Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera :)

Monday, February 23, 2026

Utusan Cinta Buat Suleyman 44

Anak soleh ibu, Suleyman

Orang yang kuat,

Bukanlah dia tak pernah menangis..

Tapi bila dia menangis, dia lap balik semua airmata dia..

Dia jadi lagi kuat.

Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu,

Kuat, engkau ada Allah sayangku..

Allah bersama orang-orang yang sabar.


Allah paling sayang Suleyman <3

Friday, January 9, 2026

Utusan Cinta Buat Suleyman 43

Anak soleh ibu, Suleyman

Apabila kebaikan demi kebaikan yang Suleyman terima 

dan terdetik dalam hati,

Inilah imbalan kepada sejuta kebaikan yang Suleyman pernah buat pada masa lalu...


Banyak-banyakkanlah ulang istighfar sayangku..

Berpenyakit juga, jika kita fikir kita ni baik sangat..


Yang penting kena yakin kuat-kuat, 

Bila buat baik, ganjarannya baik, bukan semata kebaikan di dunia,

Tapi akhirat sana..

Dengan Rahmat dan kasih sayang Allah jua...


Ibu sayang Suleyman, dunia akhirat :)

Saturday, December 20, 2025

Utusan Cinta Buat Suleyman 42

Anak soleh ibu, Suleyman

Ikhlaskan setiap perbuatan kerana Allah.

Biarlah kebaikan demi kebaikan yang Suleyman buat

Seperti angin lalu.

Langsung tak memberatkan

Pelik kan? 

Kadang-kadang rasa macam Suleyman dah buat baik, 

Kenapa rasa terbeban?

Macam buat salah pon ada, macam sia-sia pon ada..


Mungkin..

Jawapannya pada rasa Ikhlas.

Ikhlas ni, langsung sesiapa takkan nampak termasuk diri kita sendiri.


Kita cuma boleh rasa keikhlasan tu sayangku,

Didik hati untuk ikhlas,

Untuk biarkan semua kebaikan2 berlalu mcm angin yang lalu.

Cuma Allah yang paling tahu <3


Ibu sayang Suleyman, dunia akhirat

Tuesday, November 25, 2025

Utusan Cinta Buat Suleyman 41

Anak soleh ibu, Suleyman

Mahirkan diri, untuk mengawal diri

Terutama ketika terlalu gembira

Terlalu marah

Terlalu sedih, letih, sakit, kosong...


Muslim yang baik itu sederhana sifatnya

Kunci kepada kesederhanaan..

Ialah kebijaksanaan mengawal diri


Jadilah pemimpin kepada diri sendiri sayangku

Pimpinan jalan hidupmu bukanlah apa org pikir, tapi apa yang Allah redha

Bergantung kepada Allah, bukan manusia


Punya jati diri Suleyman..

Peliharalah solatmu sayang

Supaya hidup kita terbimbing.


Ibu sayang Suleyman tau, Allah paling sayang Suleyman <3



Monday, November 24, 2025

Utusan Cinta Buat Suleyman 40

Anak soleh ibu, Suleyman

Didik lah anakmu nanti penuh hikmah,

Bukan tuli membuang marah di hadapan orang,

Apatah lagi khalayak.

Mereka ada jiwa, mereka ada perasaan, 

Perlakukan mereka... seelok mana Suleyman mahu diperlakukan.


Sebagai ayah, sebagai abi, sebagai daddy,

Engkau pasti punya egomu yang tertinggi sayangku,

Merasa engkau berkuasa "memerintahkan" anak-anakmu,

Dengan ketegasan bahawa "itu" adalah mendidik.


Sering-seringlah...

Bermuhasabah semula,

Bagaimana Suleyman meletakkan rasa hormat kepada anak-anak,

Secara peribadi, 

Menegur... atau sebenarnya menengking dalam alunan nada

Membina... atau sebenarnya meruntuhkan tunjang keyakinan di dada

Menasihat... atau sebenarnya menyindir dalam perilaku kecewa


Kita, sebagai ibubapa,

Takkan pernah sempurna sayangku,

Tapi berusahalah ke arah lebih baik setiap hari.


Mendidik anak ibarat mendidik diri sendiri,

Kita baiki kesalahan mereka, yang mereka teladani daripada kita.


Panjatkan doa setingginya dan sebanyaknya,

Serahkan pada Allah, mohon ampun dan bimbingNya.


Terkadang mereka akan ingkar,

Terkadang mereka akan salah,

Terkadang mereka akan menyakitimu sayangku,


Bersabarlah saat itu terjadi, at that point.. Sabaq sat.

Tegur apabila sampai masa yang terbaik,

Menurut seni kematangan yang Suleyman miliki..


Kembali pada Allah.

Ibu sayang Suleyman.. dunia akhirat <3





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...