Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera :)

Monday, November 28, 2011

When We Don't Know What We Don't Know

Dalam bahasa mudah, kita tak tahu apa yang kita tak tahu :P
Macam tula hidup seorang pelajar..:D macam sarkastik tapi hakikat.

Abang aku penah cakap,

"As a student, you are allowed to do mistakes,"

Jadi kuat untuk terima apa saja orang kata atas kesalahan kita, jadi rendah diri untuk terima segala teguran. Melakukan kesalahan tu biasa, mengulang kesalahan juga biasa. Tapi ada improvement lah :)) Ada petanda baik bila kita mula 'sedar diri' yang kita ni, xtahu banyak benda. hehe..

Dalam menuntut ilmu, selalu kita berhadapan situasi "kita xtahu apa yg kita xtahu"..

Em......?


BLURR~

Banyak2 lah berdoa agar diberi petunjuk kerana ilmu tu penyuluh. Moga hati kita lapang untuk menjadi singgahsana ilmu yang menerangkan jalan kita. Amin :)


● ─ ●
musim test berlalu diganti dengan musim exam..hee :P

Saturday, November 19, 2011

Hope for the BEST.. Prepare for the WORST

Kehidupan yang kita tempuh menyimpan rahsia masa depan kan? Kita tak tahu apa yang kita akan hadapi walaupun satu saat kehadapan.

Apa yang kita boleh buat, selalu buat, cuma berharap dan bersedia. Pengalaman yang lepas2, dah berlalu tanpa boleh diulang. Untuk terus bahagia, lapangkanlah hati kita..:))

Sejuk, beku.. tapi perjalanan tetap harus diteruskan.
Bila kita dah bersedia untuk kemungkinan yang paling mengecewakan, kita layak untuk tanam harapan yang tinggi melangit dalam doa, usaha dan tawakal :)


● ─ ●
bukan satu kesalahan untuk berharap, bukan satu kegagalan bila harapan tak terlaksana. :P

Monday, November 14, 2011

Mempersoalkan Kejujuran

Mempersoalkan nilai kejujuran seseorang..adalah sesuatu yang merosakkan hati. Andai dibina perasaan buruk sangka yang sebegitu, membusuklah hati di kemudian hari.


berburuk sangka buta2 rosakkan diri..

Kita terkadang seolah-olah berperilaku seperti manusia yang super perfect. Menuding kesalahan pada dia dan dia..takut mengaku kesalahan diri. Boleh tak kita istilahkan keadaan tu sebagai pengecut dalaman? Hahah :P

Angkuhnya kita sampaikan mempersoalkan kejujuran orang.

"Macam tak jujur ja.."
"Macam tak ikhlas ja.."

Tak sedar rasanya, apa yang diungkapkan tu mengguris hati yang benar2 jujur dan ikhlas. Kejam kan. Tu la padahnya sikap buruk sangka yang suka mempersoalkan kejujuran orang.


● ─ ●
bagus untuk berterus terang. tapi lebih bagus diam daripada menyimbah bau longkang dalam mulut sendiri:P lebih bagus juga mendidik hati supaya berbaik sangka kena pada tempatnya :))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...