Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera :)

Friday, April 15, 2011

Segak Vs Elok

Apabila anak yang dibesarkan membesar sebagai teruna dan dara, golongan ibu-ibu pon mula lah nasihatkan soal jodoh dan masa depan. Memang takkan lari lah.

Aku tak terkecuali. Satu benda yang mak aku nasihatkan tentang jodoh, yang lekat sampai sekarang, soal segak vs elok.

"Mak nak cari yang elok.. bukan yang segak ja,"
Elok kat sini merujuk pada akhlak dan yang segak tentulah paras rupa. Jadinya, bukan paras rupa yang dipandang tetapi akhlak yang menghiasi lebih diteliti.

Rupa tu tak boleh nak ubah dah. Allah Maha Adil. Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah bagi. Bila-bila masa ja Allah boleh tarik balik. Cumanya, akhlak boleh ubah. Caranya mudah, contohi akhlak Rasulullah. Nampak simple, tapi berusahalah untuk beristiqamah sebab bukan senang nak senang.

Percaya cakap aku, yang menjadikan seseorang tu segak adalah akhlak yang baik. Indah akhlaknya, indah jugalah rupanya dipandangan mata. Sejuukkk mata memandang. Bak kata bapak aku, "muka rezeki..."



● ─ ●
soal kawen mawen ni..bukan sekadar percantuman dua hati semata2 tapi silaturahim dua keluarga :)


kalau pakej segak n elok? em.. besederhanalah :P

Wednesday, April 13, 2011

Um Malásia

Hehe...aku takda masalah dengan 1 Malaysia sebab bagi aku, ni salah satu simbol perpaduan.

BERSEKUTU BERTAMBAH MUTU


Kebersamaan kita dalam konsep 1 Malaysia ialah pada semangat cinta akan tanah air, sayangkan negara, dan semangat kekitaan(takda bezanya antara kaum). Semua kita sama. Semua ada TANGGUNGJAWAB untuk membela negara sebab kita berkongsi negara yang sama. Walaubagaimanapun, Melayu tetap tuan rumah.  Perkara 153 sikit pon takkan terjejas. Biarlah kita duduk, berdiri, baring sekalipun sama rendah, tinggi dan terlentang, hak kita takkan tergugat andai pemimpin bijak menepis setiap helah dan tegas dalam berkeputusan.

Hakikatnya, hak kita tetap macam tu, jangan gelabah tak tentu pasal. Cuma! ada segelintir bangsa lain yg tak puas hati dgn hak tu, yang nak disama ratakan jugak(melampau). Tapi tu takda kena mengena dengan konsep perpaduan 1 Malaysia ni kan. Kesian gak aku ke pemimpin tu, niat nak satukan pemikiran rakyat dalam bermasyarakat, dikaitkan itu ini pulak.

Kita tuan rumah meh. Takkan senang2 nak bagi hak asal kat orang. Mungkin ada generasi moden berpendapat, apalah sangat hak tu, siapa usaha dia dapat. Ceh! Ingat, setiap dari kita dilahirkan dalam satu puak(bangsa). Tu memang fitrah dah. Bukankah jadi tanggungjawab untuk kita membela bangsa kita? Bangga dengan bangsa kita? Tu sebab hak tu kita kena pertahankan. Tanah ni milik nenek moyang kita dulu taw. Betapa moyang moyet kita sanggup tahan dada sebagai benteng negara, siap bertumpahan darah untuk harga sebuah kedaulatan negara. Kita kena sedaq kepentingan tu semua! 

Tapi dalam masa sama, Perpaduan tetaplah harus berbunga mekar dalam masyarakat berbagai etnik hari ni. Bagi aku, konsep ni sesuai untuk dipupuk. Apa-apa pon, jati diri kita sebagai orang melayu kena tetap kukuh. Usaha membangunkan diri dan bangsa harus tetap bernyala. 


Jadi apalah dosanya konsep perpaduan ni bertapak dalam jiwa rakyat Malaysia? 
Apalah salahnya kita berkongsi nikmat keharmonian bersama2?

Benda simple macam ni pon nak jadi masalah. Kondem orang nombor satu. Telunjuk tak pernah bengkok. Soalnya mudah ja.. bila kita membenci sesuatu, benda wangi macam manapun akan busuk. Oleh sebab kita mencari kesalahan, jadi kesalahan jugalah yg kita temukan. Awak takut konsep ni mengapa-apakan hak bumiputera? Nak suruh bersatu padu ja pon.. Em..

Yang aku tak berkenan cuma 'salam 1 Malaysia'

mungkin terbawa2 dari istilah

~ salam perkenalan
~ salam perpisahan
~ salam rindu bersalut madu
~ salam peluk cium guling2
~ salam sayang dari perantauan.

Kan lagi manis, sebut Assalamu'alaikum wbt. Padat maknanya :)



● ─ ●
maksud yang aku nak sampaikan bukan pro atau anti kerajaan sebab belum cukup umo mengundi :P sekadar pendapat.


atas tu bahasa potugis. harap maklum. 

Monday, April 11, 2011

Si Pokok :)



Si pokok,
dari atas sampai bawah..
semua hijau..
dah macam pokok bergerak..
ceria dan menceriakan..
tolong kekal sampai bila-bila :P


thank you~

Saturday, April 9, 2011

Mati Hidup Semula

Kematian itu pasti.
Bukan hanya jasad malah hati.

Matinya jasad terpisah oleh roh.
Matinya hati..
Bila jiwa terasa kosong.
Tiada roh pengabdian yang sejati.



Ya Allah, penuhilah hati kami dengan rasa cinta kepadaMu, kepada kekasihMu nabi Muhammad SAW dan juga cintakan ilmuMu ya Allah =.=

............

Pagi tadi.. aku dengaq lagu negeri pulau pinang kat jeti,
last time aku dengaq masa kat high school dulu..haha sampai rumah dengaq ayam berkokok.. bahagia nya~


● ─ ●
tima kaseh banyak auf n mirza :)

Thursday, April 7, 2011

Nikmat








Segala yang dihasrat
tapi tak didapat
adalah nikmat
yang paling padat.





A. SAMAD SAID


● ─ ●
fuh~
apa2 pon, 'berusahalah'


Wednesday, April 6, 2011

Berkorban Sampai Terkorban

Lama pulak rasanya tak berblog :P






Inilah dia tajuk yang dinanti2kan. Post lepas, aku dah berbesar hati kongsi favourite song ni. haha :P


Tun Teja : Apakah erti kasih sayang? Bolehkah tuan menerangkan?
Hang Tuah : Boleh juga, tetapi tidak dengan kata-kata biasa.

Apabila kita mula menganjak ke alam yang disifatkan sebagai 'dewasa', kita mula mengenali erti kasih sayang dan pengorbanan. Subjektif. Tersirat bagaimana indahnya kasih sayang dalam lakaran potret sebuah pengorbanan. harta.nyawa.kepentingan.apa saja dalam bait2 lagu.

Sering kita lokek dengan masa, tenaga, harta untuk sesuatu yang tak nampak hasil untuk kita. Lain pulak jadinya bila menurut tuntutan nafsu. Wang ringgit, kehormatan, segalanya dikorbankan dengan yakin tanpa ragu. Berdirilah di hadapan cermin, lihatlah pantulan tubuh yang sangat kurang cerdik dan pentingkan diri sendiri! Malu..

Bagi aku, sampai ke satu tahap kehidupan, berkorban ni dianggap sebagai tanggungjawab, bukan lagi pilihan. 
Mengapa seorang bapa sanggup meredah api selamatkan anaknya, sedangkan nyawa bakal terkorban?
Mengapa seorang teman sanggup berkorban masa dan tenaga untuk membantu sedangkan saat tu, masa untuk dia study dan berehat?
Mengapa pula seorang doktor sanggup bersengkang mata on call sedangkan pesakit malah merungut?
Banyak lagi mengapa.. dan megapa.. dalam episod pengorbanan.

Tiadalah mereka berkorban segalanya, melainkan dengan perasaan tanggungjawab dan kasih sayang sesama manusia. Melainkan mengharap redho dan kasihNya. Melainkan untuk mendapat syafaat di hari muka.

Sayang, kita selalu fikir yang kita sorang ja yang banyak berkorban, tapi orang tak hargai pun. Tak payah sedih, jangan dibanding nilai pengorbanan kita dengan orang lain sebab nanti kita malu sendiri yang rupanya mereka lebih hebat berkorban dari kita. Mudah-mudahan rahmat dan keberkatan Allah sentiasa mengiringi urusan kita seharian. Dengan syarat, jujur dan ikhlaskan lah hati. InsyaAllah :)







● ─ ●
jauhi dari menjadi hamba nafsu yang hanya berkorban sampai terkorban T_T
berkorban lah setakat mampu dan setakat perlu. 


teringat jasa baik kawan2.. tq very much to all 0f you!





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...