Anak soleh ibu, Suleyman
Sekiranya, Suleyman terjebak dengan "cinta sebelum kahwin"
Jauhi dirimu dari kekeliruan rasa dan makna, sayangku..
Pegang KUAT apa yang menuju redha Allah, bukan redha manusia.
Sering tafsiran sejagat,
CINTA PERTAMA ialah yang paling istimewa, paling dalamm...
Paling agung sebab pertama kali belajar mencintai dan dicintai =.=
Aduhai sayang ibu.. Islam tak pernah ajar begitu..
Sebelum engkau dipertemukan pasangan yang halal,
Dipertemukan dahulu perasaan-perasaan pada berlainan jenis,
Seorang.. malah seribu..
Ada yang cuma menyimpan perasaan,
Ada yg meluahkan dan berbalas malah ada sebaliknya.
Sungguh, pelbagai cerita 'first love' yang ditafsir terlalu istimewa, terlalu dalammmm...
Terperangkap pula dengan undang-undang sendiri,
Setia.. dan terus setia sampai mati..
Aduhai sayang ibu...
Usah mudarat kan aqal sihatmu dengan pendirian seumpamanya.
Usah mudarat kan ikhlasmu menerima takdir cinta yang lain kurniaan Allah.
Masa yang panjang menyulam (cinta sebelum kawen yg tak jadi)
Tak memberi makna kecuali PENGAJARAN.
Jauhi diri dari terjebak yer sayangku..
Pegang KUAT apa yang menuju redha Allah.
Pasangan halalmu adalah kurniaan Allah yang hakiki, isteri.
Saat akad dan saat-saat yang terdetik setelah itu.
Pasangan mu, dia lah menantu ibu sayangku,
CINTA PERTAMA yang Allah redha untukmu..
Ladang pahala, sampai syurga..
Ya, dia bukan malaikat, makin hari makin byk kekurangan dia engkau temui...
Sedang 'cintamu' yang dulu begitu sempurna.
Aduhai sayang ibu.. sempurna yang Suleyman dapati 'dulu'
Tidak lain hanyalah hiasan palsu dalam bisikan syaitan..
Syaitan dengan bisiknya, tak jemu menghodohkan apa yang milikmu
Jadilah pemimpin yang adil, yang berhikmah, yang bergantung kuat dengan tali Allah.
Bersyukurlah sayangku, tunduk pandangmu dengan dunia tipu-tipu.
Yang terlalu indah rupa dari makna,
Usap lembut perasaan isteri dan anak-anak yang memerlukanmu, Suleyman.
Engkau tak lemah, sentiasa ada Allah..
Moga Allah pelihara sayang ibu, dunia dan akhirat.
Ingat! Hidup pada hari ini. Jika jua teruji dengan buaian indahnya masa lalu, istighfar banyak2.. kerana saat dan detik ini jua sangat indah, sekiranya Suleyman pandai bersyukur.
Sayang ibu, moga Allah sentiasa limpahkan RahmatNya atas kita.. Aamiin... <3