Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera :)

Monday, April 22, 2019

Sempurna Bukan Syarat

Jika dicari sempurna..kelak buntu..keliru..sesak
Carilah yang menyempurnakan
Akhlak dan agama

Jika didamba cinta mati.. kelak kecewa
Kerana cinta hakikatnya menghidupkan jiwa
Menggapai redhaNya


Sudah-sudahlah mengemis cinta manusia..
Kerana ia dicurah dan dikongsi.. tanpa syarat duniawi.


● ─ ●  
People around may say anything, everything..
Do not judge..ever.. but do face it and justify <3
We hold the pen to write :)



Wednesday, April 10, 2019

Terbeku Dalam Waktu

Si ibu sudahpun jatuh cinta sepenuhnya,
Pada bayi yang hanya 2 minggu dikandung.
Meski tiada rupa tiada suara,
Namun sentuhannya rapat di jiwa.


Rupanya,
Tempoh bukanlah syarat untuk perasaan.
Singkat atau panjang,
Maknanya tergantung pemunya.

Rupanya,
Tempoh bukanlah penentu ukuran.
Singkat atau panjang,
Tetap maknanya serupa.

Waktu,
Yang singkat, yang tidak terbayang,
Di selanya manusia terbuat salah,
Kaku merenung,
Kemungkinan nan bisu.
Terbeku dalam waktu.
Tidak berganjak dari rasa.


● ─ ●  
Semoga kita sentiasa dilimpahkan RahmatNya
Meski masa lalu terbeku
Usah terbeku dalam pengharapan pada redhaNya
Kini dan esok, dunia dan akhirat. InsyaAllah <3


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...