakap "Ibu marah laaa.. takkan hari-hari nak makan aiskrim!" sambil ibu ambil mask kat surau. Tapi Suleyman time tu dah merajuk, Letak tangan dua-dua kat belakang. keras je.. tapi ibu keraskan lagi.."ha, marah ibu ka..semua benda nak marah.. ibu ni tak boleh marah?" bila Suleyman duk keras lagi.. ibu tone down.. ibu mntak sikit nak makan ikan bilis Suleyman.. Suleyman bagi ;) last2 ibu pun berangkat pi kerja dengan tenang, Suleyman lambai ibu lagi sekali.. 

Terima kasih Suleyman. Ibu tahu Suleyman orang yang berhati lembut dan sangat baik, tapi dalam masa yang sama, Suleyman sangat keras dan degil macam ibu. Semoga Suleyman membesar dengan bijak menyeimbangkan kelebihan dan kekurangan yang ada dalam diri. 

Macam yang terjadi harini, Semua orang ada emosi masing-masing. Andai kerana sesaat emosi yang tergelincir, jangan lah menghukum dan berdendam selama baki kehidupan di hadapan nanti. Bertimbang rasa dan maafkanlah sayangku. Memang adat berselisih paham ni akan ada perkataan taik yang akan keluar dan boleh ingat sampai mati. Tapi jika nak dibandingkan dengan nikmat Allah bagi, nikmat kasih sayang yang lebih berlipat ganda dari tu, maafkan saja.. 

Orang kata, mana boleh lupa, sampai mati boleh teringat. Memang pon. Tapi, setiap kali teringat, maafkan.. teringat lagi, maafkan lagi, teringat lagi.. maafkan lagi.. Biar banyak kali maafkan supaya hati kita lapang dan ringan. Tak berat dengan dendam dan kesakitan.

Jika diri sendiri terbuat salah, mintak maaf kat orang dan maafkan diri sendiri jugak :)

Suleyman orang yang baik, anak yang soleh, kelak, suami yang soleh, bapa yang soleh. Ibu doa, Allah bimbing, Allah pelihara sayang ibu dunia akhirat.

Ibu sayang Suleyman, Allah paling sayang Suleyman <3


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...