Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera :)

Wednesday, September 3, 2025

Buah Hati Ibu 7

Suleyman 3 tahun 2 bulan. Terlalu banyak keletah Suleyman yang sangat membahagiakan ibu sayangku. Bila ibu balik kerja, Suleyman lari mai kat moto.. Kadang-kadang berlemoih, kadang-kadang wangi sangat-sangat baru lepas mandi, kadang-kadang takdak sapa lari ke moto ibu sebab tengah lena kat gebok tok.

Bila Suleyman dah lari kat ibu, Suleyman ajak ibu ronda kampung, ronda taman.. <3

Bila Suleyman peluk time balik kerja, Suleyman akan cakap "Man rindu kat ibu", ibu pon akan jawab, terima kasih Suleyman <3, ibu pon rindu..

Bila Suleyman randomly bercakap, time ibu tengah bawak kereta, time duduk saja2.. Suleyman akan cakap.. "Ibu, man tayang kt ibu" pastu peluk..

Sama jugak kat tok.. Ibu suka tengok Suleyman pemurah dengan kata-kata kasih sayang macam tu.. Alhamdulillah.. moga Rahmat Allah sentiasa mengiringimu sayangku, dunia dan akhirat. 

Ya Allah, peliharalah Muhammad Eusof Suleyman bin Hasan Khusairi dunia akhirat, muliakanlah akhlaknya semulia akhlak Rasulullah, jadikan dia hambaMu yang taat solat, hambaMu yang bersyukur, yang kuat Hafazan Al-Quran 30 juzuk. Aamiin...



Wednesday, July 30, 2025

Utusan Cinta Buat Suleyman 36

Anak soleh ibu, Suleyman

Sekiranya, Suleyman terjebak dengan "cinta sebelum kahwin"

Jauhi dirimu dari kekeliruan rasa dan makna, sayangku..

Pegang KUAT apa yang menuju redha Allah, bukan redha manusia.


Sering tafsiran sejagat,

CINTA PERTAMA ialah yang paling istimewa, paling dalamm...

Paling agung sebab pertama kali belajar mencintai dan dicintai =.=


Aduhai sayang ibu.. Islam tak pernah ajar begitu..

Sebelum engkau dipertemukan pasangan yang halal,

Dipertemukan dahulu perasaan-perasaan pada berlainan jenis,

Seorang.. malah seribu..

Ada yang cuma menyimpan perasaan, 

Ada yg meluahkan dan berbalas malah ada sebaliknya. 


Sungguh, pelbagai cerita 'first love' yang ditafsir terlalu istimewa, terlalu dalammmm...

Terperangkap pula dengan undang-undang sendiri,

Setia.. dan terus setia sampai mati..


Aduhai sayang ibu... 

Usah mudarat kan aqal sihatmu dengan pendirian seumpamanya.

Usah mudarat kan ikhlasmu menerima takdir cinta yang lain kurniaan Allah.

Masa yang panjang menyulam (cinta sebelum kawen yg tak jadi)

Tak memberi makna kecuali PENGAJARAN. 

Jauhi diri dari terjebak yer sayangku..


Pegang KUAT apa yang menuju redha Allah.

Pasangan halalmu adalah kurniaan Allah yang hakiki, isteri.

Saat akad dan saat-saat yang terdetik setelah itu. 

Pasangan mu, dia lah menantu ibu sayangku, 

CINTA PERTAMA yang Allah redha untukmu..

Ladang pahala, sampai syurga..

Ya, dia bukan malaikat, makin hari makin byk kekurangan dia engkau temui...

Sedang 'cintamu' yang dulu begitu sempurna.


Aduhai sayang ibu.. sempurna yang Suleyman dapati 'dulu' 

Tidak lain hanyalah hiasan palsu dalam bisikan syaitan..


Syaitan dengan bisiknya, tak jemu menghodohkan apa yang milikmu


Jadilah pemimpin yang adil, yang berhikmah, yang bergantung kuat dengan tali Allah. 

Bersyukurlah sayangku, tunduk pandangmu dengan dunia tipu-tipu.

Yang terlalu indah rupa dari makna, 


Usap lembut perasaan isteri dan anak-anak yang memerlukanmu, Suleyman.

Engkau tak lemah, sentiasa ada Allah..

Moga Allah pelihara sayang ibu, dunia dan akhirat.


Ingat! Hidup pada hari ini. Jika jua teruji dengan buaian indahnya masa lalu, istighfar banyak2.. kerana saat dan detik ini jua sangat indah, sekiranya Suleyman pandai bersyukur.


Sayang ibu, moga Allah sentiasa limpahkan RahmatNya atas kita.. Aamiin... <3




Monday, July 14, 2025

Buah Hati Ibu 6

Suleyman 3 tahun 1 bulan, 

Seorang yang sangat periang Alhamdulillah.. Lari sangat-sangat laju, Subhanallah.. Suka melompat, dan menyanyi dengan gaya sendiri yang buat orang gelak, sengaja Suleyman kelakar kan nyanyian Suleyman tu kan.. haha comel, Alhamdulillah..

Satu hari ibu terlepas pandang untuk buat apa yang tok mintak ibu buat dan kebetulan haritu tok marah dan ibu pon terus pi ke meja makan daripada terus duduk kat depan TV. Melihatkan situasi yang tak best tu, ada sorang yang sangat baik, namanya Suleyman yang nak cuba leraikan keadaan yang tegang.

"Tok, jangan lah marah ibu.. Nanti sapa nak jaga ibu? ha?"

Banyak kali Suleyman sebut2.. tersentuh sangat ibu dengaq Suleyman.. apa lah sebenarnya yang tersirat daripada ayat2 emphaty dari seorang umur 3 tahun macam Suleyman tu ye.. nak pastikan ibu dijaga dgn baik yer.... sayangg kat dia.. kita jaga hak Allah, Allah jaga kita tau.. Allah paling sayang Suleyman <3

Ibu yakin, insyaAllah Suleyman akan membesar jadi lelaki dewasa yag sangat penyayang dan matang.. menghargai nilai kebahagiaan orang lain tanpa tanpa sedikitpun luak kebahagiaan yang berbunga dalam diri sendiri malah lebih bermakna setiap perilaku yang suleyman buat sehari-hari dengan akhlak mulia yang ada pada Suleyman.

Sayangku, sebarkanlah kebaikan dengan sifat rendah diri dan besederhana. Unik. Tapi bukan untuk dilihat manusia, tapi disayang dan diredhai Allah, insyaAllah..

Monday, April 7, 2025

Buah Hati Ibu 5

 Salam Aidilfiri Sayang Ibu.

Tahun ni tahun ketiga Suleyman sambut Aidilfitri dan tahun kedua kita sambut berdua. Ibu banyak habiskan masa dengan tempahan kuih. Sampai tak sedar coreang si kucing yang sakit selalu masuk dalam almari baju ibu untuk tidur.

Masa ibu keluarkan baju2 bekas coreang tidur tu, habis semua baju busuk, terpaksalah basuh semua baju letak dettol. Malam tu ibu bawak pi dryer semua 5 bakul baju tu, tok dengan Suleyman ikut sekali. Suleyman masuk dalam bakul kecik tu.. Ibu angkat, hayun hayun hayun.. Suleyman punya lah seronokk.. Alhamdulillah..

Pastu bila balik tu dekat tengah malam dah ada sikit lagi baju tak berlipat. Ibu cakap, sikit lagi, ibu siap ni kita baring2 tau.. pastu Suleyman jawab "Takpa eyman teman ibu.." Allahu.. baik sangat Suleyman ni.. Ibu sayang Suleyman.. Allah paling sayang Suleyman..

Masa duk lipat baju yang membukit tu, Suleyman duk main2 pijak. Ibu tegur jangan buat macamtu.. Pastu sayang ibu ni sedih pulak.. "Eyman nak tolong ibu je.." haaa.. tolong? haha.. Sweet sgt la dia tu.. :) 

Semoga Allah pelihara sayang ibu dunia akhirat, Aamiin..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...