Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera :)

Tuesday, March 19, 2019

Terkesan

Apabila setiap perkara dijadikan gurauan, mungkin telah ada hati yang terkesan. Tak sesuai tempat dan masa.

Tak kurang juga sengaja membangkang setiap perancangan, kononnya untuk menguji tindak balas, malah menduga bebanan tugas yang sememangnya tahu, realitinya terbeban, mungkin telah ada hati yang terkesan. Sedangkan hati ini sejujurnya hanya akan menurut, paham jelas akan keadaan.


Hati telah pun terkesan, manusia ini lemah, tetap berbaik sangka padaMu Allah.

Bukakanlah jalan kebaikanMu, tunjukkanlah jalan yang lurus. Sesungguhnya rahmatMu tersangat luas.



● ─ ●  
MAAF ...

Monday, March 4, 2019

Rindu


Hati mengharap tenang,
Pabila kian gundah,
Tercampak dari kebiasaan,
Kebiasaan yang cuma sebingkai waktu,
Singkat pada lazimnya,
Sungguh lama pada rasa.
Kerana waktu yang dipinjam,
Membekas pangkal hati,
Hangatnya menyerap perlahan,
Dalam.. menyusupi pekat rasa.

Biar ditambat gundah itu,
Pada zikir dan syukur,
Pada tunduk dan taat,
Kepada Maha Pemberi Rasa.

Biar ditambat gundah itu,
Pada bait-bait lembaran nasihat,
Disela susunan alunan ketenangan,
Agar tidak melayang-layang,
Lesap makna dalam angan.


4:18 pm


Ikatan

Ikatan perasaan.. talinya mungkin Cinta,
Ikatan perhubungan.. talinya mungkin Sapaan,
Ikatan keriangan.. talinya mungkin Jenaka manja,
Ikatan ketenangan.. talinya mungkin Syukur,



Ikatan Perkahwinan? 
Talinya pasti, Kekuatan cinta dan pengabdian kepada Allah,
Yang ikatannya tidak menjerut,
Tidak pula berselirat,
Tidak juga menyakiti kedua-duanya.

Jika ikatan dibayangkan seperti tali berpintal-berpintal mengikat buluh menjadi rakit,
Bagiku salah.
Jika ikatan dibayangkan seperti tali kapal yang hanya mampu diurus kelasi gagah,
Bagiku salah.
Jika ikatan dibayangkan seperti tali rafia yang ditegangkan di kedua-dua hujung untuk diampai masalah, 
Bagiku juga salah.

Ikatan yang terwujud antara manusia,
Suka kutafsirkan sebagai bayangan harapan,
Sering kita takut untuk berharap, 
Kerana sandaran harap kita pada manusia,
Bukan Pencipta-Nya,

Ikatan yang KUAT,
Hanya dapat dirasa pada kekuatan yakin dan harap pada Tuhan Pencipta.



280219
10:42 am

● ─ ●  
Hasil pengisian program JAKIM  v(",).. Membina keluarga Sakinah. 

Semoga keluarga kita dalam redha ALLAH. Aamiin ~

Percaya

Kita selesa jika orang sekeliling meletakkan kepercayaan pada kita.

Namun sukar untuk kita letakkan kepercayaan pada orang lain.


Image result for trust


Percayalah, mudah untuk mempercayai orang lain, apabila diletakkan kepercayaan yang teguh pada aturan Allah. Dengan itu, kita akan berlapang dada sepenuhnya akan susunan takdir yang tersingkap.

Namun sebagai manusia yang diberi Aqal dan rasa, berusahalah untuk belajar dari pengalaman diri dan orang lain.

Andaikata tersalah langkah jua, yakinlah bahawa Allah membenarkan perkara tu terjadi atas sebab ujian untuk menguatkan, pengajaran untuk bekalan, hikmah untuk kebijaksanaan.

Rupa-rupanya, hanya kita yang menganggap itu langkah yang 'salah' tapi benar pada garis takdir.

Macamana kita selesa untuk dipercayai, berilah peluang untuk diri mempercayai.


● ─ ●  
Percaya, bahawa HE IS THE BEST PLANNER dan jangan pernah putus asa dengan rahmat-Nya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...